Pages

Isnin, 6 September 2010

Kemas Rumah Atok & @ Down Town Danau Kota

Semalam dan hari Sabtu kami balik rumah atok Rayyan di Sijangkang. Mission kali ini adalah untuk mengemas rumah. Sememangnya setiap tahun dari sebelum kahwin lagi memang aku yang dipertangungjawabkan faham-faham sendiri untuk mengemas rumah. Dari buang sawang,basuh dinding, lap perabot jati, mop lantai, lap tingkap, pasang langsir sehinggalah pasang carpet & tukar sarung kusyen. Letih sangat tapi thanks to Papa, kakak iparku Kak Wati & adik iparku Timah sbb ada turut membantu. si kecik Najihah pun rajin menolong. Lega skit dapat kemas rumah. Walaupun aku tak beraya kat sini tapi secara tak langsung aku dapt tolong membuat persiapan raya untuk rumah Abah ku yang tercinta. Rayyan pun sungguh baik main sendiri dikala kami mengemas rumah.muaaaaaaaaaaahhhh Rayyan.

time berbuka hari sabtu rumah dibanjiri oleh anak-anak buahku. Anak Ujang seramai 4 orang (esok diaorg dah nak balik beraya kat Kedah gak), anak Long seramai 7 orang ( seorang lagi masih kat hospital baru je lahir, esok boleh discharge), anak aku dan Ghani. meriah sunguh rumah atuk ni sampai kan nasi pun tak cukup!!!aku makan mee sup je...huaaarhhhh.kuat makan betul bdk2 ni!.

Hari ahad petang kami balik KL, singgah p PARAM kat Pekan Sg Besi. Dalam jam 9 papa bawak kami pergi Down Town Danau Kota. Sempat lagi tu!!esok keja!!!hehehe. Sampai sana hampir jam 10 malam. Mama sempat grap selendang,kasut comei utk present baby & seluar khakis papa. Tempat penuh sesak ramai orang. Rayyan pun macam tak selesa.Dalam jam 11 lebih kami dah beransur pulang.

*otw balik rumah Atok, kami sempat singgah tengok sepupu baru Rayyan yang baru lahir kat KPJ Shah Alam. ini merupakan cucu Atok MAnaf yang ke 27. Baby baru ni anak bongsu (Kak Ipar dah ikat) daripada 8 beradik. Anis yang sulung berusia 13 tahun. Sama usia dengan Ayah dia yang dapat adik ketujuh (daku) pada usia yang sama 29 tahun yang lepas!!!waduh!!tuanya aku.. Baby ini (belum ada nama lagi) tapi yang pasti mesti bermula dari huruf A sebab adik beradiknye semua A iaitu Anis Akmalia, Aufa Amatullah, Afiq, Aqil, Adib, Arif, Aliatul Auni dan baby A****** A*****.

*Aku pun dah ambil baju tempahan 3 pasang dari nenek Rayyan (My Step Mother). Misi untuk cari tudung untuk baju2 tersebut ;)))) Kat down town xbyk choice. esok nak p Jalan TAR...wink...wink... Rayyan turut dapat sepasang baju melayu dari nenek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan