Pages

Isnin, 15 Julai 2013

Tumbuh Gigi


Diusia 6 bulan setengah anak mama si Amsyar sudah tumbuh gigi bawah 2 biji...banyak tajam wooo. dan dengan resminya dia telah gigit nenen mama..huhuhuhu...sakit wooo..bedebik kena pok dengan mama. dia ingat gigit pacifier ke.. anak bertuah sungguh! :) dan malam tadi tgh mama nak berbuka puasa dia agak crancky dan mungkin sakit tu gigi nak terbit...kesian anak mama...


tajam gigi adik...kelmarin nampak putih je...pagi tadi dah nampak gigi tu keluar! ;)

si tembam
dah lama tak naik rocker ni...mama letak diam plak dia!bertuah sungguh! teringat 4 bulan lepas kecik je dia baring dalam ni...la ni dah tak muat!hahaha


my lil' superman waktu berumur 2 bulan lebih...rasa kecik je masa ni..

Makanan tambahan untuk si Amsyar.. semalam beli masa kat Parenthood Expo Midvalley semalam. - ada cite tragis kat sini... si abg Rayyan nak naik stroller adik sbb dah letih jalan. pastu pegang la bantal buchuk dia sambil hisap puting...hai ni memang habit dia di kala nak tidur!xboleh dipisahkan ting tal chuk dia ni!...masa nak test mknn yg bentuk star tu...mama simpan puting dia dlm poket..then dia test la makanan tu!!sedappp katanya.. so, aku suruh papa bawak budak berdua ni ke depan skit sebab laluan booth tu sangat pack. lepas settle bayar aku cari diorg xde..so aku round2 la dulu... then jumpa diorg kat pintu luar hall. tempat dah berukar asik dah duduk dalam stroller balik. si abg minta aku ting tal chuk dia..aku cuak dah! mana ada..cuma ada puting aja.. ermmmm aku bebel kat papa, papa pun cari lah masuk sekejap...tak jumpa juga.. aku masuk pulak ke dalam dengan rayyan bagi dia cari sekali tal chuk dia tu pun.. round jugak la kot2 kat bakul sampah ke...tapi tak jumpa la..dengan umat manusia yang ramai dalam hall tu...memang la tak kan jumpa. ermm jadinya..bantal busuk kesayangan abang Rayyan terkubur la di sini.. setelah 3 tahun lebih mengusungnya ke sana sini..bantal dari lahir pelak tu...mama yg sentap tau!bantal lagi satu dah terkubur awal kat kapal masa kami balik dr Langkawi awal tahun lepas...Harap2 abang ok... terminta2 jugak dia masa nak tidur malam tadi tapi mama kata dah hilang...sob..sob...

 


wajah ceria sebelum kejadian...duduk atas kotak air nak bawak balik kg

hasil tuaian..



lalalala..4 of us
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan