Pages

Selasa, 19 Oktober 2010

Mengajar Rayyan Mengenal Huruf

Sebaik-baik guru dimuka bumi adalah ibunya sendiri. Tiada siapa yang dapat menandingi keikhlasan hati seorang ibu dalam mendidik anaknya dengan sabar dan sempurna. Oleh itu, ambillah kesempatan ini dengan menjadi guru yang pertama bagi anak-anak kita sebelum mereka dihantar ke pre school/tadika dan seterusnya menempuh alam persekolahan.

Sabda Nabi Muhammad SAW, 'Memberi ilmu ketika masih kecilnya, laksana melukis di atas batu!' (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).


Harini aku ada terjumpa sebuah blog DarwishnDarwisya yang telah memberikan aku ilham untuk mencorak pembelajaran untuk si kenit Rayyan. Pemilik blog ini menceritakan pengalaman peribadinya dalam mendidik kedua-dua orang permata hatinya dari bayi hingga mereka boleh membaca dan menghafaz 30 juzuk al quran  pada seawal usia 3 tahun. Sungguh kagum dengan pencapaian anak-anaknya dan sekalung tahniah di atas usaha ibubapanya dalam mendidik anak-anaknya untuk menjadi insan yang hebat.

Rentetan daripada itu, aku terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk anak sulung ku ini. Dalam usia Rayyan yang kini telah mencapai 10 bulan, amat sesuai lah untuk aku mula mengajarnya menggunakan teknik dan alat bantuan pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankannya. Daripada pemerhatian aku, Rayyan amat suka mendengar orang mengaji, nasyid, azan dan tak ketinggalan orang menyanyi. Begitu khusyuk dan tawadduk tattala dia menonton channel Oasis 106. Tapi televisyen ini hanya akan  menanyangkannya apabila menghampiri waktu azan sahaja. Kesian pula tengok Rayyan yang seolah-olah tidak puas menontonnya. Dari situ aku dapat lihat bahawa televisyen merupakan satu mekanisme/alat yang menarik yang boleh membantu aku dalam mendidik Rayyan.

Sebagai pemulaan aku akan membeli beberapa alat bantuan pengajaran untuk Rayyan seperti di bawah ini:

1) Flash Card huruf Hijaiyah yang bertanda atas, bawah dan depan

2) Set buku dan dvd Al-Furqan yang boleh digunakan dari dia mengenal huruf sehingga boleh membaca

3)VCD Iqra'/Nashid/Doa dan lain-lain


4) VCD English/Brain development


Moga-moga Tuhan mempermudahkan perjuanganku untuk memberikan pendidikan awal yang terbaik bagi Rayyan. Semoga Rayyan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa di dunia iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arabic.

pstttt: Mama pun kena gigih mengingat kembali apa yg mama dah pelajari dulu terutamanya Arabic! dan  mama perlu masuk kelas vokal untuk berkaraoke Nasyid & Mengaji bersama-sama Rayyan.
oh ya!!!Papa.... Home Theater Satu!!! ; )))


Syukrun.till then ;))


Rayyan dengn buku abc nyer





Puzzle ABC 123 dia



Syok sepah main !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan