Pages

Isnin, 22 Mac 2010

Virus Selesema

Buat pertama kalinya anak kesayanganku Rayyan Ukasyah terkena jangkitan selesema.Sepanjang umurnya yang mencecah 4 bulan semalam  belum pernah lagi Rayyan terkena sebarang flu dan demam. Kesian sungguh melihatnya tidur dengan bunyi nafasnya yang kuat. Mama sering terjaga apabila ternampak Rayyan bergerak. Mama tahu yang Rayyan sungguh tidak selesa.Hidung berair dan ayik bersin sahaja. Rayyan selesema semenjak hari Sabtu lagi. Semalam selepas balik dari kampung, kami singgah ke Midvalley. Selesai jalan-jalan kami ke Klinik yang biasa kami kunjungi. Ini kali pertama Rayyan jumpa Uncle Dr. Sebelum ini Rayyan pernah jumpa Uncle Dr tapi masa dalam perut mama.

Uncle Dr. check dan inform yang Rayyan selesema sahaja without demam. Lega sikit hati mama. Malam tadi pun tidur Rayyan tidak senyenyak hari-hari sebelumnya. Asyik terjaga sahaja. Dalam jam 4 pagi Rayyan boleh pulak ter poo poo. Nasib baik mama sedar.Mungkin badan Rayyan tak sedap sebab kena makan ubat kan!Moga-moga anak mama cepat sembuh.

Pagi tadi mama pegi kerja berdua sahaja dengan Rayyan. Papa outstation ke Penang dan Kedah.Flight jam 7.30 pagi. Se awal jam 5 lebih papa dah bertolak. Dalam kereta Rayyan tak mahu tidur. Nasiblah Rayyan duduk senyap. Tapi bila dah sampai bulatan Kg Pandan Rayyan dah boring dan merengek. Bagi puting takmo. So, mama suakan botol susu kat dia. Nasiblah kereta automatik sebelah tangan pegang botol sebelah lagi pegang stereng!!Fuh lega...akhirnya sampai juga rumah Tok Su. Disebabkan mama drive kereta, so mama lepaklah dulu sampaikan tertido laaa...Jam 8.30 baru mama bertolak ke opiz. Thumb-print jam 8.59am!Fuh...on time!


*** Hari ini aku selesema...berjangkit daripada Rayyan !!! Aduh..pening kepala laaa...Lemah satu badan! mama tahu macamana perasaan Rayyan!

Mama doakan Rayyan cepat sembuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan