Pages

Isnin, 14 Mac 2011

Virus Kayap (Herpes Zoster)

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.   ~more detail~
 
Pelbagai Jenis kayap...ada kayap melukut, kayap jagung & kayap ular. ada yg advice tak yah jumpa doctor seperti  Doc Malaya ni.
 
Aduhai napa mama cerita pasal kayap ni!  Al-kisahnya last two weeks, mama terkena virus kayap ni!!ala mama nak sebut herpes la ye. geli ar nak sebut kayap...hehhehe.
Masa kat office mama dah rasa lain macam. bila check ada bintik2 kat tepi perut mama & belakang pinggang. sakit menyucuk2 & terasa ada sesuatu berjalan kat dalam badan. time tu mama dah pening semacam macam nak pengsan pun ada! bila papa jemput balik keja, mama pun bagi tau lah kat papa. mama kata kena kurap tapi dia kata kayap. mama mcm ta percaya lagi. pa ajak pergi klinik tapi mama takmo. ala sakit biasa je malaslah nak jumpa doktor. Tapi papa tetap bawa mama pegi klinik. kuasa atas dia. dia yang drive keta kan...mama terpaksa lah follow gak. Kasih papa taknak virus terus merayap dalam badan mama. Thanks pa..
 
 
Doktor bagi ubat herpes. ubat makan tu kena makan 6 jam sekali selama seminggu. harga mahal gak sebiji dlm rm3. so kalu seminggu kena rm84, then ubat antibiotik rm15 dan ubat sapu rm 10. doktor kata virus ni akan merebak melalui urat saraf. maknanya kena makan ubat supaya tak merebak dan matikan virus tu!
Doktor bagi MC untuk keesokan harinya. kebetulan pula Tok Su Rayyan tak dpt jaga Rayyan hari tu sbb ada apoinment ngan doktor. so, mama dating berdua ja dengan Rayyan kat rumah.
Oh ya, Tok Su Rayan juga bawa mama berubat dengan seorang Pakcik ni. Mama kena bawa 3 batang jagung rebus dan perlu berubat selama 3 hari berturut2. Pakcik ni memang terkenal dengan kepakarannya menyembuhkan penyakit ini. mama pun try la. usaha gak cara tradisional kan. at least kita mencuba kaedah alternatif dan tak melupakan kaedah moden (doktor).
cara perubatan pakcik ni dengan membaca sesuatu pada jagung tersebut. selepas itu dia kunyah2 & sembur pada tempat yang terkena herpes tu. dia minta mama relax dalam 5 minit supaya air jagung tu meresap ke kulit. 3 hari mama datang ke rumah Pakcik tu.
 
Alhamdulillah dalam hari ke-7, herpes mama dah kering. ini merupakan pengalaman pertama mama terkena jangkitan ini. & mudah-mudahan ianya takkan berulang lagi. ~Amin
 
 
selingan~ sbb dapat MC kan... petang tu mama bawak Rayyan jalan-jalan pegi Taman Tasik Permaisuri.
Dia nak berdiri kat seat belakang. Akibatnya mama kena drive dengan ayu sekali dan kadang-kala terbabas juga mengakibatkan Rayyan tergolek dok!hahahhahha
 
banyak2 mainan kat situ dia amat tertarik dengan stereng ini ja! so layan kan je laaaaa
 
Kesimpulannya ~ Mama dah bebas daripada virus herpes tu...Alhamdulillah

1 ulasan:

  1. Silap klu mkn antibiotik.sbb anti-biotik adalah anti-bakteria.kan namanya virus kayap,kena mkn antiviral spatutnya

    BalasPadam