Pages

Sabtu, 26 Februari 2011

Rayyan's Skul-Mate

Nama skul: "Desa Pandan Tok Su Scholl"
Bilangan murid: 2 orang sahaja..hehhehe.maksimum ni. Pengetua yang tetapkan limit nya. sebab nak bagi penjagaan yang amat special buat anak muridnya.
Nama murid: Muhammad Rayyan Ukasyah (1 tahun 3 bulan) dan Haris Hakimi (1 tahun 11 bulan) - dari umur dua bulan diaorang dah start skul kat cn.
Waktu : sepanjang siang & terlajak sampai separuh malam. nasiblah tak bermalam lagi kat sana!huhuhuu

Dengan kenyataan di atas, jadinya Rayyan hanya ada seorang Skul-Mate. Abg Kimi sorang je. Abg Kimi ni ada sorang abang dan kakak yang dah bersekolah rendah. rumah atok diaorang kat sebelah rumah tok su Rayyan aja. Abang & Kakak Kimi just transite. yang full time nya Abg Kimi sorang.

Rayyan dan Abg Kimi amat rapat. best pren la katakan. kawan makan, kawan sepermainan dan kawan sepergaduhan! tapi depa berdua saling sayang menyayang tau...bulan depan abg Kimi nak dapat baby baru. adakah kasih dia akan berpaling arah. abang kimi dah nak dapat adik. Rayyan lambat lagi tau! ;-))

tonton tv sama-sama
sayang menyayang
gaduh mengaduh
part yag last skali tu!sama2 hisap puting!
sabo je la......

Jumaat, 25 Februari 2011

Pindah Kerja - Tahniah Papa

Pindah Kerja bukan Tukar Kerja tau !
Minggu lepas papa dah mula kerja di pejabat barunya kat Pekeliling
Papa dipindahkan balik ke JKR setelah 3 tahun di KPKK.
Alhamdulillah rezekinya dah dapat naik setakuk lagi.
Lega sebab dapat di KL juga .kalau kena posting ke luar daerah haru juga kami jadinya.

So, rutin harian kami still sama. pergi kerja sama-sama...balik sama-sama
Lepas hantar Rayyan di Desa Pandan,
Papa hantar mama pula di Jalan Raja Chulan
Then papa berdezooooom ke Pekeliling pula
Kiranya kena lajak skitlah dari pejabat papa sebelum ni di Maju Junction.
Kalau papa nak mama datang pejabatnya, just mama naik je Monorail ke Titiwangsa
sebelum ni mama turun kat Medan Tuanku. senang je kan
Yang penting we still together gether...kalau papa pergi out-station je mama kena drive sendiri...

Dikesempatan ini, mama nak ucapkan tahniah pada papa kerana papa dapat naik pangkat subset to naik gaji...huhuhu. Mama & Rayyan tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian papa. Moga papa terus sukses dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. "Saya Yang Menurut Perintah". Moga satu hari nanti mama akan jadi mak datin...hehhehee
Bagi masa untuk papa sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ini walaupun papa masih bersedih dan teringat pada pejabat lama. Insyaallah lama kelamaan nanti papa pasti akan gembira berada di tempat baru. 

pssstttt: :semalam papa dapat outstanding elaun menanggung kerja dia selama 6 bulan kat opiz lama.... macam best je.....nak pau skit bleh...hehehhehe

 tengoklah betapa berdedikasinya papa Rayyan. sambil drive pun masih boleh layan orang telepon!!
tolong jangan saman dia ek.... 
(2 kesalahan: tepon sambil anak pun ada sama2 drive keta! mohon ampun ya pak polisi....)

Welcome back my princess!!

Sabtu lepas kakak-kakak sepupu Rayyan balik dari New Zealand. Dua tahun diaorang duduk sana sebab ikut ayah diaorang sambung belajar. Mereka sekeluarga pergi ke sana dua minggu lepas mama & papa Rayyan berkahwin. Maknanya masa tu Rayyan tak wujud lagi. Tak sempat buat lagi!!hehhehehe

Dua orang kakak sepupu Rayyan ni adalah anak kepada Pak Long Di (abang sulung papa Rayyan) dan Mak Long Dibah. Kalau belah papa memang dua orang ni aja lah sepupu Rayyan tapi kalau belah mama, Rayyan dah ada 27 orang sepupu-sepapat & production still active tau!huhuhu. Kakak Farah Rahimah (6 tahun) dan Sarah Safiyyah (5 tahun) amat sayang dengan Rayyan. kat sana diaorang dah pergi skul jadinya cakap omputih aja memanjang. terpaksalah tok-tok depa buka kamus lepas ni!


main playground depan rumah kakak-kakak Rayyan di Dengkil
kak Farah & Sarah (pegang 3 handbag lagi tu!dari dlm fligt lg tak mau lepas)
~ mak datin sungguh kakak sorang ni!~


Lepas ni Rayyan boleh lah selalu lepak rumah kakak. yahooooo.....

Panjat Memanjat

Aktiviti yang amat digemari oleh rakan seusianya. menyebabkan mama menjadi tarzan di tingkat 16. sakit tekak mak nak oiii.... marah bukan beerti marah tapi marah beerti sayang. sebab sayang la kita marah anak kan! tapi sebenarnya MARAH kepada anak merupakan satu tindakan yang tidak baik kerana ia merangsang otak kanak-kanak agar sinonim dengan perkataan tersebut. karang sampai besar dia dah lali dan tak takut dengan kita.  adalah eloknya kita menggunakan pendekatan PSIKOLOGI dan berlembut dengan anak-anak. tapi.......bolehkah!lepas kena debuk baru mama menyesal+insaf!!huhuhuuu

 gambar atas ~ panjat kat bucu sofa plak tu!manalah darah mama tak menyirap!
tutup pintu tak mo bagi main dlm bilik tapi bijak pulak dia panjat sofa nak buka tombol pintu!
Nasiblah rumah takde tangga.kalau tak jenuh mama jadi makguard tangga... ;-))
gambar bawah ~ nasiblah kalau shopping barang dapur dia masih bagi kerjasama nak dok dlm troli. kalau tak terpaksalah mama jadi tarzan di Giant plak!!huhuhu


Rabu, 23 Februari 2011

Rayyan is 15 months now!!

