Pages

Tuesday, February 9, 2010

Welcome back to Office!!

Setelah 2 bulan berpantang rasa cepat masa berlalu aku pun dengan paksa relanya lebih kena paksa drpd rela kena naik keja pada 25 Januari 2010(smlm 24hb Jan adalah 1st Anniversary aku!). tu pun aku dah mintak skip 3 hari. patutnya last week on 20 Jan aku dah kena start keja. tapi aku bagtau ofiz ada prob skit coz anak aku kena cucuk 2 bln pada 21 Jan and baby sitter Rayyan aka Tok Su kena balik Alor Star (Syafiq anak abg Habib bertunang). Alang-alang menyeluk pekasam baik aku start working on monday!baru fresh skit kan... Fuh!alasan yg power

Pengalaman 1st day keja, tgh aku dok siap2, buah hati pengarang jantung aku pulak bagun tido!alamk camna ni!dahla aku yang kena antar dia p desa pandan (dari rmh aku around 15 min kalu xjem). Mula2 kami decide aku yang hantar Rayyan coz aku masuk keja 9.00am, hubby 8.00am. Balik plak hubby yang jemput coz dia balik awal sejam dariku.

sambung lagi cerita...aku bertolak dalam jam 7.40am. mula-mula dia dok kat car seat tu ok je. tapi baru suku jln dia dah meraung kuat cam org kena cubit. berjujuran air mata..jalan pulak jem giler!! aku berenti sat kat Petronas, cool down kan dia. bagi susu...then aku jln lagi...dia nangis lagii dan lagi..jln stil jem. sambil drive aku suakan susu botol kat dia tapi dia cam xpuas je.pastu aku terpaksa berenti lagi bagi susu sampai la dia puas. then aku sambung drive lagi n dia pun dah senyap. dengar2 dia poo poo..sian kat dia dah lah duduk sure xselesa. aku kata sabar ye rayyan sat lagi nak sampai..bebenornya jauh lagi . Aku teruskan pemanduan ku toleh2 tengok dia dah tido.ala siannya anak mama mengamuk tadi tu rupa2nya lapar+nak tido ye.. sampai rmh Mak Su aku lega la sesangat. Mak Su cebokkan dia. Aku lepak2 sat n bg Rayyan nenen. Jam 9 lebih aku p opiz. 1st day je lewat tau!

Time balik plak Rayyan xtido, aku risau gak kalu dia nangis. dah fobia la plak jadinya! tp aku bwk gak dia balik. Fuh!!lega aku dia langsung xmeragam.Sampai rmh aku bgtau kat hubby start esok aku nak ikut dia skali. xkisah la aku sampai keja awal yang penting xpayah dok kalut pikir pasal Rayyan kat dalam keta. Cuma kalu emergency case je like kena out station ke, aku @ hubby kenalah antar sendiri.

itulah serba sedikit pengalamku di hari pertama kembali bekerja!

No comments:

Post a Comment