Pages

Khamis, 4 Julai 2013

Zayyan Amsyar @ 6 months old

Hari Isnin lepas (01.07.2013), Amsyar dapat hadiah injection sempena usianya menginjak ke angka 6 bulan. Cepat sangat masa berlalu kan!Rasa baru je belah perut beranak kan dia..tup!!tup!! dah 6 bulan berlalu. Alkisahnya, last week hari selasa kami emergency balik kampung papa di Kedah sebab Mak Mertua aku masuk hospital. Abah minta kami semua balik. Jadinya kami berdezup balik sana. balik keja je, aku sumbat kain baju dalam beg. Yang penting baju anak-anak lah. Dalam kol 10.30mlm kami bertolak. Papa speeding laju bebebor smpaikan tak singgah bunag air kecik pun!hihi..mujurlah budak2 pun lena tidur.just aku yang pejam celik mata nak pastikan yang papa tak mengantuk.Aku adalah offer ajak2 ayam nak gantikan dia drive tapi dia kata boleh bertahan.......Seawal jam 2 pagi kami dah sampai Kepala Batas, Alor Star. cepat giler kan! sebelum smpai rumah kami singgah Restoran tapau nasi sorang sebungkus. Laparlah...Selalu sampai je rumah Abah ngan Mak akan sambut kami...Tapi kali ni..kami kena bukak pintu sendiri... makan nasi tapau sendiri...sedih nya... Lepas makan kami tidur sebab esoknya nak lawat Tok MAh budak2 ni kat hospital. Kami stay kat kampung smpai hari Ahad. Papa memang setia sangat jaga mak. beruntung dapat anak macam papa.Pagi2 lepas belikan kami brekfast dia pergi hospital dulu. Kami pergi waktu melawat tengahari dengan petang. Papa bagi mak makan...bagi mandi..tolong urutkan badan.. Mujur wad first class. so memang selesalah bilik seorang sahaja. Kat rumah pulak, satu rumah papa kemas sebab rupa2nya dah 2 minggu mak tak sihat. So, rumah agak terabai lebih2 lagi tgh renovate bilik & bilik air. Tukang buat tu on off plak kerja. Jadinya rumah kelihatan agak messy dan jadi tak berseri lebih2 lagi chief masak duduk kat hospital. Biasanya kalau balik kg ni, memang kami jarang makan kat luar sebab mak setiap hari hidangkan kami juadah yang sedap2 belaka tapi balik kali ni...memang dapur tak berasap.semuanya makanan import dari kedai sajok!!

Hari Ahad kami terpaksa jugak balik KL sebab aku dah ambil EL 4 hari.  Sampai harini mak belum dapat discharge lagi sebab ada jangkitan juman kat paru2 dia. Kencing manis dah stabil tapi dada & badan masih sakit-sakit lagi.

Terpanjang pulak mukadimahnya..Ok, berbalik pada Amsyar tadi, kami sampai KL jam 3.30 pagi dan jam 7.30 pagi dah kena hangkut Amsyar pergi klinik. Kesian pulak nak kejutkan dia bangun mandi. Jadinya dengan berbaju tidur tu la kami bawak pergi klinik. Ala sampai klinik je terus terjaga!
otw balik lepas kena cucuk. Ceria je walau bucuk tak mandi!hihi    


  

BERAT AMSYAR 6 BULAN = 9.1KG!
kus mangat beratnya! Berkat minum air susu mama. Moga Amsyar terus membesar dengan sihat dan kuat.
Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan