Pages

Sabtu, 4 September 2010

Berbuka Puasa di Restoran Warisan & @ Jalan TAR

Semalam kami berbuka puasa di Restoran Warisan. Restoran ini terletak kat bangunan lama mahkamah di Dataran Merdeka dan baru beroperasi pada bulan Julai lepas. Pembikinan restoran ini di bawah seliaan papa. so , secara tak langsung daku tahu lah bagaimana hasil kerja papa yang mantop itu! Dekorasi dalaman amatlah menarik dengan berkonsepkan Zaman Melayu lama, warisan dan tradisional . Ada basikal tua, alatan muzik tradisional dan kita ada pilihan smada hendak duduk di kerusi @ bersila. Sungguh touching itu Ayah Long Rayyan yang sememangnya berjiwa seni. Oh ya!Papa bawa kami ke sini untuk celebrate besday Ayah Long Rayyan. Beraneka makanan disediakan yang berkonsepkan makanan melayu kita ada nasi campur sebagai main dishes dan gerai2 makanan di sekeliling restoran seperti gerai laksa penang, mee sup, mee curry, pasembor, murtabak, ABC, dessert dan yang paling best skali ada Kambing golek di luar pintu masuk restoran!!!habis panas satu badan mak ni oiii.. Lagi satu sup tulang yang mmg superb.daku makan sampai 2 mangkuk nooo...

Bayaran buffet bagi dewasa adalah RM45 manakala kanak-kanak RM25. Kalu orang Kementerian dapat diskaun 20%. Kalu nak makan kat sini kena buat reservation dulu sbb biasanya ia fully book. Restoran ini boleh memuatkan hampir 300 orang dalam satu masa. amat crowded juga sampai membataskan kita nak berjalan ambil makanan. Laluan sempit lebih2 lagi untuk orang sepertiku yang baamm bammm ini.

Rayyan sempat juga poo poo di sini. Kata orang kalu anak poo poo tempat tu serasi dengan dia. oh ya ka! Rayyan suka makan kat sini ek.nanti kita ajak papa dtg lagi ye... hehehhehe. Kami beredar dari situ dalam jam 9. Oh ya!Ayah Long bagi present baju kat Rayyan, Papa &Mama. Thanks Ayah Long. we loike. Destenasi seterusnya ke Jalan TAR. Mission servey barang raya. Tak beli apa pun tp mama sempat grap keronsang dua set! kami merayau tak lah lama sangat memandangkan hujan ada sedikit rintik2. amat membahayakan si bdk kecik ini. Mama nak beli tudung tapi baju tak ambik lagi dari tailor (nenek Rayyan). esok baru nak balik ambik.

Ok tu je. Kami pun pulang ke ganggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan