Pages

Selasa, 2 Februari 2010

Pengalaman Bersalin Part 3

22 November 2009 (Ahad)
Lebih kurang jam 2 lebih mama terjaga dari tido. Mungkin ubat tahan sakit dah habis powernya menyebabkan mama terasa sakit sgt. Bertambah tak selesa bila nak kencing melalui saluran urine bag. Rasa pedih sgt. Tak sabar mama nak tunggu siang. Bila jam 7 pagi nurse datang untuk tanggalkan urine bag dan minta mama bangun pergi tandas. Mana mungkin mama bisa. Nak angkat kaki pun teras sakit. Tapi nurse cakap kalu nak balik rmh cepat kenalah jalan cepat. Mama tabahkan hati dan cuba sedaya upaya secara perlahan-lahan. Sbb nurse dah bawak anak mama ke katil. So mama mestilah kena sihat untuk jaga syg.Akhirnya mama Berjaya bangun. Tapi kalu dah duduk seriau mama nak baring sebab susah nanti nak bangun balik.

Menjelang waktu melawat papa datang disusuli oleh keluargaku abah, mak cik, family uwah, am dan ghani. Ramainya…kemudian datang pula abah, mak, lin dan apit, keluarga paksu, mami dll. Eina dan moh pun dtg jenguk mama. Papa tunggu sampai malam. Malam ni buat pertama kalinya mama tidur bersama permata hati mama. Tak lena mama dibuatnya. Sebab mama tak tau lagi cmna syg nangis nak susu….pampers basah….dll lagi lah. Tak puas mama tengok syg tido…damainya...



23 November 2009 (Isnin)
Pagi doc dtg check, dia kata kalu mak n baby sihat boleh discharge harini. Yahooo!!!mama happy sgt. Mama tak bagitau papa awal2 takut plak tak jadi..tapi dlm jam 11.30 pagi doc dtg check mama n baby. Alhamdulillah kita lepas bleh balik rmh!!!jam 12 tgahari papa dtg jemput kita!! Dalam keta mama nangis bukan ape sakit sgt bila keta langgar bonggol or jln yg tak rata. Sakit sgt2. Sampai rmh lega…mama rehat je. Bermulalah kini anak mama tinggal di rumah.
Mama doakan anak mama dan papa menjadi seorang anak yang soleh, membesar dengan sihat dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.Amin

Papa...Mama...Rayyan


Love both of u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan