Pages

Sabtu, 25 Disember 2010

Dating with Rayyan Ukasyah @ Midvalley

Semalam TokSu Rayyan dah start cuti sbb balik Sarawak
Dah alang2 hari Jumaat kan, so aku ambiklah cuti utk jaga Rayyan
Isnin nnti baru nak tolong maid abang aku yang duduk kat Pantai Dalam tu tolong jagakan Rayyan.

Harini teringin nak pergi terjah Midvalley. aku rasa macam dah lama tak pegi sana. ye ker??pikir sat... emmm... alamak lupa la plak!dah lama kot!tapi taklah lama sgt..ngeeee....
even aku tau harini confirm jammed gilez kat sana memandangkan esok raya kristmas tapi aku nak jugak pegi!!!nak gak...nak gak....so tengahari tu aku pergi juga ditemankan oleh pakwe kesayanganku.... MrU.Muhammad Rayyan Ukasyah. disebabkan kelakuannya yang behave pada weekend lepas maka ok ja bawak dia kali ni.
tgklah muka tak sabar nak naik lif!!


suker la...tau2 je kita nak bawak dia jln2


mula2 behave aja dlm dok car seat

baru suku jalan dia dah mula nak kuar dari car seat dia tu! dah merengek2 nak kuar!!
aku pun berenti kat Petronas, alihkan car seat ke belakang. ha ah!dok lah kat seat orang dewasa itu!




suka ar tu!aku plak kena drive carefully. xleh lasak2 sgt. nak corner lipat kena la pegang dia sokmo!!


sampai Midvalley plak, kena tawaf 1 jam cari parking. dahnya time lunch hour + esok cristmas day. confirmlah car park penuh! finally dpt gak parking. nampak ada org nak kuar aku pun tunggu lah. space kecik plak. nasib ar aku TERROR parking...hahhaa puji diri sendiri. drive keta papa kan...kalu keta aku mmg xde masalah nak parking.


1st destinasi: ofcoz la isi peyot yg dah menyanyi riang ria ini! ;-))
teringin nak makan prosperity burger McD tapi agak susah sbb dtg berdua aja. meja kat Mc D pulak full. ramai org Q la plak tu. biasanya kalau dgn papa, papa yg akan Q & kami bersenang lenang duduk tunggu makanan tiba!!hahhaaa. padan muka!bila kena handle sorang! nak makan KFC pun sama gak konsepnya.so, aku pilihlah restaurant yang just duduk aja & ada orang ambik order mcm kat kedai mamak itu!! makanya kami memilih.....


taraaa..... Chicken Rice Shop je! senang dan selesa
alahai!!jenuh tunggu bdk ni pilih menu!mcm reti aja sih!!
selesai makan, ronda2 bagi Rayyan exercise mama buang lemak!
nak jalan tak mo dukung!lagak cam org besar je!!


giler stereng!!hahhaaa
mainan yg wajib kena ada kat shopping mall

tak cukup main se round...pau awek ni plak! tumpang main se round!!!
-Geng Bus Sekolah-
biler tgk gambar ni mcm dah besor la plak anak bujang sorang aku ni.....kan...kan...


kami jalan2 hampir lah 3 jam kot!then tgk si mama Rayyan dah tak bermaya aje
maka kami pun balik la.

tgklah dia tidur!senget benget. tu lah degil tak mo dok kat baby sit.


Kami singgah rumah abg aku kat Pantai Dalam. dekt je xsampai 10 minit. mula2 risau gak  sbb Rayyan baru je lena. takut la dia moody tapi aku singgah gak. ketuk pintu bagai nak runtuh rumah tu dibuatnya. sampaikan Rayyan terjaga &; sama2 ketuk pintu!!hahha. rupa2nya sepupu Rayyan semua tgh tido. Maid dia tgh mandi. bila kami masuk,semua kena dibangunkan oleh Rayyan... ;-)) lepaklah hampir 2 jam kat sana. sempat gak tunggu abang ku balik keja disusuli pula oleh kakak ipar. diorag berdua keja bank RHB vs CIMB.

Sampai rumah dah jam 8 lebih. papa dah sedia menanti di rumah...hehheee
sian papa kena tinggal.

sekian saja corat coret xtvt kami di hari jumaat tanpa papa yang sedang bekerja.


pstttt: semua orang termasuk family aku terkezut aku asyik kuar berdua aja dengan Rayyan. Balik Kg dengan Rayyan....Shopping dengan Rayyan...Kagum sbb aku bleh handle peel Rayyan tanpa bantuan orang lain!nak tau rahsianya???? jeng...jeng..jeng....

2 ulasan:

  1. rayyan sangat behave la kak lizard...
    budak yang matang! :)

    BalasPadam
  2. terpaksalah ajaq independent skit. parents sokmo bz!!huhuu. Auntie iena nak tak tlg jaga kan itu bdk Rayyan Ukasyah. bagi chance pa&ma nya dating beDua saja..hihihi

    BalasPadam