Pages

Selasa, 7 September 2010

Cuti Raya

Yahooo....harini hari terakhir aku kerja sebelum cuti panjang iaitu dari 8 Sept hingga 19 Sept. Esok & lusa company bg cuti. so aku apply annual leave 4 hari utk next week.

Malam ni balik Kedah. tak plan lagi nak cuti berapa lama kat sana. bawak je baju banyak2. Tapi sebelum balik sana, kami  drop sekejap ke Sijangkang. yelah nak beraya & bersalaman dulu dengan parents dan adik-beradik. Bawak juga balik keta Kembaraku, Uwah nak pinjam spjg Raya. Adik papa si Apit & Faizal pun turut balik sama2 sertai kami. Moga2 perjalanan kami lancar dan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. mesti tak sabar Tok Wan & Tok Mah menanti kepulangan Rayyan bamm bammm yang dah banyak akai sekarang ni nooo..

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon maaf diatas kesilapan yang telah kami lakukan samada Zahir mahupun Batin. Selamat Bergembira Menyambut Lebaran bersama Insan yang Tersayang.

*amat bermakna Raya tahun ini kerana Rayyan ada untuk memeriahkan hidup kami skeluarga. Kami akan pastikan yang Rayyan gembira berhari Raya.

1 ulasan:

  1. selamat hari raya buat senoi sekeluarga.

    maaf zahir batin =)

    senoi, raya ni jom la jumpe... inbox aku hp ko k..

    BalasPadam