Pages

Rabu, 19 Jun 2013

Amsyar jatuh katil..sob...sob...

Kejadian dua hari lepas, aku tak terdaya nak cerita hal ini pada hari kejadian. And today, Alhamdulillah Amsyar sihat dan dia aktif seperti biasa dan tiada kesan akibat terjatuh so aku ada sedikit kekuatan nak cerita untuk menjadi ingatan dan ikhtibar untuk hari hadapan.

Betapa lasaknye Amsyar ni...sampaikan aku pun agak pelik camna ianya boleh berlaku. katil bilik kami saiz king...memang besar lah untuk kami berdua tido..Papa & Rayyan tido bawah!hihihi..bentang tilam & toto. Rayyan ikot dia lah nak tido ngan aku or join papa dia. tapi pada hari kejadian, aku tido berdua sahaja dengan Amsyar.Aku tido tepi & Amsyar tgh. KAtil kami rapat ke dinding. Yang aku ingat, aku beralih kedudukan untuk bagi dia nenen.So aku pindah ke tepi dinding...sedang enak di buai mimpi tiba2 papa jerih..Allahuakbar!! Mama...AMsyar jatuh!aku terjaga tgk papa dah dakap anak yang sedang menagis. Aku terkezut sbb Amsyar pun nanges terkezut.Aku terus ambil dia dan bagi susu. Tengok jam kol 4.30 pagi. Then pas nenen dia sambung tido...Risau gak siang tu nampak benjol ke...or ape ke..tapi Alhamdulilah Allah lindungi Amsyar dari berlaku sebarang kejadian buruk.

Sepanjang ingatan kami si abang Rayyan tak pernah jatuh katil. Nampak benor lah si Amsyar ni lagi aktif n ligat dari abg dia. Aku just joke ngan Papa diorg ni...yelah dulu Rayyan tak jatuh katil sebab dia tidur tengah.kita apit dia kiri kanan...la ni mama dengan anak je tidur atas,papa suka tido bawah tanpa sebarang gangguan..hihihihi

So, pengajaran yang kami dapat dari kejadian ini adalah setiap anak itu berbeza perwatakannya dan sebagai parents kita perlu beware & alert dalam apa jua keadaan dan masa. Harini Allah selamatkan dia untuk bagi kita peluang menjadi yang lebih baik dan jagan sia-siakan peluang yang diberikan oleh-NYA.

Insyaallah we will do our best to be a good parents to our childrens n family..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan