Pages

Isnin, 30 Ogos 2010

Demam Campak

Last Friday balik dari ofis, jalan tersangatlah jammed. Mungkin sebab hari tu nuzul quran. Walaupun KL tak cuti tapi negeri jirannya iaitu Selangor gazet kan hari tu cuti umum. So, ramailah makhluk Selangor datang shopeng di KL. Kami yang nak balik keja ni pun terkena la tempiasnya. Petang tu papa ada meeting kat muzium. Papa said driver jabatan dah try pusing cari short cut punya jalan sebab banyak jln kena tutup. Takut lewat sampai opiz, papa minta mama pergi ke opiz dia naik monorail. Hamper jam 6.30 mama sampai sana. Tapi disebabkan jem punya pasal, kami sampai rumak Tok Su am 7.45 mlm!!!Berbuka la kami dlm keta dengan minum air tin Fruit-tree ngan kurma.Ala kadar alas perut je. Sampai rumah Tok SU kami bantai makan nasi!!!hehehhe.


Suprisingly, Tok Su inform that Rayyan kena demam campak. Satu badan rayyan dah merah2.Kesian sungguh anak mama sorang ini. Badan dah tak panas cuma selesema je skit. Lepas makan & solat, kami beransur pulang. Singgah kat Hero, Sri Permaisuri beli kelapa muda. Orang tua-tua kata kalu kena demam campak & nak campak tu keluar cepat, minum la air kelapa. Sampai rumah papa kupas kelapa muda tu bagi Rayyan minum. Nasibla Rayyan nak minum. Adalah dalam setengah gelas. Lebihnya mama minum lalalala..Mama pun sibuklah tepon Wak Uda, Wak Farah yelah Tanya petua Demam campak ni. Macam2 petua diorg bagi tapi yang paling penting Wak Farah kata jumpa lah doctor dulu sebab doctor akan kategorikan demam campak tu. Disebabkan malam yang semakin tua, papa decide pegi klinik keesokan harinya. Malam tu mama Cuma letak bedak sejuk kat seluruh badan Rayyan. Rayyan behave je. Mungkin selesa bedak sejuk tu menyebabkan badan dia sejuk & kurang gatal.







comotnye anak mama...satu badan kena lumur dgn bedak sejuk...
tapi dia suka maybe sebab sejuk kot! Bila dah kering baru mama pakai kan baju



Pagi sabtu tu kami sahur makan roti sahaja tau!!!sebabnya Wak Farah said, mama tak boleh goreng2 & kena berpantang makan supaya Rayyan cepat baik. Adohaiii…first time mama sahur tak makan nasi…jam 10 pagi dah lapoooo…papa gelak kan mama je dia kata ‘Ala tu psiko je!!” sabo je laa. Kami pun berkemas nak balik Kampungku Sijangkang.

Tapi, dalam jam 12 tengahari, kami dapat panggilan dari adik iparku Apit, yang nenek Leen(tunang dia) telah kembali ke Rahmatullah. Inna lillahi wainna ilahirajiun…kepadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Semoga arwah nenek Leen diletakkan bersama-sama dengan orang yang beriman.AMin. Kami sekeluarga memang kenal rapat dengan nenek. Syukur lah sebelum puasa tempohari kami sempat ziarah dia yang pada masa itu pun mmg dah terlalu uzur. Semoga nenek aman bersemadi di sana – AL FATIHAH.

Apabila mendapat perkhabaran sedih itu, kami pun tukar plan, dari balik kampong ke berdezup pegi Seremban melawat arwah. Sebelum tu kami pergi klinik minta Doctor check Rayyan. Rayyan ni kat rumah dah dua kali muntah sampai klinik pun terus gak muntah. Asal makan je mesti muntah. Bila doctor check, selain kena campak, perut Rayyan banyak angin. Doctor bagi ubat tahan muntah, ubat tahan gatal & ubat buang angin, dan ubat sapu . Amatlah susah nak bagi Rayyan Makan obat!!dia geleng2 kepala sambil ketap rapat2 itu molot!!!sabar je laa…mama pun paksa dia makan gak!siannye anak mama…


Sukanyer Rayyan main botol ubat


Kat rumah Cik Leen,minum vitagen.susah nak guna straw kecik,
mama boh gen dlm botol susu. Tengoklah muka Rayyan kemerahan sebab campak+panas



Kami sempat sampai Seremban masa nenek tgh dimandikan. Kami tunggu sehingga selesai kafan dan nenek dan dibawa ke surau untuk disembahyangkan.kami tak ikut sebab nak balik kejar buka kat rumah. Oh Ya!!Maksu, Mami dan Pakcik ikut kami sekali. Sampai rumah Maksu dah jam 6.45pm.Kami berbuka kat Rumah Maksu aje. Rayyan muntah tiap kali diberi makan!dia pun poo poo gak. Terus mandikan dia biar segar skit. Dalam jam 8 lebih kami bertolak balik. Disebabkan tukar plan esok je balik Sijangkang, maka papa plan nak pergi Putrajaya ada Jualan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) kat Presint 2. Mama sempat grab sandal & kuih raya..hehehee. then kami pegi pula Branded Bazaar Sale @ Putrajaya kat presint 16. Masa ni pun Rayyan poo poo lagi…. Tak berapa menarik & tak beli apa-apa pun.. Then kami berangkat pulang ke ganggang.

Bila dipikir2 dalam keadaan Rayyan yang demam tu pun kami sempat pergi bershoping…Alahai mama … penangan raya punya pasal.

Hero mama yang penakut dengan ubat. time nak bagi pandai pulak dia geleng2 kan kepala dia sambil ketap mulut dia kuat2!!!Alahai Rayyan oiii...terpaksa gak mama paksa dia makan obat!!!kata nak baik kan senang mama nak p shoping...hehhehee

semoga cepat sembuh ye sayang

Isnin, 23 Ogos 2010

Persiapan Raya

Welcome back to office!!Wah!macam semangat je daku ni nak pergi kerja kan! Padahal apa yang aku dapat tak setimpal pun dengan apa yang telah aku sumbangkan.. Nak buat camna…dah rezeki aku dan Allah takdirkan rezeki aku buat masa ni cam gitu je.So berserahlah dan redhalah dengan apa yang Allah tentukan. Bulan tuhan kata KUN FA YA KUN..Jika KU kata jadi maka jadilahhh.. Insyaallah satu hari nanti Allah akan melipat gandakan rezekinya pada daku dan keluargaku..Aminnn


ALahai…bermadah plak daku pagi2 gini. Nak cerita ni, sebenarnya last Friday daku ambil emergency leave. Sebelum ni kan dah dua hari hero ku Muhammad Rayyan Ukasyah mengalami demam + selesema. Dan daku sebagai mamanya bertanggungjawab menjaganya.Tahu2 lah macamna gaya kalu baby demam tambahan pula selesema. Mestilah tidurnya tidak lena dan tak selesa. Nafas melalui mulut gitu.Dan disebabkan mamanya terlebih take care, maka mamanya pun terkenalah jangkitan daripada sang anak!! Oh anak ku….


Oh Ya!!Hari Khamis lepas selepas berbuka puasa di rumah, maka kami pun sempat terjah PICC, Putrajaya ada Metrojaya Warehouse Sales. Kami sampai sana pun dah pukul 8.40pm walhal 9.00pm dah tutup!!awal gilez kan!!orang ramai lagi time tu. Nasiblah time dilanjutkan sehingga 9.30pm. Papa@Mama sempatlah grap handbag untuk nenek, Kasut untuk Tok Wan, Hand bag untuk MAMA dan baju Raya untuk Rayyyan!!Thanks PA!! dapat plak coupon kena redeem sebelum 22 Ogos. Nampak gayanya kena datang lagi la Ahad ni! Balik dari PICC aku dah flat gilez. Terus terpengsan tidooooo…

Rayyan pakai baju tido je. Papa kata xyah tukarlah sbb pegi sat je.
Rayyan dok tpt lelongan Happy Hour. Tunggu papa yang tengah
bayar hasil pancingan..hehehehe.


Friday memang aku terlalu lemah sampaikan tak larat nak bangun. Aku sempat panaskan lauk sahur je. Then aku terus sambung tido. Alhamdulillah Rayyan behave je…turut golek2 atas katil dengan mama. Demam Rayyan dah kebah cuma selesema je yang tak nak surut2. Rayyan memang dah kurang tidur di siang hari. Itu lah merupakan dugaan terbesar aku dikala tak larat nak buat apa2 keja pun. Aku layan je Rayyan apa yang terdaya. Nasibla aku tak posa..hehehhee.. boleh lah join makan sama itu Rayyan!!

