Pages

Rabu, 6 April 2011

Count down...Pak Lang's Wedding

Pejam celik dah tinggal almost sebulan ja lagi Pak Lang Rayyan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Leen. Pak Lang duduk dengan kami. secara tak langsung, kami turut sibuk dengan persediaan perkahwinannya. Tambahan pula papa Rayyan seperti biasa la akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai event manager for this wedding. Sebelum ni pun time Pak Long Rayyan dan juga dirinya sendiri kawin dia lah yang jadi event manager. Pak Lang akan bernikah pada 7th May 2011, pada belah malam pula Majlis berinai dan keesokan harinya pula majlis persandingan. ketiga-tiga majlis akan dia dakan di rumah pengantin perempuan di Seremban.

Majlis untuk belah kami pula akan diadakan minggu berikutnya iaitu pada 14th May 2011. Boleh dikatakan semua persiapan almost selesai. sekarang ni kat rumah kami sedang sibuk paking kerepek & kacang untuk doorgift tetamu kampung. Rumah Tok Wan Rayyan pun nak berubah imej. Rumah tengah cat. Kain langsir pun dah siap beli. Kami beli kain langsir & tempah sekali kat Nilai. mudah cerita kan! Tema majlis di kedah adalah hijau watermelon. Baju mama & papa dah dapat. tinggal baju Rayyan aja. Baju untuk majlis kat Seremban pun dah beli( untuk mama je!). baju hero2 mama tengah servey lagi...tak dapat cari yang berkenan dikalbu.

Pak Lang Rayyan dah dapat cari rumah sewa di Kerinci. dekat la skit mereka berdua mahu ke kantor! nampak gayanya pas ni Rayyan dah tak de geng nak ngadu dan bermanja kalau mama marah nanti!!huhuhuhu

Mama yang terlebih excited nak tunggu this wedding. Maklumlah kesemua sembilan adik beradik mama dah berkahwin jadinya tumpang gembira sebelah ipar duai la plak!!kan..kan..
waktu bertunang 26th June 2010.
Most welcome!!  Rose Hyzleen to our family...
be a Mak Ngah to naugty boy's Rayyan Ukasyah
& Kak Farah & Kak Sarah too :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan