Pages

Rabu, 24 November 2010

Rayyan's Besday Bash

Thanks kepada semua yang hadir memeriahkan majlis harijadi Rayyan.


Happy Besday Sayang

besday boy moody.terkezut tengok org ramai

semua cousin Rayyan dari Sijangkang datang celebrate besday Rayyan

part of them.ada lagi cousin lain tp next trip.
rmh kecik so kena queu nak masuk rmh!hahaha

oh ya! hidangan juadah adalah seperti berikut: satay, laksa utara, mee&mehoon goreng, ketupat palas (sempena sambut raya Qurban), nugget,kuih muih, buah potong, kek, agar2 laici dan din dunnnn
Semua buat sendiri tau: thanks to chefs and all d krews!



Mama & Papa doakan agar Muhammad Rayyan Ukasyah di panjangkan Umur, DimUrahkan Rezeki serta berjaya di Dunia & Akhirat. Kami berjanji akan membesarkan Rayyan dengan sebaik mungkin dan sedaya upaya kami. Maafkan Mama jika terdapat kekurangan yang tidak disengajakan.


jgn sedih2 ye syg.walaupun Rayyan naik umur tapi Rayyan still baby mama.... ;-))

banyak lagi gambar di sini layannnnnnnn

Selasa, 23 November 2010

my Hero turn to ONE !

tIng...tOnG.....tiNG....TOng...

Alhamdullilah, tanggal 21.11.2010, detik 5.37 petang, hero mama MUHAMMAD RAYYAN UKASYAH BIN MOHD ZAMRI telah pun berumur 1 TAHUN!!!Big congratulation tu you Rayyan!!! Mama really proud with you.


Rayyan membesar dengan sihat dan bijak. Tiada apa yang dapat mama berikan selain iringan doa agar anak mama sentiasa sihat dan terus membesar di mata mama. Mama teramat puas kerana sepanjang satu tahun ini, hanya sekali sahaja mama tidak dapat tidur malam bersama Rayyan iaitu pada malam kelahiran Rayyan. Itu pun buka mama sengaja tapi adalah disebabkan mama melahirkan Rayyan secara c-zer dan doktor minta mama berehat. Malam itu, mama memang betul2 tidak berdaya. Maafkan mama sayang. Tapi hanya malam itu sahaja. Dari tika hari kedua kelahiran Rayyan hinggalah genap setahun mama tidur malam bertemankan Rayyan dan Papa selalu out station tinggalkan kita  .Rayyan mesti bangga dengan mama kan…. ;-))) puji sendiri...masuk bakul angkat sendiri daaaa.

Besempena dengan umur Rayyan yang genap setahun pada hari ini maka mama coretkan beberapa pencapaian anak mama yang mama ingat je yang amat membanggakan kami semua:

1. Rayyan sudah pandai berjalan sejak umur 10 bulan! Dan kini semakin expert!dah dapat lesen full!! asyik merayau jeeee

2. Berat Rayyan 1 tahun adalah 10.8kG manakala tinggi Rayyan pula 80cm! amat puas menggomol Rayyan sebab dia berisi…lagi2 tang pipinya itu…kalau cium memang tak puas!!!gerammmmm

3. Rayyan masih hisap susu mama sepenuhnya. Tapi hari ini mama beli susu tepung Dumex Dugro untuk stand by if la anything berlaku pada mama. Mama dah pernah test bagi susu ni (minta susu Humaira’- sepupu Rayyan) & Rayyan ok je. Boleh terima. Sepanjang bagi susu itu hati mama bagai terguris kerana Rayyan minum susu lain. Mama memang sedih sangat. So, seboleh-bolehnya selagi susu mama ini cukup untuk Rayyan, mama tidak akan berhenti daripada menunaikan tanggungjawab ini. Tapi takpelah sebab dah setahun & hasrat mama utk breastfeed Rayyan hingga 1 tahun telah tercapai maka mama redha membenarkannya...pasni mama boleh bergaya skit p keja bawa handbag ja!!hehhee...amboi mama ni!!

4. Rayyan dah ada 4 batang gigi. 2 atas dan 2 bawah. Yang atas besar dan jarang pulak tu!!hehhehee. alamak ada extra 2 btg lagi la kat atas.malu2 nak timbul tp dah nampak putih arr.


                                                     lOOk my GiGi...

5. Rayyan dah pandai makan semua jenis makanan. Manis,pedas,masam, masin, pahit!!semua dia dah balun! Air pun dah macam jenis perisa. Kalau kat rumah Tok Su, selain minum susu, Rayyan minum gak Ribena dan Sirap. Kalau vitagen tu sekali hadap 2 botol boleh abis…ayoyooooo my dear Rayyan!!banyaknya kamu minum!! ;-))
6. Rayyan terlebih manja la pula akhir-akhir ni. Lagi2 dengan mamanya. Tapi mama suka!!!hahahha

7. Rayyan amat mahal nak lemparkan senyuman dengan orang yang dia tak kenal. Masam je muka dia…muka orang serius…mcm papa…hehhehe. Tapi kalu dah mood dia nak senyum tu…sampaikan terkekeh-kekeh dia gelak… naik gerammmm mama tengok.

