Pages

Thursday, March 17, 2011

Anakku Demam


pertamanya aku google info pasal DEMAM. senang kan bila kuasa jari dihujung keyboard. hanya taip & klik saja maka berjuta2 info berkenaan dengan demam akan kita perolehi.

serba sedikit pasal demam.....

DEMAM
Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Adakah keadaan ini serius?
Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.

Apakah tindakan pertama?
Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.

Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.
Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi.
Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye.
Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.


Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?
Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.

Bagaimanakah saya boleh membantu?
Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.
Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.
Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

     ~Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85~

Harini merupakan hari kedua Rayyan demam dan hari kedua lah mama terpaksa EL (best kan jadi fulltime mom). Pagi tadi mama ingat nak gak pegi kerja. mama dah siap mandi pun tapi bila tengok badan Rayyan masih panas mama tak sampai hati nak hantar dia ke rumah Tok Su. biarlah bila anak demam, mama sendiri yang jaga. baru puas hati mama. kalau pergi office pun, fikiran akan nun jauh melayang juga dok ingatkan Rayyan. Baik mama dok rumah je kan!

sian bila tengok anak demam kan....
Selera makan pun dah kurang. tak lalu makan sangat

Bagi main air...mmg feberet dia!!

 Petang bawak turun main kat playground...bagi mama exercise skit

Time demam ni apa je yg dia nak main kita layan kan je laaa

Pagi tadi check suhu 38.3c.setengah jam pastu check lagi jadi 39.3c. mama dah risau ni!nak p klinik tak de transport...kena tunggu papa balik keja. jadinya mama masuk ubat kat punggung dia. Alhamdulillah petang ni dah surut skit demam nya.
Moga anak mama akan sembuh dan kembali aktif seperti sediakala
be strong ye sayang....

3 comments:

  1. Ala ciannya...skrg ni mmg musim demam kan.

    ReplyDelete
  2. get well soon rayyan dear..yg penting mama nye jgn panik..hihi

    ReplyDelete