Pages

Khamis, 11 Februari 2010

virus M

virus Malas teramatlah merbahaya bagi orang yang bekerjaya mcm aku ni. kebiasaanya virus ini akan merebak apabila menjelangnya cuti panjang aka perayaan. cuti sekolah tak termasuk dalam kamus idup coz aku bukan cikgu.disebabkan esok last day bekerja sebelum cuti Chinese New Year maka fikiran aku pun dah melayang jauh membayangkan cuti selama 4 hari tu. esok malam gak kami akan balik Alor Star. Tok Wan n Tok Mah dah lama tak jumpa Rayyan. dah sebulan lebih gak le. mesti depa terkezut melihat perkembangan Rayyan yang sememangnya berkembang fizikal dan mental. Mana taknye kalu baru 2 bulan lebih berat dah 7kg!mau taknye bam-bam...kami tak bagitau depa nak balik...coz nak buat suprise!!!

kat opiz aku buat keja takat mana yang mampu. bab-bab membaca aku tolak ketepi dulu. susahlah nak masuk otak. aku kena buat buku Arahan Perbendaharaan untuk company aku. tu yang kena banyak membaca dan memerah otak yang semakin berkarat ni..hehhehe. kena kreatif n inovatif gitu!!

Oh ya!pagi ni hubby aku outstation p Sg Petani flight jam 9am. so aku kenalah drive p keja dengan Rayyan. nasibla harini dia tido lena.terlentok2 kat car seat.nak betulkan posisi takut plak dia terjaga.sampai rumah Mak Su pun dia tido lagi.aku masukkan terus dlm buaian. settle satu bab! harap2lah balik nnti pun dia ok.. Malam ni banyak benda kena buat...yang paling penting kena kemas baju untuk bwk balik Kedah. takut balik esok xsempat.baik aku buat malam ni. Bestnyer balik kg....Balik Kampung...oooo Balik Kampung...ooooo Balik Kampung Hati Girang...

nota kaki: Kampung aku dekat je kat Klang.so xderlah excited nak balik coz tiap minggu boleh balik daaa...sampai dah muak diorg tgk muka aku...huhuhu


k...ar nak sambung keja....daaaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan