Pages

Jumaat, 30 September 2011

dah berpuluh2 kali datang tapi tak pernah pun tau kewujudan nya!!!

aku ni.........sedari anak dara lagi(fuyooo...anak dara tuuu) kat sini lah tempat aku nak membuangkan masa aku yang terlebih2 tu.maklumkah orang takde boypren. Jalan sorang2 ja…tengok wayang pun sorang-sorang ja…jadinya asal tak buat ape2 je atau kalau kaki ni gatai nak jalan2 tempat ni la yang selalu aku tuju. sebabnya tempat ni adalah tempat yang paling dekat dengan rumah aku dan tempat yang macam2 adaaa.... banyak gak aku melabur kat sini.....pendek kata duit aku banyak abis kat sini la!!huhuhu..
Apa tempat tu???tak lain tak bukan adalah Pusat membeli dan membelah MIDVALLEY…aku kalau datang midvalley ni mesti parking kat side G..ala kan parking kat sana ada banyak side A B C D E F G H. kalau parking kat G tu terus2 sampai kat belah panggung wayang. Kalau orang yang tak biasa datang Midvalley ni mesti akan sesat. So, kalau parking keta tu kena la hafal kita parking kat level apa…side apa. Ala sekarang kan ada handphone. Just snap ja tiang parking tu!! (dolu2 pun aku buat benda ni!!) huhuhu.. tapi sekarang dah expert maa.. kena hapal kita dok kat North, South, East, West or Centre.

Untuk dipendekkan cerita, hari selasa lepas (270911) aku bawaklah Rayyan jalan2 ke sini. Sian dia asyik terperap main dalam rumah ja (padahal mama nya yang lebih2 nak jalan!!huhuhu). dalam kepala ni banyak option tempat nak pergi…either Alamanda, KLCC, One Utama, Zoo Negara or Ikea/Ikano. Tapi bila dah masuk keta nak drive macam malas plak nak pikir…jadinya tempat yang tak payah pikir adalah Midvalley. Kat sini nak lah bawak Rayyan tengok Pets kat World Pet.. bukan nak beli pun…takat nak bawak Rayyan kenal real pets. So, dengan semangatnya terus lah kami ke tempat yang nak dituju..tapi malangnya tutup lah plak. diorang buat stock-take harini !!!sa bo je la…buntu sekejap fikiranku! Jadinya layanlah Rayyan main game keta…ermmm tak masuk token pun!! Then bila lalu kat food court tu dari kejauhan macam nampak kat ujung tu ada tempat menarik untuk kids. Aku memang tau ada Celebrity Fitness kat situ..tapi yang sebelah nya memang selama ni aku tak ambil pot!! Bila tengok macam best ja… disebabkan weekday tak ramai lah orang kat sini.apa tempat itu??? taraaa......... Megakidz !! yes! nama pun ada kid...mesti utk budak2 Kan! Megakidz ni adalah indoor playground untuk budak-budak. Learning,Playing & Interactive Centre for Kids.Kalau parents yang nak shopping & tinggalkan anak kat sini pun boleh gak. Kalau weekend ada kelas music, dancing, etc. cinema pun ada tau!. Kalau nak celebrate besday anak kat cn pun bleh gak!

Tanpa buang masa aku pun register untuk Rayyan. Bayaran kena RM11 sbb Rayyan below 2 yrs. 2 yrs ke atas harga lain plak. RM14 kot tak salah. Kalau weekend mahal skit. Bleh main seberapa lama yang kita nak. Parents/guardian pun bleh join sama. Free aja. Kena pakai stoking tau!aku yang tak bawak ni terpaksalah beli. RM5.90. mcm stoken keja papa la plak!tak comel langsung. Nak beli kat luar malas nak jalan!!!layan je laaa. Bagi tag nama lekat kat baju. Gelang tangan pun kena pakai. Aku pakai kat pergelangan tangan.Rayyan takmo pakai.lakat kat belakang baju dia jaaa.

