Pages

Selasa, 2 Februari 2010

Pengalaman Bersalin Part 2

21 November 2009 (Sabtu)
suddenly dalam jam 3am lebih mama rasa basah macam kencing. Mama panggil nurse dan bila doc check air ketuban dah kuar skit tapi bukaan stil 3 cm. doc akan check jam 6 pagi plak. Doc suruh mama tidoq dulu.tapi…bisakah mama disaat-saat begini untuk lena diulit mimpi!!mana bisa dong!! Mama sms papa suruh stanby je. Jam 6 lebih doc check bukaan 4cm.doc pun pecahkan air ketuban. Doc kata pas mandi dan breakfast mama akan ditolak masik ke labour room. Dalam jam 7 papa sampai.lega sgt mama org yg paling penting dalam hidup mama akan temankan mama. Mama dan papa makan roti canai dan nasi lemak.

Then, mama disorong oleh nurse masuk dalam labour room. Masa tu mama taklah takut masuk dalam labour room. Mungkin sebab mama tak rasa sakit kontraksi lagi kot. mama masuk bilik number 9 drpd 10 bilik. Midwife bagi ubat untuk mama buang air besar dan tukar baju uniform. Lepas tu dia cucuk tangan mama untuk masukkan air dan ubat. Part inilah yang mama lemah skit. Mama paling takut di cucuk jarum!!tang mana2lah..gerun mama. tapi demi syg, mama sanggup buat apa sahaja. Midwife pun pasang ctg untuk monitor jantung dan kontraksi. Bila doctor datang dia explain pasal pro and contra cuba bersalin normal. Dia pun suggest mama ambil epidural. Part ini pun mama seriauk gak. Bila doctor bius dtg lagi lah mama cuak. Dia minta mama duduk dan dia cucuk tulang belakang mama. Ya Allah time ni hanya Allah aje yang yahu sakitnya. Mama pun tak sangka yang mama dapat lalui part ni.

So bermulalah perhitungan mama menanti tempoh 8 jam untuk bersalin normal. Tiap 2 jam doctor datang seluk dan berita yang diterima amat menghampakan. Sehinggalah tempoh yang diberi tamat bukaan hanya mencapai 5 cm. Doctor ambil keputusan untuk bedah mama. Mama redha dan air mata mama akhirnya berjurai bersama-sama papa. Doctor bius tadi dtg untuk tambah ubat bius mama jadi lebih power.
Jam 5 ptg lebih mama ditolak masuk ke dewan bedah. Badan mama dari paras pinggang ke bawah terasa kebas dan tidak rasa apa2. Mama nampak Dr Norliza (Doctor ni adalah doctor yang membuat teknik ECV kat mama tempohari masa syg 36 minggu), Doctor pakar bius tadi dan beberapa midwife mengelilingi mama . masing-masing melakukan kerja mereka. Bilik bedah ni terlalu sejuk yang menyebabkan mama menggigil kesejukan. Mama dengar gunting, pisau dan percakapan mereka semua. Sampai satu masa mereka sama2 menekan dada mama kuat2 dan part ni mmg mama rasa. Tiba2 mama terdengar bunyi tangisan anak mama yang selama ini mama mimpikan. Alhamdulillah lahirlah putera kesayangan papa dan mama tepat jam 5.37ptg setelah 40 minggu 3 hari duduk dalam perut mama. Berat sayang masa lahir 3.96kg. mama dengar diorg cakap patutla kena c-zer baby besaq sgt!!hehehhe…mama kan cukup makan mesti ar baby pun sihat kan!!midwife tunjuk muka, tangan dan kaki anak mama. Selepas tu anak mama dibawa keluar.

Permata Hati Kami


Setengah jam kemudian mama dibawa keluar dan dikuarantin selama setengah jam. Waktu ni mama menggigil kesejukan dan terasa sakit akibat ubat bius yang telah ditanggalkan. Ya Allah, masa ni pun mama terasa sakit sgt. Baring sorang2 tanpa papa disisi amat menyakitkan mama. Satu badan mama tak dapat bergerak. Setelah selesai dikuarantin mama disorong balik ke wad. Mama nampak senyuman papa yang sangat membahagiakan mama. Sampai ke wad mama nampak mak, abah, apit, lin dan keluaga paksu. Tapi saat ni mama tak berdaya untuk senyum dan borak sebab mama terlalu sakit. Mama menangis sepanjang masa. Mama minta papa ambik anak mama daripada bilik baby supaya senang semua nak tengok. Besarnya dan sihat sungguh anak mama.disebabkan terlalu sakit mama minta nurse bagi injection sebelum mama terlena.

Muhammad Rayyan Ukasyah bin Mohd Zamri
Pengikat Kasih Mama dan Papa



2 Insan Yang paling mama sayangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan