Pages

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan tahun ini

Assalamualaikum

yang pasti, aku telah jarang updated coretan dlm blog ni.
diam tak diam dah masuk bulan ramadhan. harini dah masuk hari ketiga....

bila bulan puasa, bermulalah rutin harian bangun seawal 445am untuk siapkan juadah bersahur utk diri sendiri. Cik Abang makan roti/cereal ngan air milo ja!jadinya lauk pauk dan nasi hanya untuk aku aja!Papa Rayyan kata dia nak diet kurangkan makan nasi sepanjang bulan puasa ni. aku kenalah respect dan support dengan pendiriannya itu.Juadah berbuka pun anything yang tak melibatkan nasi. pilihannya adalah pelbagai aneka mee. Tiap hari aku akan sediakan satu menu mee. Aku kalau bab berbuka memang tak kisah sangat. dulu2 masa kecik pun, family aku memang makan mee untuk berbuka tapi time sahur wajib makan nasi. lauk pun tak lah heavy sangat just ayam/ikan goreng + sayur + kicap. yang penting nasik mesti panas!!huhuhu.. kalau kat kampung memang request nak minum teh tarik tapi skrg ni kalau nak bancuh sendiri agak lah pemalas tahap gaban!!aku minum nescafe ja!kalau malas jugak just add 2 spoon of Milo!! kalau malas gak lagi just buka peti sejuk ambik air soya kotak!!sabo je la kan..kan... kesimpulannya, my hubby memang tak kisah dan terima aja apa yang aku masak.. i loike!! cuma tugas aku sekarang untuk menyenaraikan menu mee-mee yang ada kat Malaysia ni..takat dua hari ni dapatlah lepas buat kue tiow kerang pada hari pertama dan semalam buat mee hailam. harini cadang nak buat mee hoon tomyam plak! :))

Bab solat terawih pula aku tak lah dapat turun ke surau macam papa. sebabnya sedia maklumlah di Rayyan itu sapa nak jaga kan..kan...jadinya aku solat kat umah aja lah dan minta kirim kat papa doakan aku sekali. moga aku pun dapat keberkatan solat mereka yang berjemaah itu. Dan aku juga akan memperbaiki amalanku dengan mengaji. apa yang aku perhatikan, selepas berkahwin ni  aku memang agak kurang mengaji. semoga ramadhan tahun ini aku dapat melafazkan khalimah dan ayat-ayat Allah dengan sekerap mungkin. bagi sesiapa yang selalu mengaji, mereka akan merasakan aura yang betapa diri nya dekat dan hampir sangat dengan Allah. rindu dan tak sabar-sabar untuk membaca quran pada setiap masa. serasa macam addict untuk membaca quran. itu lah yang pernah aku rasakan suatu ketika dulu. semoga ianya kembali bercambah dan mekar dalam diri ini.Amin...

Persiapan raya.. tahun ni ala kadar aja. yang penting persiapan untuk si kecik teruna. kita yang dah dewasa ni kan dah puas beraya!kan..kan... Last weekend sempat pergi Sogo time member card sales..orang bukan main ramai giler! kalau takat nak beli baju sehelai dua memang langsung tak berbaloi!kena beli banyak sekaligus sebab beratur nak bayar bukan main panjang gilos!!dapatlah kami shopping baju untuk Rayyan. dia punya dah settle tinggal nak beli baju melayu ja!aku beli baju readymate n papa punya belum lagi....sian papa...nanti kita p shopping lagi yaa

Balik Raya!ermmmm....dua tahun beraya selepas kawin...dua-dua raya kat Kedah dulu. masa tu sebab kesian gak kat parents in law sebab abang ipar sambung study kat New Zealand dan bawa wife &2 orang anaknya sekali. jadinya sian sunyi sebab cucu-cucu takde. tahun ni, diorang dah balik Malaysia. Tapi, takpelah, aku rasa tahun ni balik Kedah jugak lah. Kampung aku dekat je kat Klang.Tiap minggu boleh balik. cucu-cucu abah pun ramai. aku tak risau sangat sebab kat Klang ni meriahnya raya sampai sebulan. kalau kat Kedah tu sehari dua ja meriah pastu nak p beraya rumah orang pun segan siap kena buat appoinment lagi...hehehee...tapi yang specialnya diorang jamu kita dengan makanan yang pelbagai. kalau kat kampung aku, makanlah apa yang ada time tu..minum air & makan kuih muih adalah standard. kalau nak makan sedap datang lah hari pertama @ masa tuan rumah buat open house!!hahaha.

k la...makin lama makin banyak pula yang aku bebel kan. tak nak la pahala puasa aku berkurang. :))

apepun...Selamat menjalani ibadah puasa...mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan pada kali. Moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan