Pages

Sabtu, 25 Disember 2010

Dating with Rayyan Ukasyah @ Midvalley

Semalam TokSu Rayyan dah start cuti sbb balik Sarawak
Dah alang2 hari Jumaat kan, so aku ambiklah cuti utk jaga Rayyan
Isnin nnti baru nak tolong maid abang aku yang duduk kat Pantai Dalam tu tolong jagakan Rayyan.

Harini teringin nak pergi terjah Midvalley. aku rasa macam dah lama tak pegi sana. ye ker??pikir sat... emmm... alamak lupa la plak!dah lama kot!tapi taklah lama sgt..ngeeee....
even aku tau harini confirm jammed gilez kat sana memandangkan esok raya kristmas tapi aku nak jugak pegi!!!nak gak...nak gak....so tengahari tu aku pergi juga ditemankan oleh pakwe kesayanganku.... MrU.Muhammad Rayyan Ukasyah. disebabkan kelakuannya yang behave pada weekend lepas maka ok ja bawak dia kali ni.
tgklah muka tak sabar nak naik lif!!


suker la...tau2 je kita nak bawak dia jln2


mula2 behave aja dlm dok car seat

baru suku jalan dia dah mula nak kuar dari car seat dia tu! dah merengek2 nak kuar!!
aku pun berenti kat Petronas, alihkan car seat ke belakang. ha ah!dok lah kat seat orang dewasa itu!




suka ar tu!aku plak kena drive carefully. xleh lasak2 sgt. nak corner lipat kena la pegang dia sokmo!!


sampai Midvalley plak, kena tawaf 1 jam cari parking. dahnya time lunch hour + esok cristmas day. confirmlah car park penuh! finally dpt gak parking. nampak ada org nak kuar aku pun tunggu lah. space kecik plak. nasib ar aku TERROR parking...hahhaa puji diri sendiri. drive keta papa kan...kalu keta aku mmg xde masalah nak parking.


1st destinasi: ofcoz la isi peyot yg dah menyanyi riang ria ini! ;-))
teringin nak makan prosperity burger McD tapi agak susah sbb dtg berdua aja. meja kat Mc D pulak full. ramai org Q la plak tu. biasanya kalau dgn papa, papa yg akan Q & kami bersenang lenang duduk tunggu makanan tiba!!hahhaaa. padan muka!bila kena handle sorang! nak makan KFC pun sama gak konsepnya.so, aku pilihlah restaurant yang just duduk aja & ada orang ambik order mcm kat kedai mamak itu!! makanya kami memilih.....


taraaa..... Chicken Rice Shop je! senang dan selesa
alahai!!jenuh tunggu bdk ni pilih menu!mcm reti aja sih!!
selesai makan, ronda2 bagi Rayyan exercise mama buang lemak!
nak jalan tak mo dukung!lagak cam org besar je!!


giler stereng!!hahhaaa
mainan yg wajib kena ada kat shopping mall

tak cukup main se round...pau awek ni plak! tumpang main se round!!!
-Geng Bus Sekolah-
biler tgk gambar ni mcm dah besor la plak anak bujang sorang aku ni.....kan...kan...


kami jalan2 hampir lah 3 jam kot!then tgk si mama Rayyan dah tak bermaya aje
maka kami pun balik la.

tgklah dia tidur!senget benget. tu lah degil tak mo dok kat baby sit.


Kami singgah rumah abg aku kat Pantai Dalam. dekt je xsampai 10 minit. mula2 risau gak  sbb Rayyan baru je lena. takut la dia moody tapi aku singgah gak. ketuk pintu bagai nak runtuh rumah tu dibuatnya. sampaikan Rayyan terjaga &; sama2 ketuk pintu!!hahha. rupa2nya sepupu Rayyan semua tgh tido. Maid dia tgh mandi. bila kami masuk,semua kena dibangunkan oleh Rayyan... ;-)) lepaklah hampir 2 jam kat sana. sempat gak tunggu abang ku balik keja disusuli pula oleh kakak ipar. diorag berdua keja bank RHB vs CIMB.

Sampai rumah dah jam 8 lebih. papa dah sedia menanti di rumah...hehheee
sian papa kena tinggal.

sekian saja corat coret xtvt kami di hari jumaat tanpa papa yang sedang bekerja.


pstttt: semua orang termasuk family aku terkezut aku asyik kuar berdua aja dengan Rayyan. Balik Kg dengan Rayyan....Shopping dengan Rayyan...Kagum sbb aku bleh handle peel Rayyan tanpa bantuan orang lain!nak tau rahsianya???? jeng...jeng..jeng....

Rabu, 22 Disember 2010

panas baran !!

Sikap ini sungguh tidak baik skali
dalam diri setiap orang pasti ada sikap ini
kita tak boleh nak nafikannya
tapi yang membezakannya
adalah bagaimana kita nak mengawalnya.
Insyaallah jika kita berpegang teguh
dengan Al-Quran & Sunnah
sikap ini dapat dihindarkan
daripada mengalir dalam badan kita

rentetan berita di akhbar Harian Metro hari ini
baby tu baru 9 bulan....papanya tak tahan dengar dia asyik menangis lalu dicampaknya baby itu ke atas katil ( mungkin katil tu tilamnya nipis kot!).akibatnya baby tu koma dan terdapat pendarahan serius di kepalanya. drp Hosp Melaka transfer to HKL.

polis sedang menyiasat kes itu. dan aku tak boleh nak buat kritikan lebih2. just as a mum yang mempunyai anak lingkungan usia itu, sifat sabar teramat penting dalam mendidik anak. bdk seusia itu mana pandai bercakap lagi. apa yang dia tahu hanyalah menangis bagi meraih simpati kita. mungkin dia tak selesa ke, pampers basah ke...sakit perut ke...so, dia menangislah sebagai tanda isyarat. kalau lah dia dah boleh bercakap tentulah dia akan cakap dan beritahu kita apa yang dia nak kan...kan..

sebenarnya banyak lagi kes penderaan yang terjadi saban hari. mungkin yang disiarkan di tv@ newspaper hanyalah sekelumit kisah sahaja. yang dirahsiakan dan tidak di report polis pasti banyak lagi!

Kisah-kisah ini amat menginsafkan aku dan aku akan cuba perbaiki diri menjadi seorang mama yang baik buat Rayyan (buat masa ini laaa.. ;-)). aku pun kadang2 naik gak baran dan geram tgk Rayyan yang tak dengar kata (dia xpaham lagi lah!!).

cthnya: kalu aku kat dapur tgh masak. dia nak juga dok peluk kaki aku. aku bukannya marah tapi kan tempat tu tak sesuai utk dia nak bermanjaan dgn aku sbb risau la kalau minyak panas tu tumpah ke terkena dia. aku bukan saja2 marah. marah bertempat tau!hehheee... tapi manalah dia faham kan. mmg lah aku dah explain kat dia tapi dia khusyuk dengar je...pastu buat balik.
bila aku fikir2 balik dahnya dia bdk kan...mmg fitrah dia macam tu.
so aku kenalah cari solution lain & finally i found it!
memandangkan dia suka duduk kat baby-chair & suka makan, makanya mama bawak baby chair tu ke dapur dan bagi dia makanan@ mainan. so dia leka & enjoy da moments!hahaha.
ha!kan boleh!so here aku dapatlah new learning...parenthood tip! setiap masalah pasti ada  jalan penyelesaianya... Jangan nak asyik salahkan dan marah anak aja!! (peringatan untuk diri sendiri..toing...toing..)


ni letak dia depan pintu rumah (masuk2 rumah je akan jumpa my cute kitchen dulu). pintu kena biarkan terbuka.biar dia nampak orang lalu lalang& kena gak positionkan kerusi dia dgn betul supaya dia dapat tengok tv. (dia suka banget tgk iklan!) so, dia akan khusuk pandang-pandang jeling-jeling kiri kanan nya.
- sila abaikan bdk itu yang tak pakai baju-nasib ar boy kan!-


yg ni lagi tragis! letak kat port basuh baju. cukup2 je untuk letak baby chair dia itu....
bagi main ketip baju aja. janji dia nampak muka mama yg comey sedang masak... ;-)

*** ok gak,dia kat dapur ngan kita, kalu kat depan tu takut plak dia main yang bukan2. kalu dia senyap je...lagilah ada big project tgh buat!.akibatnya kita asyik terpaksa  ke depan jenguk dia...macamlah rmh besaq sgt!!hahhaa.malas sih!

Selasa, 21 Disember 2010

Lari Dari Rumah

baju dah pack
beg dah siap
happy plak tu
awak nak ke mana?
aik besaq beg!!
nak pergi jauh ka?
nak tinggalkan mama?
amboi ...awak tu under age laa
mana bleh lari sorang2
nak mama temankan ker??
ngeeehehheheee.....

beg sama besaq ngan tuannya
ada hati tu nak tarik beg


amboi!!! 




Destinasi yang ingin di tuju......

*

 
*

 
*

Bye.....Bye......

*

*

*
alamak tersilap orang daaa...
bukan Rayyan yg nak fly
tapi Tok Su Rayyan
Tu la sehari dua ni mama asyik pikir
sapa lah yang nak jaga Rayyan nnti
dua minggu Tok Su balik Sarawak
ermmmmmmm....
dahlah boboy sorang ni dah ngada2 skit la ni
tak mau sgt dengan org yang dia tak kenal@ slalu jumpa
nanges aja!!

24 Dec until 5 Jan.....
camano ni!!!!

** 24 Dec aku dah apply cuti sbb that day is friday. kalu antar rmh org baru je nak serasi esoknya dah weekend. so antar isnin terus skali la...
total day kena antar kat org lain adalah 9 working days

This time aku terpikir camna ngan kawan2 lain pulak ye...pernah tak hadapi situasi camni.
so, baby sitter pun ada Annual Leave mcm kita ka? or just Un-Paid Leave? or kita mesti dah stanby 2nd parties untuk jaga anak kita? or kita pun kena rancang cuti tahunan sama dengan cuti baby sitter?? or .......

papa Rayyan still have balance 59 days for his AL . minus 15 days utk pencen nnti & still ada 44 days to go! so, pa...apa lagi...give u chances dating berdua saja dengan Rayyan.. ;-))


Isnin, 20 Disember 2010

MenDuakan Mu.....

weekend ni skali lagi aku kuar dating
berdua sahaja...dah nye namanya dating kan!!!
dengan lelaki ganteng...
suami ku!!! bukan la....
tak mainlah dengan dia... ;-))
dia nun jauh out-station ke utara...
tapi suamiku baik sangat
mengizinkan dan merelakan kami kuar berdua

Kami berdua...
p jalan-jalan...
p Jusco....
p balik kampung....
p naik motor round kampung....
p naik basikal....
p sana situ sini sinun....

btw dengan sapa ek aku dating???
tarrrrraaaaaaa sapa lagi kalu bukan dengan Mr. MRU....
Mr. MRU???Sapa empunya nama itu???
Muhammad Rayyan Ukasyah  la....sapa lagi...

nasiblah ada dikau yg sudi dating dengan mama
nak buat camna papa mu sibuk berkhidmat untuk negara
so Rayyan kenalah berkhidmat untuk mama plak ;-))
kena layan karenah mama yg bukan2 ini
jadi bodyguard mama ye sayang

btw, memandangkan papa out station, kami balik kampung berdua sahaja. Rayyan seperti biasa akan behave duduk di car setnya apabila ada makanan. so, mama umpanlah jajan & vitagen. khusyuk dia makan di sepanjang perjalanan.

kat jusco pulak, mama umpan dia main kat play ground dulu...bila dah puas baru round2 tgk baju. tapi tak sempat beli dah...risau tgk rayyan...asal lepas je mula lah nak main baaa baaa cak dengan mama. lepas ni mama nak belikan dia kasut yang mengeluarkan bunyi bila berjalan. dapatlah mama tau ket mana dia main sembunyi2. Rayyan ni mmg buat mama cuak la...tak dapatlah pilih baju dia just dpt belikan botol air je!!

selepas puas meletihkan diri kat jusco, kami meneruskan perjalanan pulang ke Sijangkang. Rayyan ni plak tak biasa dengan diaorg. apa lagi ke mana saja aku pergi dia nak ikut.teriak nak ikut mama!!terasa la aku ni bagaikan selebriti yang sentiasa dikejar oleh paparazzi!!!hahhaa.... tak pasal2 Rayyan dapat title enchem tapi ciwek!!!! adoyai anakku!!! xapalah take your time..papa kata kenalah selalu balik kg. biar rayyan tak takut ngan diaorg...hehhehee

Apapun Rayyan, Rayyan la pengubat suka duka mama...miss u sayang....


pistttttttttt: Tok Su Rayyan akan bercuti balik Sarawak dari 24 Disember sehingga 5 Januari.... so  Rayyan????

gambor update sat lagi.....

Khamis, 16 Disember 2010

dah dapat I-Phone jangan plak lupakan 3310

Beli hp baru???
no no no my Mr. Sony still setia dgnku
beli hasil keringat 1st year dividen ASB tau!! hahhaa

my new bb pun sama gak
baru je berbakti dengan tuannya
tp tuan bukannya kaya nak beli
ihsan dari company!!!
ambil je laaaaa

tapi aku takkan lupakan 1st time beli hp masa 2nd years kat Uni
Beli Nokia 3310 tu...
harga dlm RM800++.
wei kira mahallah tu!!
9 tahun yang lampau..
Time tu kira hp ni canggih la gak
rasa nipis & ringan ja
tapi....
skrg ni...bdk 4 tahun pun dah tak mau guna hp ni!




oh ya berbalik pada peribahasa di atas!

Dah Dapat I-Phone Jangan plak lupakan 3310
kiranya ianya bermaksud
dah dapat yang baru
jgn plak lupakan yang lama
ingatlah akan jasa2nya
saja je guna ayat tekno skit!! ;-))
padahal aku dah lupa lah peribahasa yg biasa tu...ngeeeee

ingat pengorbanannya
dulu ko susah senang sama2
berat sama dipikul
ringan sama dijinjing
kehulur hilir sama-sama
setahun plak tu!
ingat pendek ke masa tu
panjang tau!

tapi
apa yg kulakukan
bukan disengajakan
janganlah marahkan aku
janganlah kecik ati dengan aku
yang lama aku nak bagi rehat
yang baru aku nak bagi peluang
nak bagi satu pengalaman baru
kehidupan baru

oleh itu
terimalah perubahan ini
takkan sesekali ku melupa pengorbananmu sayang
walaupun hanya setahun
tapi akan ku ingat sepanjang usia ku
Janji???....janji....
Love u sooooo much
really love u dear
Muahhhhhhzzzzzxxxxx

*

*

*


Jeng...jeng...jeng.....


maaf saya sudah stop menggunakan perkhidmatanmu....
Spectra 3 ku cayang
Sory ye..awak dah kena tinggal kat rumah
awak dah tak perlu ikut saya pegi opiz lagi
awak rehat ye...
Nanti bila khidmat awak diperlukan...saya akan inform awak
Bila? tak tau lagi la...
tunggu la 2 tahun lagi ke....sabar ye. sayang..


btw


Sekarang mama dah bagi Rayyan minum ini


Dumex Dugro

(saja je blurr kan pic ni...sbb mama dlm mood sedih lagi)
macam tak percaya Rayyan dah minum susu lain semasa berjauhan dengan mama)
huhuhuhuu.....


Berkenaan dengan Breast feed, Rayyan akan minum susu di atas hanya bila mama tiada disisinya saja.
Semasa mama ada dengan Rayyan confirmlah susu yg lain tak kan laku!!! dan mama memang takkan mengizinkannya ianya berlaku!!!

Pemilihan susu itu disebabkan oleh keserasiannya terhadap empunya badan dan harganya yang teramat berpatutan.

Doa mama moga Rayyan akan terus sihat dan membesar bagai Johannnn..



My Hearts
Really Love both of You


Rabu, 15 Disember 2010

alahai Mark Zuckerberg !!


Adakah anda kenal dengan ini org? penyanyi kah? pelakon kah? banduan kah?
Jawapannya adalah kah kah kahhhh

nasiblah aku tulis dalam bahasa melayu.confirmlah dia tak paham. kalu tak free2 je aku kena saman!
ampun tuan nama!jangan saman beta!!

k laaa...Mark Zuckerberg ni kan Pengasas Facebook yang kita dok connect tiap hari tu!
Big congrates to him coz dinobatkan sebagai Tokoh Time 2010 mengalahkan ramai pencabar yg hebat2 terutamanya si wira WikiLeaks,Julain Assange yg tgh hot dengan kontroversi skrg ni.

Zuckerberg dipilih memandangkan idea canggihnya mewujudkan rangkaian sosial facebook telah mengubah cara hidup kita setiap hari dan menghubungkan lebih setengah billion orang di seluruh dunia. Selain itu ia telah mewujudkan satu sistem baru pertukaran maklumat yang tidak dapat ditandingi dan kadangkala menakutkan serta mengubah hisup kita dengan cara inovatif dan optimistik.

Dalam usia semuda 26 tahun ia menjadi tokoh termuda yang kedua selepas Charles Lindbergh (pada usia 25 tahun-1927). tahniah ye CEO Facebook. pasni buat lah plak facepencil plak ke....facebeg ke.... ;-))
 dan bagus gak kan bdk laki ni tak lah nak giler glamer sbb dia tak namakan Mark Facebook ke or  letak nama2 kaum kerabat dia ke....bagus kannnn

Oh Ya!!aku pun buka fesbuk tiap2 hari...24 hours live from my bb. aku suka fesbuk sbb dapat jumpa dan jejaki ramai kawan2 walaupun xdpt jumpa face 2 face. dapat chatting...tau perkembangan terkini diorang... family diorg....dpt tau latest gossip!ophhhs!!!terlebih sudaaaa


psttt: dapat gak tau story-mory papa Rayyan dlm fesbuk dia....kot2 ada makwe lain ke...ahakkkksss...


btw
*
*
*
*

nak lihat wajah Mark Zuckerberg
*
*
*
*
(klik ar nama dia kat bwh ni....xsanggup nak letak gambar omputih dlm my blog!!)
kekkekekeeh