8. Sedari umur 5 bulan telah pakai pampers saiz L & maintain until skrg.xyah lah tukar saiz awal2 ye nak oii... kalu nak harga sama, bila saiz bertambah maka kuantiti pun makin berkurang!kena berjimat la skit. tu pun bersyukur sgt2 Rayyan tak kisah pakai pampers jenis apa. setakat ni mama bagi Fitty@ drypers untuk siang & Huggies merah utk malam. Tapi kalu stok abis mama pakaikan je Fitty tu time tidur tapi bila nak tidur tukar baru& bangun pagi pun terus tukar. biar Rayyan selesa.Fitty ni pun murah skit dalam rm23@60pcs (kalu ada sales la). biasanya stok utk drypers & huggies pun mama beli time sales (dalam RM29.90). kena pandai cari tempatlah.rajin2 tgk iklan kat paper!!hehheee...kalau jalan2 mama bawa bekal Drypantz utk Rayyan.

9. Rayyan suka dengar lagu AF si Akim la,Shahir,Adira,Daus dan macam2 lagi lah. kalu kat tv tgh lagu tu bukan main suka banget dia...siap goyang2 kan badan menari plak tu!papa kata bleh temankan dia tgk karaoke..ok lah pa, korang p berdua je...mama boleh tidur aman di rumah tanpa gangguan..hahahhaa. sebagai solutionnya mama downloadlah video tu kat dlm hp mama. mama bagi dia tgk kat hp Sony mama. terjatuh pun xpa sbb mama ada bb baru!!hehhee macam org tengah berchenta tgk video itu...lagi2 lagu akim..."aku suka Kamu!!" satu hari mau repeat 100 kali oooo...mama mau mereng la nak oiiii.

10....dan macam2 lagilah berkembangan Rayyan yang makin berkembang itu. akan di update dari semasa ke semasa!

Sempena dengan Besday Rayyan yang pertama ini, kami adakan BesDay Bash ParTy utk dia.. tunggu yaaaa


                                            Invitation Card....staff papa tolong buat ;-))
 
Tahniah kepada PAPA yang telah berjaya dengan cemerlangnya menjadi papa buat Muhammad Rayyan Ukasyah. Pengorbananmu tidak dapat kami lupakan. Thanks Pa.

Sabtu, 20 November 2010

MeLakA oH mElaKa

2 hari lepas kami pegi ke Melaka. Sementelaah papa dapat cuti, susah bebenor dia nak cuti ada balance 59 hari lagi tu!! aku pun turut mencutikan diriku ini. huhuhuhu. lagipun Tok Wan & Tok Mah still ada kat KL. So, as per requested by Toks untuk ke Melaka, maka destenasi itu kami tuju dengan hati yang gumbira. Nasiblah Toks teringin nak p, dapatlah aku tumpang sekaki...kalu aku yg nak comfirm la tak dpt!hehhehe . Kami bertolak Khamis tengahari & sampai kat sana dlm jam 2 lebih. terus cari hotel untuk menginap malam tu. kami saja cari berdekatan dengan pantai Klebang. so, pusing punya pusing, kami berhenti kat Royal Puteri Beach Resort. Tanya receptionist ada bilik kosong. kami ambil apartment 2 bilik. best skit nak lepak kalu pegi dengan family. added by, Apit pun bawak Leen skali. after ckeck in dan makan bekalan makanan yang kami bawa, kami pun menuju ke Bandar Hilir. Tempat yang kami lawati di sekitar A Famosa, Dataran Pahlawan dan Menara Tamingsari. terkezut aku lihat perubahan Melaka yang memang mengalami banyak perubahan berbanding semasa aku belajar di sana sekitar tahun 1997/98. waduh lama sungguh sudaaa!!!

Kami naik beca, menara dan yang best skali Tour Duck. naik pula time matahari nak terbenam. gerun dan mendebarkan. mana taknye dari darat turun ke laut plak. perjalanan naik truck itu mengambil masa lebih kurang 1 jam. memang berbaloi2. tiket untuk dewasa RM38 & Warga emas dan kanak-kanak RM27 sahaja. time tu Rayyan tido dengan nyenyaknya. aku pun paksa dia bangun gak!rugi ooo kalu dia tak menikmati pemandangan dan pengalaman naik Tour Duck ni. So, kepada sapa2 yang tak try lagi naik Tour Duck ni silalah mencubanya. gerenti puas hati!!! cuma bahaya gaklah  coz truck yang dapat memuatkan 34 penumpang ini, sepatutnya memperketatkan lagi peraturan seperti pemakaian jaket keselamatan kepada para penumpang. mana taknya, kita masuk ke laut dalam, bukan sungai tau...tapi LAUT...kalaulah ada problem happen masa kat tgh2 laut tu maka terkuburlah kami di lautan yang luas itu!!cuak beb.memanglah ada jaket kat ats bumbung tu tapi kan kalu dah namanya emergency pastilahtime tu satu benda apa pun dah tak hengat. Syukurlah tak jadi apa2. but it's a new experience to us. best...best....

Balik hotel malam tu masing-masing dah keletihan. apit dan leen aja yg keluar tapau burger untuk kami. kami makan di hotel aja. Esoknya, kami p breakfast kat bawah. masakan ala carte bleh order apa yg kita nak dlm menu. sambil brekfast papa layan Rayyan mandi kat swimming pool. Rayyan ni plak buat2 berani minta lepas tangan nak jalan dalam air! tgh kami berpaling pandang ke tempat lain, tengok dia dah terapung!!!! cepat2 papa ambil & merah padam muka dia. aduhai Rayyan nasiblah Tok tak nampak!!!tapi mmg dia antu air. seronok sgt2.

balik bilik kami siap2 nak check out. Leen & Apit dah balik awal2 pagi tadi sbb Leen ada interview keja kat PJ petang nanti. so diaorg rushing la balik dulu. Kami pula pegi ke destinasi seterusnya. Mula2 singgah rumah Mak Kakak IPar aku di Bemban Jasin. alang-alang dah sampai Melaka kami pun singgahlah tengok Mak Tok yang dah tak berapa sihat itu. After that kami ke Zoo Melaka. letih oiii jalan kaki. adalah dalam 2 jam!!! Rayyan plak tak berapa pandai lagi tgk binatang2 tu. just tgk tak de perasan...hehehhe.dia cuma kenal cat aja!!!

otw balik, kami singgah ke rumah Leen di Senawang. Mak dia jamu kami makan nasi.... Alhamdulillah kenyang peyot kami. Balik rumah dah hampir nak maghrib. walaupun letih tapi memang best la dpt jalan ke Melaka.

AKu pula kena bersiap-siap kemas apa yang patut sebab nak kena balik Sijangkang pulak!!! esok ada kenduri korban kat rumah Am. harus balik malam ni sebab nak tolong lah buat apa-apa yg patut...ye ke....hehehee

k ar to be continue......................

Rabu, 17 November 2010

hAri rAya Aidil AdHa

Harini seluruh umat Islam merayakan hari raya idul fitri yg mana dikenali juga sbgai raya korban. Oklah mukhadimah dipendekkan aje. Tok wan dan tok mah rayyan turun beraya di kl. Maklumlah cuti hanya 1 hari aje. Depa sampai pagi smlm.lepas balik keja mlm smlm kami p ke chow kit nak beli daun palas,santan& daging + etc. Nak beli santan pun kena beratur panjang!! Daun palas plak mmg xjumpa.dah kehabisan stok!! Kami pulang dgn hampa. So, pa decide beli lemang je. Pagi td pa dgn tok wan p solat sunat.ma kena siapkan putera raja!! Layan mkn then lena... Tgh tido ma & pa sempatlah siapkan doorgift utk besday rayyan ahad ni. Pas dia bangkit dlm jam 12pm kami gerak ke rmh tok su rayyan. Menu mee sup n ketupat palas,lemang dll lagi.sedapppp...

lepas lepak rumah Tok Su Rayyan, kami beredar ke rumah Tok Mami di Dengkil. Tok Mami jamu kami makan laksa & ketupat. kekenyangan kami semua..hehehe. kami bertiga minta izin balik ke Sijangjang sat. Nak juga jenguk Abah di hari raya. kesempatan tu kami pegi juga rumah Long, Am, Uwah & Yayang hantar besday invitation card si Rayyan.

Then kami berpatah balik ke Dengkil semula. makan nasi plak...hehhehee. Lepas lepak sejam gitu kami pun beredar pulang ke gangang.. nak kena cas bateri utk perjalanan esok pula...ke mana tu!!! lalallalaaa.. bestnyer bercuti.................


Selasa, 9 November 2010

Banjir di Kampung Tok Wan RAyyan

Last friday cuti Depavali. So, kami ambil kesempatan cuti perayaan ini untuk menjenguk Tok Wan dan Tok Mah Rayyan di Kampung. lebih2 lagi rumah Tok sedang dilanda banjir. Kami bertolak dalam jam 7 malam. Kami singgah ke Pasaraya Hero untuk membeli bekalan lauk basah dan sayur untuk di bawa pulang. Maklumlah sumber bekalan dan jaringan pengangkutan di sana telah terputus. Tok dah dua hari makan sardin sahaja. Nasiblah Restoran Tok Wan tak ditenggelami banjir. So, Tok dapat tidur di Restoran. Orang kampung kena tidur di Sekolah.

Nanti mama story mory lagi la...sebab mama Rayyan letih nak berceloteh. Mama nak siapkan keja opiz sat.
Tapi bleh tgk gambar kat fesbuk mama :Banjir di rumah Tok Wan.

Ok....Selamat Jumpa Lagi......

Hari Ke empat Banjir