Sekarang ini memang aku tengah busy giler!kerja office melambak-lambak. sampai kan tak tahu mana satu nak buat!belum siap yg lama yang baru plak sampai!dugaan betul!tapi...hati aku terubat bila dapat ber blog. Walaupun hanya nukilan untuk diri sendiri tapi puas hati dapat hilangkan stress daku. Aku seronok tgk blog orang lain. lawat blog orang ni macam la juga kita tengok drama kat tv. tapi cerita kat blog lagi best sebab cerita tu betul-betul berlaku macam kat tv tu yang sokmo berlakon aja!semua stereotype aja... bila dah melawat blog orang lain, akibatnya blog sendiri pun bersawang!!!uhuhu....tak boleh jadi ni!

Jadinya kali ni nak cerita perkembangan my lil' hero Muhammad Rayyan Ukasyah. Semalam Rayyan pergi appoinment check up 15 months. berat terkini 11.1 kg. Alhamdulillah kira ok lah tu kan. Sebab masa dia demam last month memang berat dia drop giler!padahal baru seminggu je tak lalu makan tu. kalu lah aku yang tak lalu makan kan best!!bleh aku kurus!!huhuhuhu.

Sementelaah umurnya yang dah menjangkau 1 tahun 3 bulan ini perkembangan Rayyan amat memberangsangkan. bukan sahaja dari segi fizikal malahan mentalnya juga: check it out! :-

1. sebab masa usianya 10 bulan dah pandai berjalan makanya sekarang dia dah terlalu advance berjalan dan berlari sendiri. tak mo pegang tangan mama & papa!letih wooo kejar itu budak!lagi-lagi kalau kat shopping mall. bila kita nak dukung alamatlah meraung semua orang bikin terkezut! tapi kan.... kalau dia letih pandai pulak tu mintak dukung!
2. bila dah belikan kereta control tu bukan dia mahu naik sangat. kereta tu dok kat parking aja! sama nasib macam motor & basikal dia tu!!tapi bagus gak sekarang bila lalu kedai mainan dia dah tak nangis2 lagi sebab kat rumah dah ada. beruntung lah dapat papa yang baik hati.
3. pasal makan pula Rayyan memang tak cerewet. dia akan makan apa aja yg mama masak@ beli... kami semakin membesar bersama~lalalallala. Protokol dia semasa makan masih diteruskan. nak duduk dalam baby chair berjam-jam. jenuh lah mama teman makan. sebabtu lah mama pun bamm bammm...kuang3x
4. pasal susu plak....sob...sob... mama kan dah tak pump susu since Rayyan umur setahun. makanya time siang Rayyan minum Dumex Dugro & time malam minum susu cap gantung! tapi nya mama skrg dah terlebih rajin!mama dah rajin bangun tiap malam bancuh susu! dalam hati bebenornya sedey sbb susu mama dah makin berkurang sbb Rayyan dah tak selalu breastfeed. Syukurlah Rayyan kadang kala tak mahu minum susu botol &nak isap nenen mama. Thanks sebab ingatkan mama akan tanggungjawab mama yang semakin lama mama ter alpa.
5.pasal tido plak!kata Tok Su, Rayyan dah banyak main waktu siang. dah kurang tidur. maklumlah ada geng main. Abg Kimi walaupun bulan depan genap 2 tahun tapi dia comey slim aja!Rayyan ni plak kaki buli. bila dua-dua gaduh...dua-dua menangis!!hahhaaa...padan muka!tapi Tok Su la yang jadi mangsa kena pujuk dua orang budak bertuah itu!. bila siang dah kurang tido jadinya malam harinya sangat nyenyak dia tidur. pagi pun susah nak bangun. papa hangkut aja masuk dalam kereta. nak ucap thanks juga kat Rayyan sebab bagi mama& papa tidur lena dibuai mimpi indah tanpa tangisan mu di tengah malam... :p
6.Rayyan dah pandai cakap...tapi bahasa jemen dia la. mama buat2 paham aja bila dia bercerita. dah nya mama pun satu. tanya banyak soalan sgt. Rayyan buat apa kat rumah Tok Su tadi? Rayyan makan apa? Rayyan nakal tak? Rayyan tidur? Rayyan..bla..bla...bla... Soalan bertalu-talu macam paparazzi...jadinya Rayyan pun jawabla....nyannnye...nyanyee...oooo...aouuuuuuu.... mama pun jawab ...ooooo iye ke.... okkeeee...ooo...kkkkkk.oooo
7.dalam keta seperti biasa dah takmo duduk kat car seat. duduklah kamu macam orang dewasa ye! skali papa break mulalah gelabah tergolek kiri kanan.
8. banyak lagi nak cerita tapi terblank la plak...nanti bila ingat aku tambah lagi ek..

 Clinic check up ~ pandang kiri kanan...akhirnya berjaya usha tiger biscut bdk pompuan itu!
makan sama-sama.bila dah abis Rayyan lari tempat lain!hahahha
bila letih..apa lagi isi tangki la


 Hero Mama
~ Sila abaikan muka mak pak budak ini yang selebet pulang dari menoreh~
Rayyan sorang aja yang wangi dah mandi!huh