Pages

Rabu, 25 Mei 2011

Part 6 ~ Majlis potong kek + BBQ Nite

Majlis bersambung lagi selepas majlis Rayyan selesai. Syukur dapat penuhi hasrat Tok  nak tengok Rayyan berendoi. abis je majlis mama bergegas tukar kan baju Rayyan. bukan main mengamok la dia. tapi paksa gak tukar baju sebab Pak Lang dia yang bagi baju tu special untuk Rayyan pakai.....saksikanlah....
bdk ini gila mic macam PAPA dia !!

menyanyi ke melalak tu si Rayyan oiii

nak gak join kakak & ang main lari2!!

yeayy saya comot!!!...makan choc indulgance cake dengan Safwan
fav cake Rayyan :))
sblh mama tu Wak Uwah & Cik Ghani Rayyan (abg & adik mama)

** seperti biasa: gambar pengantin potong kek pun xde dlm hp ku ini...nnti try godek kat camera

Selasa, 24 Mei 2011

Part 5 ~ Majlis Aqiqah ++ Berendoi Rayyan

sambung lagi pasal kenduri kawin di Kedah. kali ni pasal Majlis Rayyan pula.
Majlis  ni diadakan lepas Magrib pada hari yang sama. Aa serba ringkas sahaja. jemput orang marhaban. tapi kan...dahnya Rayyan sudah berumur setahun setengah.. mama rasa budak2 sebaya dia mesti takmo naik endoi punya lah. lain la kalau dia nak tidur kan..ni bila dia tengok endoi tu lain macam je dia dah mula tak selesa. apatah lagi nak masuk endoi tu! Berendoi ni  sebenarnya hasrat Tok dia yang nak sangat tengok rayyan berendoi.

dapatlah sekejap umpan dia senyap dok dlm endoi dengan bagi dia main kamera. dan dapatlah buat syarat kedua-dua Atok Nenek & Tok Wan endoi dia. pastu banyaknya dia duduk kat atas pelamin!!sabo jel laa...

oh ya!pagi tu kami pergi tengok kambing tu disembelih. kita kan memang digalakkan untuk melihat upacara penyembelihan itu...melihat darah haiwan yang disembelih itu sambil berdoa semoga anak ini suci bersih daripada segalanya. Kami aqiqah sekor ja dulu sebab lagi sekor planning nak buat kat Sijangkang pulak

Kambing biri2 pilihan hati

dengan Kakak Farah yang setia temani Rayyan

Kakak suka dukung Rayyan

dengan mama plak!!huhuhu

Kambing tengah disembelih. Pakcik ni sorang2 je buat kerja.
kalau sembelih lembu pun sama. hebat kan!!

Darah yang mengalir.....

sesi melapah kulit pula...

yeayyy...hampir siap

dalam setengah jam je dah selesai semuanya...

umpan bagi main kamera!!nasib tak terdelete semua pics dlm tu!fuhh...lega

Tok Wan & Tok Mah endoi Rayyan

mama & papa endoi Rayyan (abaikan badan ku yg gomok itu!)

Atok & nenek endoi Rayyan

papa layan dia dok atas pelamin

kipas nak oiii kipas....

kambing telah dipanggang :)
capati pun ada. selain tu ada gak ayam, ikan & daging panggang.
lauk pauk siang tadi pun ada lagi

Rayyan takmo bergambar dengan mama la... :(

ameennn... sebelah kanan papa yang pakai kemeja hitam tu sedara dia.
mai special from India Tok Wan papa asal dari sana)

alamak jatuh saham si Rayyan ni!asyik nak berkepit plak dengan bantal + puting dia tu!
sampaikan Humaira' pun takmo dekat dengan dia!padan muka!hahahaha

Majlis berakhir dalam jam 9.30pm. Rayyan kena rushing tukar uniform lain plak untuk majlis potong kek Pak Lang :)

Isnin, 23 Mei 2011

Part 4 ~ Majlis Bertandang di Kedah pula

Sambung lagi cerita kahwin ni! Cerita pasal mama kawin dulu pun tak sepanjang ni!! berepisod bagai!!huhuhu....Majlis kat Kedah pada 14 May 2011.

Sempena dengan majlis ni, kami balik keja awal pada hari rabu..beg pakaian semua memang dah siap prepared awal2. Jadinya lepas jemput Rayyan dalam Maghrib gitu kami dah dapat bertolak. Dugaan disaat2 akhir bila papa try start enjin keta dia tapi takmo hidup. Pergi kerja memang naik keta mama. Nasiblah ada bengkel dekat tempat kami. Check punya check bateri ada problem. Walhal baru setahun lebih ja papa tukar nbateri tapi sebab takmo ambil risiko dalam perjalanan yang panjang nanti, papa pun tukar la bateri baru dan kereta pun bleh start dan berjalan berdesup dengan lajunya..

Sebenarnya, awal2 tu kami hanya dapat balik pada hari khamis sebab papa ada terima APC. Tapi majlis di tunda. Ada hikmahnya juga. Dapatlah kami balik kampung awal. Tok Wan dan Tok Mah tersangat happy bila kami sampai. Baru lah terasa bahang nak buat majlis bila anak2  menantu dah balik. Siang tu kami start kemas rumah dan semua persiapan la.

Hari Sabtu...hari yag ditunggu pun tiba...tema hijau pink!!

pelamin seba putih.fresh flower lagi tu tau!

yoo..what up!!
Rayyan teramat memberikan kerjasama sepanjang hari kejadian. Time pengantin sampai, Rayyan tidur...dari jam 12 lebih sampai jam 2 lebih. Lega hati ku sebab dia tak dengar bunyi kompang tu!kalau tak sure lah meraung lagi!! Mama pun dptlah free skit. Papa takyah cerita lah.takleh kacau dia sebab dia tersangatlah busy....

Rayyan and the geng..tgh seronok berjoget!

Tuan rumah yang keletihan :)

sepupu Rayyan yang datang jauh dari Sijangkang.
dari kiri: Arif,Hasnol, Humaira' and Safwan.
Thanks sangat pada Abah, Makcik, Uwah, Kak Farah, Ghani & Siti
sebab sudi hadir menempuhi jalan yang jauh untuk sama2 memeriahkan Majlis.

pstt:godek punya godek dlm  hp mama ni takde pulak pics pengantin!!nanti mama check kat kamera yea :)

Ahad, 22 Mei 2011

Part 3 ~ Hari Persandingan ala Arabic


sambung lagi cerita Pak Lang Rayyan kawin.  Hari Ahad 8 Mei pula adalah Majlis Persandingan. Majlis lepas Zohor. Jadinya banyak lah juga masa kami dapat berehat. Dahlah malam tadi kami tidur lewat. Pakat berborak+ Rayyan aktif bermain!!huhuhu. tapi ada lah muntah gak. maybe tersalah makan kot...

Alalalaa....kurusnya Pak Lang Rayyan ni!!

Sessi outdoor diorg. gambar kipnap dr pengantin

Sabtu, 21 Mei 2011

Part 2 ~ Malam berinai

sambung lagi cerita pasal Pak Lang Rayyan dah kahwin part 1... Lepas Asar Pak Lang selamat menjalani sesi akad nikahnya. then kami para rombongan di bawa ke homestay yang sangat selesa dan dekat je dengan rumah pengantin perempuan. lupa nak bagitau... Pak Lang kawin dengan orang Taman Margosa, Seremban, Nogeri Sembilan... bertuah betul si empunya badan dapat kawin dengan Engineer TNB...tapi empunya badan pun engineer gak!!huhuhu...memasing budak letrik !!! bahaya wooo...voltan tinggi!!

so, lepas lepak & mandi kami bersiap2 pula untuk Majlis berinai di malam harinya..
Majlis malam start agak lewat. Dalam jam 9.30 malam baru sampai rumah pengantin. Rayyan baru je lena. Mula2 mama dah kata nak lepak je dulu dalam kereta sebab tengok ada kompang. Rayyan memang takut dengar bunyi yang kuat2 ni. Tapi papa nak juga bawak anak dia tu... jadinya Rayyan terbangun dari tidur dan bertambah lah terkejutnya bila kompang mula berbunyi dan ada bunga api plak tu!!! Berdouble triple la melalak dia tu!!! Bila anak dah tak happy jadinya mama langsung dah takde mood. Bila tengah diorang tepung tawar pengantin..banyak cara la mama guna untuk dapatkan mood Rayyan tu tapi dia still nanges ;((



Pengantin yang happy :)

bersanding di pelamin yang tersergam indah

pengantin bersama sepupu2 yang tengah tunggu masa untuk pinangan si sang teruna.
tunggu giliran nooo 

Pengantin bersama Mak Abah ,Pakcik & Mami + Sarah

Bila rombongan di tengah makan, mama pun minta permission papa nak nak masuk keta sebab nak bagi Rayyan rest & sejuk skit sbb air cond. Dalam kereta Rayyan tido dengan lena nya. Adalah dalam setengah jam juga kitaorg bertiga dalam kereta dan telepas juga beberapa slot dengan pengantin. bergambar pun tak dapat. Rayyan kembali ceria bila bangun tido!! Kami pun patah balik ke tpt pengantin. Dapatlah mama makan...Rayyan pun bertambah2 makan kek chocolate indulgence. Dia memang peminat tegar kek ini!!

yeayyy...mood Rayyan back to da normal.
Pengantin tengah dalam bilik nak siap2 tukar baju persalinan. Tak dapat gambar dengan tuan pelamin, bergambar sendiri pun jadi laaaaa

my soul my heart

mama and Rayyan :)

Besarnya kerusi ni mama....

Harap je boboi mama..tapi nanges bila dengar komapng & bunga api!!
apalah Rayyan ni ...buat malu mama ja!hehehhee

Rombongan lain balik dulu. Kami balik kendian. Sebab Rayyan baru dapat mood J



kredit to adik pengantin :)

Part 1 ~ Selamat Pengantin Baru Pak Lang ~ 07 May 2011

Hari bahagia yang ditunggu-tunggu oleh Pak Lang Rayyan tiba jua akhirnya. Penantian hampir 5 tahun untuk menyunting idaman hatinya telah pun menjadi milik mutlaknya tanggal 7 May 2011. Title Cik Leen telah berubah menjadi Mak Lang Leen :))

Dengan sekali lafaznya mereka telah sah menjadi suami isteri. Pesanan Rayyan moga Pak Lang menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawanb dan membahagiakan Mak Lang Leen dan bakal anak-anak. Rayyan tak sabar nak dapat geng baru ;)
Muhammad Rayyan Ukasyah


 Saat yang paling membahagiakan bagi seorang wanita
                   
Selingan : Rayyan with Tok Su, Tok Su Ali, Long Sheila &Tok Lang.
kat Majid solat Asar dulu....






Selamat Pengantin Baru Mohd Fazrul Hafiz Mohamud and Rose Hyzleen Roslan

Jumaat, 20 Mei 2011

pejam celik...pejam celik...

pejam celik dah sebulan lebih aku tak conteng-conteng blog ini. bukannya tak de internet!kat opiz bleh buka...guna bb pun bleh...tapi tangan ni macam malas la plak nak menaip!otak dah bagi rangsangan dan signal untuk tangan ini menaip tapi...tangan malas la...tiap hari buka blog tapi hanya blogwalking aja...blogtyping mood kedaung!!!
Title penting yang perlu aku uasahakan untuk taip bagi tatapan Rayyan di masa hadapan adalah:
1. Majlis kahwin Pak Lang Rayyan pada 14 Mei 2011 di Kedah.
2. Majlis Berendoi + Aqiqah Rayyan pada hari yang sama.
3. Rayyan setahun setengah sudahhhh
4. Terlewat bawa Rayyan injection!!! ~ 19 Mei 2011
5. Kami kembali bertiGa...
6. dan macam-macam lagi...

time menaip otak plak jammm...time tak menaip otak macam banyak idea!!aduyai macam2 btol la....

nak kena bagi dated line kat diri sendiri ni...sebabnya kalau lagi lama ditunda cerita2 ni makanya hanya tersimpan aja la di memori kepala aku sorang aja!
ermmmm aku bagi masa smpai ujung bulan ni k!kalau tak aku minta Rayyan rotan toing...toing....ada berannni!!! :))