Rayyan la ni asyik sebut mama.....mama....
erm...nice kan...bila anak dah pandai sebut mama
nak marah pun tak jadi...

Kalau kids umur 3 tahun ke atas mesti syok main kat sini. Sebabnya gelongsong tu tinggi2 belaka. Kat situ memang ada tempat main khas untuk toddler tapinya Rayyan ni faham2 je laa. Lagak macam orang besaq! Jadinya…aku yang bertindak sebagai SUPERMAK ni pun terpaksa lah bawak dia panjat2 untuk naik gelongsor tu…dapat gak aku tumpang sekaki!!!huhuhu..tapi memangnya letih ooo..ruang nak panjat tu dah la kecik aja…aku yang debab ni pulak nak masuk nasiblaaa muat…berpeluh2 jugak aku dibuatnya. Kami main tak lama dalam sejam lebih ja. Agak boring sebab tak ramai orang..Rayyan cepat boring takde kawan nak main sama-sama…main rebut-rebut…

toddler area..

tengoklah lobang nak masuk yu kecik kan!sakit satu badan mama melayan budak kecik ni main!

Oh ya!dalam Megakidz tu ada cafĂ©. Rayyan memang bawak bekal air tapi dia nampak peti ice cream. Dah abis satu tak cukup plak!!nak lagi!dia ingat ni rumah dia kot.nak tambah suke2 hati ja… tapi mana lah mama sampai hati kan…kesian kat anak…pergi lah jugak beli ice cream kat Mc D yang depan wayang tu. Terus beli dua..mama satu Rayyan satu!!hahahaha

as kim

Balik dari Midvalley singgah rumah Tok Su Rayyan. Almost 2 weeks tak antar Rayyan sebab mama kan tak kerja lagi!! Saja singgah & bagi duit upah mengasuh. Start next week Rayyan dah kena tinggal rumah Tok Su balik sebab mama dah start kerja.. huarrrrggghhh… balik tu dalam keta Rayyan dah zzzzzzzzzz. Dukung masuk rumah pun still zzzzzzzz sampai lah ke malam.

Ok tu aja cerita untuk kali ini. Bila dah ada anak ni memang aku ambil berat pasal tempat2 menarik yang anak-anak boleh main kat shopping complex. Contohnya kalau kat Jusco memang ada playground untuk kanak-kanak. Bila anak-anak gembira kita sebagai parents berlipat kali gembiranya. Takdelah mamanya syok shopping tapi anaknya meronta-ronta nak balik!! :)

Khamis, 29 September 2011

pish..oooooooooo...pish!!!sambil lompat kegirangan!!!

pish.........ma..........pish............akibatnya smpai nak masuk tengahari ni pun budak kegirangan tu tak bangkit tido!!!dok mimpi jumpa pish (fish) semalam la tu! alkisahnya, kami takde la plan nak pegi Akuaria kat KLCC tu. tengah aku dok ralit masak untuk lunch sambil tertoleh2 nengok gosip2 retiskat Melodi tu... suddenly Kakak Farah si Rayyan ni call bagi tau nak pergi Akuaria. Depa ni dah selalu sangat pergi. Rayyan pulak termasuk Mak Paknya sekali pun tak pernah masuk sana. Makanya dengan sepantas kilat kami makanlah apa yang aku masak.simple dimple ja....meatball sup+ikan masin+ikan goreng..kira ok lah....... tak jadi nak masak lauk pauk yang lain. masuk balik dalam freezer!!

Dalam Jam 3.45 petang kami sampai ke sana. kami suka parking kat Carpark sebelah Masjid As-Syakirin tu. nak masuk KLCC bleh lalu taman..snap-snap gambo yang berapa tak jadi!sentap hati mak n gado ala2 manja ngan papa sebab dia tak semangat nak ambil gambar kami..alamatnya mama sentap ngan dia sampai dalam akuaria tu la...

Malas nak cerita sentaphatimak tu! mari cerita pasal Rayyan Ukasyah!bila dia jumpa kakak farah & kakak sarah, mulalah dia melompat riang.sronok jumpa kakak-kakak dia tu!berjalanlah budak 3 orang tanpa mempedulikan kami!!sabo je laaa... tiket masuk RM35 for adult yg ada I/C dan RM25 for kids. kecik macam Rayyan free je! jam 4.30pm time Pirana feeding. tapinya orang terlalu ramai...aku yang rendah kat belakang ni tak nampak ape pong!!

dalam Akuaria tu bleh tangkap gambar tapi no flash please!!aku tangkap guna bb kopak ja!jadinya kelam sbbnya tempat tu kan gelap! pada aku kira ok lah akuaria ni untuk budak2. macam Rayyan ni tak berapa pandai sangat lagi.excitednya sekejap ja!banyaknya main lari-lari ja!!!!

dalam kol 5 lebih kami dah kuar. souviner pun aku tak beli.tapi Pak Long Rayyan ada beli lah gambr yang photographer Akuaria ambil kat main entrance tu.satu set RM35. kat dalam pun depa ada ambil jugak.rege sama RM35.Balik lepak kat food court minum2 ja.

Dalam kereta Rayyan dah kepenatan. tido dengan lenanya. singgah NSK kat Kuchai Lama sebab stok ikan ayam dah abis. Baringkan Rayyan kat troli memang lena nya dia sepanjang kami shopping. langsung dia tak sedar!kena guna 2 troli satu usung Rayyan satu lagi usung barang!!! konon nak beli ikan ayam jaa tapi TER beli penuh troli jugak!!!!!sori papa yang tukang bayar....

Apepun best gak aktiviti harini yang sememngnya un-plan pun! Rayyan happy...mak paknya pun happy!!!!!! walaupun ada sentaphatimaksikit tadi!!!huhuhuu.

pstttttttttt: Next plan: Pak Long nak ajak pegi Zooo plak!! Mak Long kata kena pegi awal sebelum dia pregnant nnti...apakah.....~Mak Long Rayyan dah bagi hint tu!!!hihihii



Himpunan gambar secara pukal... malas nak upload seketul-seketul. takut berukband ni selalu bengong!!

tengok pics ni...Rayyan sentiasa berpimpinan tangan ngan kak sarah dia!! tekmo renggang.
ada gak papa as tourist guide..hehehe
pic last tu Rayyan ngn Long Di. main sponsor for this trip..tqqq
###sory pics memang kelam & gelap sebab dilarang guna flash...lagipun aku guna bb phone ja!!
orang lain berkepit ngan DSLR...ermmm

contoh spesis hidupan laut...macam2 nama saintifiknya....
susah den nak sebut! ikut ja bak kata Rayyan
pishhhhh

tiga bersaudara...dari kiri: Kak Farah (6 yrs old), Kak Sarah (5 yrs old), Rayyan (2 yrs old)..
moga2 next year akan bertambah korum mereka ini...AMin... :))

muka kami yang capek but happy !!!!

Khamis, 22 September 2011

mata pun dah macam ~~cat meow meow ~~

alkisahnya, xtau lah punca dari mana. tiba2 bangun tidur tengahari kelmarin, mata tu bnatak sangat tahi mata. then tengah kuar ada urusan pun dalam keta sama gak keadaaannya. belah malam berdezup p klinik. ni pertama kali pergi Klinik 1 Malaysia. saja je pergi sebab dekat ja dengan rumah. just bayar seringgit ja! murahkan! kami pergi Klinik 1 Malaysia kat PPR Desa Petaling. lagi best time kami pergi orang tengan tak de. pas register boleh terus masuk jumpa Pegawai Perubatan. tengah kami queu tadi baru ada ramai orang mai serbu ini klinik. memang confirm la dia sakit mata. demam pun ada skit. dapatlah ubat demam n eye drop.

Jadinya semalam dia tak di hantar ke babysitter!bila bangun tido...mata tak boleh buka sebab penuh ngan tahi mata...nak titis ubat jenuh meraung takmo!sabo je laa...tapi kena paksa gak! mata dia tak merah sangat tapi macam sepet skit.

Harap2 Rayyan cepat sihat tau! weekend ni ada lagi open house yang kita kena hadir! Weekend terakhir di bulan Syawal tahun ini!hehehehe:))

Khamis, 15 September 2011

syiokkk jadi FTHW.........kan!

best nyer jadi FTHW...almost 2 months gak la. start time nak posa hari tu.
tiap hari kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kotorkan baju....
dapat sediakan juadah berbuka n dinner
dan yang best lagi dapat buat kuih hasil tangan yang kaku ni sendiri!cayalah!hahahah
dalam tempoh 2 bulan tu Rayyan still hantar ke babysitter..jadinya kat umah aku sensorang lah! tapi kenkadang aku mintak permission papa juga supaya tak antar Rayyan...rindu sih...sunyi tak de teman nak berperang!!hahaha
aku ala2 mcm org p keja tapi keja aku lepak kat rumah ja!!sila jangan jeles k!
bukan apa dari abis study dulu aku tak pernah dapat dok lelama kat umah sbb terus kerja. jadinya skrg ni dptlah aku merasa dok rumah puas2. thanks papa...

tapi kan masa bercanda dan bersenang lenang aku akan tamat pada minggu ini. sila kembali ke alam realiti sebab bila duduk rumah kamu tidak dapat mendatangkan apa-apa!!sila kluar untuk cari sesuap nasi!!!!huhuhu.. baiklah...saya menurut perintah... ( ini adalah arahan dari diri sendiri untuk diri sendiri.tanpa campurtangan dari org lain tau!)

Apapun Alhamdulillah..saya akan mula bekerja di kantor baru bermula minggu hadapan. patutnya hari Isnin tapi td dapat plak panggilan interbiu yg lain. kena gak attend interbiu tu sbb susah payah ada org tolong recommend kan takkan lah kita nak reject terus kan...kan... mana tau yg ini lagi better offer nya... kita tunggu dan lihat.... waduh!! semangat ni nak mula kerja...kena buka gobok balik cari baju2 mau ke opiz... harap2 muat lagi...kalau tak muat gamaknya kena p terjah Jusco Kamdar (ada saiz besar) !

pstt: esok HAri Malaysia 16 Sept ! bersamaan dengan public holiday! ayuh papa..mana destinasi kita... :))

Jumaat, 9 September 2011

Eid Mubarak! epy of us

SAlam Aidilfitri...

tiap hari buka blog tapi xde mood nak buat coretan. tapi gagahkan diri juga cari sikit mood nak citer pasal hari raya tahun ini. buat ingatan Rayyan di hari mendatang...
3 of us
mama with Hero kecik..masamnye muka dia!!

boys

memang anak papa sungguh!ngan papa senyum sokmo!!


see...ngn mama still xmo senyum!!

with my beloved Hero

Rayyan dah boring bergambo!huhuhu
Tahun ni kali ketiga aku beraya sebagai seorang isteri dan mama. memang teramat happy sebab dapat beraya bersama. Moga kebahagiaan dan kegembiraan ini akan kekal selamanya. aku tak kisah raya kat Kedah dulu ke...or kat Klang dulu. yang penting kami sekeluarga dapat beraya bersama. tahun ni kali ketiga juga kami beraya di Kedah dulu. Kepuasan aku sebagai seorang isteri adalah melihat suami gembira. bila dia gembira, aku berlipat kali ganda gembiranya. ok! itu aja untuk kali ni.

Mohon maaf zahir dan batin buat semua saudara mara dan rakan taulan. semoga bergembira menyambut lebaran yang mulia ini.

psstt:: weekend ni bersusun-susun undangan rumah terbuka. Insyaallah kami akan penuhi undangan tersebut. bila la nak start diet ni!!huhuhu