Pages

Tuesday, March 15, 2011

TBS

Baru-baru ni kami berkesempatan jalan-jalan cari makan di sini.
sebelum ni pandang dari rumah aja
lepas balik kerja hari tu, papa kata mama tak yah masak makan kat luar je
jadinya kami terus singgah ke sini

view dari rumah kami...Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Sekarang terminal ni dah fully operated untuk perjalanan ke Selatan
mcm nak ke Melaka, Johor,N9 n Singapore
Very sistematik dan mama sangat sukakan transformasi ini
tak payahlah bersesak2 mcm kat Hentian Puduraya tu!
TBS ni cantik mengalahkan LCCT tau!
Disebabkan tempat dah cantik,
orang yang datang sini pun nampaklah berprotokol skit.
xder ar selebet je. beg pun dah trend yang beroda tarik2 tu ja.
Keselamatan pun rasa terjamin
Staf nya pun berhemah & helpful

Suka tengok Information Board yang tunjukkan masa ketibaan &
berlepas tu
sebijik cam kat Airport
kalau nak turun ke platform tu pun, hanya penumpang aja dibenarkan.
Ada guard check tiket
Kedai2 pun banyak...KFC, kedai roti, kedai baju, kasut dan macam2 lagi lah
kalau Food Court dia pulak kena guna card. so, kita kena top-up la. card kena beli kat kaunter. tak boleh bayar cash. mudah bagi kita yang selalu ke sana tapi agar melecehkan bagi orang yang datang sekali sekala aja.. Mama try makan Sup Tulang...mmang sedap...highly recommended!! konon beli nasi nak bagi Rayyan makan tapi akhirnya mama yang balun sorang2...Rayyan excited nak main aja!!huhuhuu

kat food court pun ada tv yang display jadual perjalanan.
Announcement pun very clear minta penumpang turun ke platform.
Paling penting...mesin ATM pun ada tau!

Bila lah mama nak dapat naik bus ni!!flight byk kali laah.dah lama tak naik sejak kawen.
Mama teringin naik bus double decker tu!!hehehhehe

pendek kata Rayyan amat suka datang sini.
Kawasan luas untuk dia berlari ke sana-sini.
Parking belum berbayar lagi tapi rasanya dah nak kena bayar kot.
mesti mahal kan....

itu saja...Welcome tu TBS= dekat je ngan rumah sewa mama

No comments:

Post a Comment