Pages

Tuesday, February 9, 2010

Babysitter

Bagi mama yang bekerjaya sepertiku, perkara yang paling penting untuk dipikirkan adalah hal keselamatan anak sewaktu bekerja. Setiap hari kita perlu bekerja paling kurang 9 jam. so tambah tolak dengan kena siapkan keja, drive pegi balik, anak kita kena tinggal ngan orang lain dalam 12 jam!! lagi 12 jam tinggal ngan kita.tu pun waktu malam anak kita tido. hantar nursery!!oh tidak...tu tak termasuk dalam list kami.dah la rayyan baby xsampai hati mama nak hantar nursery. kat apartmen kami tinggal pun ramai yang jd baby sitter tapi rasa ralat plak nak tinggalkan kat org yang kita tak kenal.

So mama ngan papa bersepakat untuk menghantar rayyan di rmh Tok Su. Mama panggil "Maksu"(Maksu ni isteri kepada Paksu- Adik Abah Kedah). Tok Su ngan Tok Su Ali pun setuju jaga Rayyan. Kami rasa selamat kalu Rayyan dijaga oleh Tok Su. Waktu muda2 dulu pun Tok Su biasa jaga budak. La ni pun dia ada jaga sorang budak yang umurnya beza 7 bulan tua dari Rayyan.

Pagi2 papa ngan mama dah angkut Rayyan. Kadang Rayyan bangun but most of time Rayyan mama tido jee lagi. Petang dalam jam 6 lebih mama ngan papa jemput rayyan. tu pun kalu xbz.biasanya jam 7 lebih baru jemput dia..huhuuhu.

So far, dah masuk 3 minggu ni Rayyan ok kat rmh Tok Su. cuma semalam n hari ni mama terpaksa minta tolong Cik Seri jaga Rayyan. Seri ni maid pada abang mama. Tok Su terpaksa balik Sarawak. Adiknye iparnya sakit masuk wad. Tok Su minta cuti EL 2 hari dari Rayyan ..hehhehe. Smlam bila mama jemput Rayan Happy je. cuma mama ada rasa badan Rayyan panas skit. balik rumah mama check suhu 36.5 c. So cuma panas je tapi xdemam. lega mama. Harap2 hari ni pun Rayyan ok gak. Rayyan kan good boboy!

No comments:

Post a Comment