Pages

Rabu, 6 April 2011

anakku Demam lagi....

Rasanya baru ja Rayyan baik demam . masa kat kedah lagi tengok dia asyik batuk2 ja. hari isnin dia dah start muntah. apa yang dia makan akan dimuntahkan balik. mama noticed that dia nak batuk & nak buang kahak tapi tak pandai nak kawal lagi. jadinya dia akan termuntah lah!

dalam bus masa nak balik ke KL pun dia dah tak sedap badan. tido pun tak lena. mama risau gak nak bagi susu takut dia termuntah. bila berenti kat RnR, dia termuntah. time tukar baju tengok ruam timbul kat badan dia. mama risau kalau itu demam campak!! suhu badan pun teramat panas.

sampai rumah mama terus check suhu dia. 39.4c. tinggi sgt tu!!so,mama bagi ubat punggung. then dia lena. terjaga ja mama sumbat susu yang telah dicampur ngan ubat. mungkin lali dengan ubat2 tu dia lena sampai ke pukul 3 petang. walaupun time tu badan dah tak berapa panas, mama tetap bawa p klinik juga.

Doktor said, Rayyan banyak kahak & ruam kat badan dia tu bukan campak (risau la kalau kena campak kan!) tapi adalah sebab alergic. maybe ada makanan yang Rayyan makan sebelum ni yang menyebabkan alergic. so, Rayyan kena avoid dari makan buar anggur, telur air ribena (Doktor ni macam tau2 ja sbb smlm memamg Rayyan makan semua yang telah disebutkan nya itu!). Rayyan agak badmood spjg dlm klinik. meronta2 nak keluar. nasib baik patients tak ramai. Seperti biasa Doktor akan bagi ubat sebagai hadiah untuk Rayyan :-)) Susah banget budak ini mau makan obat! mama dengan hati keringnya akan biarkan dia melalak sepanjang sesi bagi ubat. bukan apa untuk keaikan dia gak kan! Hope Rayyan akan kembali sihat. Go go Chaiyok Hero mama cayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan