Pages

Wednesday, April 6, 2011

Jakunnya aku!!! naik dOuBle DecKeR Bus :))

Sapa2 yang tak pernah naik bus double decker...Sila angkat kaki???huhuhu
Aku boleh lah nak berlagak ngan sapa2 yang tak pernah naik bus DD ni.

nak jadikan cerita, kami plan nak balik kg. tapi short trip ja. ambil cuti hanya hari Isnin. makanya ada 3 hari dan 3 orang ja yang mahu pulang itu kampung di Kepala Batas, Kedah Darul Amna. jadinya mama mencadangkan naik bus dapat save duit...padahal mama teringin nak naik bus!!hahhaaa. ye lah mama tak pernah naik bus DD tau! bukan takat bus DD, bus express pun mama tak pernah naik selepas kawin ngan papa. apatah lagi bila dah dapat Rayyan Ukasyah. Bila cadangan mama ini diterima pakai alangkah seronoknya hati ini.

Dalam bus...
& of coz ngan Tok Wan yang berwajah ceria...cucu ku pulang!!
Oh ya!!camna plak ngan Rayyan. perjalanan agak panjang dalam 6 jam. adakah Rayyan boleh dok senyap dalam bus??agak merisaukan juga pada mulanya. Maklumlah Rayyan tak pernah naik bus. Kapal terbang dia dah naik seawal usianya 2 minggu! so that, ni kira experimen untuk nya juga.kalau success maka, mama ada chance nak naik bus lagi!! tak payahlah mama nak bersengkang mata jadi co-pilot kalau balik naik keta!naik bus.... bukan takat mama...papa pun dapat tidur dengan lenanya. lagipun bus skrg banyak pilihan. nak p Kedah ja ada bus Jelita, Pancaran Matahai, Cosmic dan macam-macam lagi la dan yang terbaru Intercity. semua cantik2 & selesa mengalahkan dalam flight. aduhai nak cerita pasal Rayyan terbabas la pulak cerita pasal lain!! masa nak balik malam tu kami naik bus Cosmic. bus jam 10.30 malam tapi jam 11 malam baru nampak batang idung! rayyan dah merengek kepenatan! tapi kan bila masuk bus je tak sampai 10 minit Rayyan dah tertidur.wah gud boboy sungguh!!dia hanya terjaga bila dah sampai Shahab Perdana nak turunkan penumpang. time bus berenti makan & kencing pun dia tak terjaga. kami pun malas nak turun bus sbb duduk tingkat atas. kami minta bus berenti kat Kepala Batas. so , jalan kaki ja ke rumah Tok Wan. Time tu jam dah 5.30 pagi. tengok2 Restoran Tok an dah menyala lampu. rupanya Tok Wan dah ada kat kedai. kemas apa2 yang patut sebelum pergi Masjid. (waktu pagi Toks Rayyan meniaga Roti Canai). Alangkah terkezut Tok Wan bila tengok Rayyan balik!!! Yahoooooo...
Then bila balik rumah, Tok Mah pulak terkejut Rayyan balik!!yabedabedoooooo....
Tiga hari di sana, kami just banyak lepak kat rumah & Restoran Tok aja. nak makan apa Order aja...sedappppppp....
kat Restoran Tok Wan!masuk ja Rayyan akan buka chiller minta air kotak!
then pandai plak ambik hati Tok Wan...asyik ke kedai sblh je la beli cekelat!

Dalam keta nak duk sendiri kat belakag tapi berdiri ja sepanjang masa!!
layan kan je laaaa

Jalan2 gak ke kedai Tok Lang Rayayn ket Pekan Rabu. Tok Lang belanja Ais kacang & Moi!
abis satu mangkuk moi Rayyan kerjakan. sedappp sgt!!
Isnin malam kami dah balik KL. naik bus Pancaran Matahai plak. kali ni ambil seat bawah. orang tak ramai sebab weekday. Rayyan tak berapa lena sangat sebab badan tak sihat. Cuaca kat Kedah tgh panas. Time berenti kat RnR pun rayyan termuntah. perut tak sedap..jadinya dalam bus mama kena banyak berjaga2 takut termuntah. Syukur sampai gak KL. Sampai rumah jam 6 lebih. papa terus siap2 nak pergi kerja. mama pulak decided ambil EL sbb Rayyan tak sihat. sambung tido.....bleh gitu...hehehehe


Babai Tok Wan....babai Tok Mah....

Sekian


1 comment:

  1. alaaa tomeinya....

    follow kamu juga k..thx..visit lah slallo k

    ReplyDelete