2 Rejab
Alhamdulillah kita umat Islam telah memasuki bulan Rejab iaitu bulan Allah. Perbaiki amalan Dan perbanyakkan ibadat. Syukur dengan masa yang Allah berikan kepadaku sebagai suri rumah membolehkan aku mempunyai masa untuk membaca al Quran dengan lebih kerap lagi. Tambahan pula aku telah menginstall Quran digital di hp ku yg amat memudahkan Ku untuk membacanya tanpa sebarang alasan untuk meninggalkannya. Sambil teman anak belajar, tengok tv Dan bermain pun aku boleh buka Quran. aklau takpun aku baca tafsirnya sebab aku tak faham bahasa Arab.dulu belajar tapi sebab tak amalkan lama-lama jadi lupa. Bila baca tafsir kita faham apa cerita yang disampaikan dalam surah tersebut.
Harini hari kedua aku berpuasa. Puasa ganti..lambat kan aku ganti. dah nak masuk bulan ramadhan pun. Semalam memang agak flat! Lapar la.. Macam lambat sangat nak tunggu berbuka..hahaha..macam budak kecik je kan! Ye laa..duly Kat opiz rasa macam sekejap je dah petang..ni bila duduk rumah asyik tengok jam aja! Kena plak melayan budak dua orang ni makan. siap semalam masa si rayyan makan coklat aku tak bagi makan banyak. Walhal coklat toblarone tu dah berzaman dok dalam peti sejuk tak teringin pun nak makan! Masa jemput rayyan balik skol pun kebiasaannya akan singgah kedai believe aiskrim tapi semalam aku tak singgah pun kedai. Sebab aku bgtau rayyan yang mama ni puasa, xleh beli aiskrim, kalau beli tehn tak abis makan..sapa yang nak tolong abiskan..hahahha gile kan aku..sian anak! Hahaha
Petang tu memang xlarat la nak masak. Jadinya aku masak bihun aje. Tapi harini aku dah OK. lepas sahur he terus settlekan buat kerja rumah..basuh baju, sidai Kain, sapu sampah..lega settlekan awal2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan