Pages

Jumaat, 28 September 2012

me @ 28 weeks

Diam tak diam sekejap je dah 28 weeks kan..mula2 dulu terpikir ala lambat lagi bulan Disember...kalih2 bulan September pun dah nak abis. Tinggal 2 bulan lebih je aku nak due.. perasaan..ermmm...makin gementar dan tengah nak ingat2 kan balik camna proses nak bersalin nanti.. Maklumlah dah 3 tahun tak masuk labour room...tak cukup 8 jam kat labour room disorong masuk pulak dlm bilik OT. erm... seriau bila dikenang2 kan.

Tapi Alhamdulillah, bila tengok si Rayyan membesar dengan sihat, semua kesakitan tu dah dapat dilupakan. kini giliran nak keluarkan adik Rayyan pula... :)). disebabkan Rayyan dah petah berkata2 tapi still dgn pelat dia laaa... so, dia request nak adik boboy...tak nak gegirl. maybe sebab nak ajak main otomen la tu!! masin mulut ko nak oiiii!!! setakat ni dah scan sekali bulan lepas, dan doctor said baby boy!:)) happy la si Rayyan tu! mama & papa tak kisah anak apa. janji dia keluar dengan sihat dan sempurna. and one more thing,  bodyguard mama akan bertambah ! :))

Benefitnya kalau dapat anak boy lagi, kami dah tak perlu buat persediaan yang banyak sebab semua boleh guna abang Rayyan punyer. tema biru masih boleh dikekalkan. skill untuk treat anak pun still same. mama boleh jadi raksasa! no heart feeling!!huhuhu.. walaupun anak lelaki tu sama jantina dengan papa nya, tapi mengikut pengalaman ku yang tak seberapa ni, dia akan lebih rapat dengan mama nya. as example, macam Rayyan ni, walaupun mama nya yang marah sampai bertukar jadi raksasa, dia still gak nak mama nya pujuk! mama siap cakap..."laaa, kan mama yang marah Rayyan, pergi lah kat papa sana...mintak papa pujuk.." tapi dia still gak berdiri depan mama nya till mama peluk diaa baru stop menanges. anak aku ni walaupun boboy & ganas macam otomen tapi hati dia lembut skit. asyik sentap aja!!hahhaha. ala nanges dia tu yang merengek2 yang dibuat2.. memang aku saja ja suka buli bagi dia nanges!! siap papa selalu kata..mama ngan anak sama aja... nak buat camna anak kan kuar dari penyot mama. kalau papa marah rayyan, mama selalu tolong rayyan..pujuk kasi diam..mama jadi penyelamat Rayyan! best kan peluk anak!! rindu sesangat kat Rayyan.........

Bila dah masuk trimister terakhir ni, pergerakan agak terbatas skit. bila waktu malam tu rasa agak letih dan nak tidur pun tak berasa selesa. sebab tu bila aku dapat feel nak tidur, aku akan cakap kat papa n rayyan...jangan ganggu mama. sebabnya, kalau aku dah terjaga, memang susah nak tidur balik! kalau terjaga sebab ada otomen atas katil maen lompat2 tu yang menjadikan aku bertukar jadi raksasa!bukan apa risau gak bila dia lompat2 nanti terpijak adik dia dalam perut ni! sebab tu untuk protect diri aku tidur mengiring ke tepi dinding. Rutin pergi keja pagi still sama lagi, drop kan papa kat LRT station, dan aku terus drive antar Rayyan dan diriku ke tempat keja. balik pun sama gak..
Bab makan plak memang lah asyik mood lapar je. so, kalau rajin, aku masak bila sampai rumah. masak apa yang aku nak makan. skrg ni pun Rayyan suker makan nasi. so malam2 aku ada geng makan. papa, dia xmau makan nasi. makan light2 ja...

preparation untuk sambut baby baru ni pun belum mula lagi..mungin nanti kalau dah 32 weeks ke atas baru mama nak cari baju baru skit, nak beli set tilam n barang toileteries si kecik. untuk aku plak tengah servey nak beli set bersalin.xtau nak beli brand ape..tengah usha2 la ni. di samping tu, kena gak prepare utk pindah rumah nanti. macam2 la kena pikir kan... gamaknyer kena buat checklist ni.. beserta dengan budget nyer skali. cakap pasal budget petang nanti PM akan bentangkan budget utk tahun depan kan... aku mewakili papa Rayyan yang keja gomen ni...harap2 ada lah berita baik. kalau papa dapat, kami pun tumpang sekaki! ;))


Kami bertiga yang semakin membesar !!
ophhhh...ada sorang lagi dalam perut ku itu! :))


Tiada ulasan:

Catat Ulasan