Pages

Isnin, 28 Mei 2012

Hujung tahun Rayyan bakal jadi Abang! Insyaallah

Camna nak cerita ye...nak mula dari mana pun aku tak tahu. tapi pucuk pangkalnya Alhamdullillah now i'm ini 10 weeks pregnancy. masih awal lagi dan moga-moga ianya berjalan dengan lancar. Mengikut pengiraan, aku bakal bersalin pada 25 Disember 2012. Insyallah dalam tahun ni juga.

Aku dah rasa lain macam masa tak datang period bulan lepas. patutnya setiap 29 hari je akan naik lah bendera merah tu. tapi bulan ni bendera tak mo naik.masa tu pulak aku tengah ikut papa Rayyan handdle program kat hotel Grand Season. mula-mula macam tak nak lah inform sebab papa masa tu memang terlalu busy dengan kelas dia la...asignment dia lah...keja dia laa...dan macam-macam lagi lah. tapi aku rasa tak sabar la pulak nak bagitau dia. so, otw pegi hotel tu aku bagi la hint-hint skit kat dia....Pa, rasanya Rayyan macam nak dapat adik jew.... direct bebenor hint aku  tu kan!hahhaha..so, papa agak terkezut tp macam dah menjangka ja.. < buat-buat paham la yer....> Alhamdullillah papa kata rezeki. lagipun time bersalin nnti Rayyan dah 3 tahun, so kira dah ok sgt la kan. aku dulu c-zer memang nak kena gap 3 tahun pun. Lepas balik hotel tu, aku buat lah UPT test. memang positive la...kuar 2 line. terang sesangat.next week nye check pulak kat klinik sebab nak confirmation and result pun alhamdulillah sama seperti test yang aku buat sendiri kat rumah.

Mula-mula tu kami tak beritahu sesiapa pun sebab masih awal lagi kan. Tapi last week semua famili terdekat dah dapat tahu. Papa inform kat parents in law. aku pulak masa balik Klang bgtau kat parents aku. aku jadi confident lepas dapat tengok sendiri baby dalam perut masa buat scan hujung minggu lepas. Mulanya pergilah klinik yang aku biasa pergi tu tp dia kata baru 9 minggu tak boleh buat scan coz dia takde 3D scanning machine. So, aku yang rasa macam tak puas hati ni nak gak pergi scan. finally kami pergi Al-Zahrah Bangi. lamenye la nak tunggu  turn. aku pun dah naik mooddy menunggu. dalam 1 jam suku kot menunggu baru dapat jumpa doctor. ingat kan nak je marah si doktor tu tapi masuk-masuk bilik je dia yang minta maaf dulu sambil hulur salam. terus lembut hati wanita aku ni...chewah!!. ok, doktor  bawa ke bilik scan. and for the first  time...Rayyan nampak adiknye dalam perut mama. terpegun betul dia saat tu. la ni bila kami tanya mana baby....dia jawap dalam perut mama... so sweet kan.. :)). Doktor kata keadaan semua ok dan normal  dan dia terus bagi surat rujukan untuk kami buka buku merah kat HUKM nanti. Insyaallah aku akan bersalin kat HUKM sama macam Rayyan dulu sebab HUKM dah de rekod perubatan aku dedulu....

Perasaan...ermmm...cuak tu memang la ada...teruja pun sama...dalam family aku tahun ni je ada 4 orang termasuk aku yang akan dan sudah bersalin. Diorang pun dulu bersalin ngan aku tahun 2009. cumanya ada yang tahun lepas pun dah bersalin dan tahun ni pun tambah lagi. sungguh produktif kan family aku!! :) Dulu Rayyan cucu yang ke-25 dan Insyaallah adik si Rayyan ni bakal cucu yang ke-31 Wak Manaf dan arwah Nenek Leha..

Aku berdoa agar kandungan membesar dengan sihat dan baby dapat lahir kedunia dengan selamatnya. Sesungguhnya kami amat teruja dengan penantian ini. 30 months to go...Insyaallah

1 ulasan:

  1. thanks armouris. bleh you share dgn i. berpantang kali ni nak betul2. takmoculas mcm dolu2. anything i will ask u k.

    BalasPadam