Kami tunggu papa balik nak pegi pasar Ramadhan. Daku gagahkan juga diri bawa Rayyan turun bawah jalan2. Kesian kat dia boring terperap je dalam rumah. Malam aku lepak tidur je. Papa jaga Rayyan. Thanks Papa!!Tapi bila Rayyan nak tidur passing jugak kat mama ye!!hehehe

Tengoklah si Rayyan ini..bukan mau tido!!main je dlm buaian




Then, sepahkan majalah(tpt faberete dia)



Petang,p bus-stop. Tunggu papa balik keja. nak p PARAM. Mama dah sihat skit. Rayyan pun sama



Hari sabtu, daku dah sihat sikit. Bolehlah kemas rumah yang bersepah macam kapal karam..Sempat juga masak bubur Rayyan & Makan bersama-sama Rayyan. Ahakk!!. petang dalam jam 3 lebih kami meneruskan ekspidisi perjalanan kami untuk membeli baju Raya…Mula2 kami pergi ke Mines. Dapatlah rembat seluar jeans untuk Rayyan. Yang lain macam tak menarik je. Dalam sejam kami kat sana lepas tu berdesup pegi ke Ampang Point plak!!Kat sana beli apa ye….daku macam dah terblank la plak!! Oh ya!!! Papa ada belikan 2 helai jeans LAdyLike untuk mama !!!Muaahhhh Papa I Like You laaaa & tak lupa juga baju Raya si Rayyan. Papa ada gak belikan baju untuk Tok Wan. Kami jalan2 sampai jam 6 lebih. Papa beli air & roti john. Dia kata berbuka dalam keta je nnti sebab nak terus pegi ke Jalan TAR. Aku pun ok je no hal punya …dah alang-alang nak jalan. Lagi pun papa kata next week dah nak balik Sijangkang. So, tak de masa lagi nak shopping. Mula2 sampai Jalan TAR memanglah tak ramai orang lagi. So, senanglah skit nak servey apa2 yang patut. Tengah syok jalan Rayyan pulak ter poo poo. Jenguk toilet kat Cambell ramai pula org beratur & little bitt dirty,so kami pun pegi Sogo yang sungguh selesa untuk menyuci bersihkan Rayyan bamm bamm. Bayangkan banyaknya dia Poo Poo sampaikan tembus kat seluar!!!hahahhaa. Mama bagi mandi itu budak sampai segar bugar dia!! Lepas itu, kami pegi ke Food Court untuk mengisi tank penyot kami anak-beranak.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Jalan TAR balik. Papa belikan baju readymade untuk Tok Mah. Atok Manaf pun dapat sandal yang di beli di Cambell. Papa juga belikan karpet baru di Jakel untuk rumah Tok Mah. Wah!bertambah berseri lah ruang tamu rumah Tok Mah nanti.

Ok! Setelah selesai menghabiskan duit PAPA diJalan TAR dan sekitarnya…kami merayap pula ke Uptown Bandar Tun Razak. Rayyan dah tertidur keletihan selepas mendapat upah nenen dari mama. Senang je..sumbat je!!!hahahaa. tak payah susah2 bancuh susu. Tawaf  dua round la gak cari parking & finally dapat gak yang dekat. Sampai sana mama dukung lagi Rayyan pakai carrier. Rayyan tetap maintain tido je… Good Boboy lah!! Kat sana Papa beli baju untuk dirinya dan yang semestinya untuk Rayyan…lagi…dan lagi…Lama gak lah kami jalan2 tawaf satu uptown!!Dalam jam 2 lebih di keheningan pagi baru lah kami sampai rumah da!!!Si Rayyan plak semakin aktif itu budak! Kami berdua yang dah keletihan but dia still maintain main atas katil!!Lama gak proses nak menidurkan dia.

HAri Ahad, seawal jam 9am, si Rayyan dah ajak bangun. Mama pun terpaksalah bangun gak! Layan dia makan,main…mandi…tgk tv …Cuma tido je dia xmau!!sabo je la…Lepas Zohor, papa kuar jumpa kawan dia & dia suruh kami siap2 sebab lepas tu dia akan drop by ambik kitaorg nak pegi PICC lagi! Dalam jam 3.30pm papa sampai rumah. Selain nak redeem coupon yang papa dapat tempohari, papa turut belikan seluar slack untuk Tok Wan, Atok Manaf dan Jeans untuk diri dia. Then lepas selesai semua urusan, kami singgah kat Carefour Alamanda nak beli barang basah dan stok dapur!!. On the way balik, singgah kat pasar depan UNITEN untuk beli juadah berbuka. Then kami beransur pulang..
Sesungguhnya, kesemua barang yang dibeli adalah keluar dari poket PAPA sebab mama kekeringan duit raya tahun ini. Thanks Papa..Jasamu amat ku kenang...Muahhhhzzz..Bila mama ada rezeki lebih nanti, Papa lah orang pertama yang mama akan bagi special present followed by Rayyan & diriku ini .. Insyaallah semoha Allah memberikan sinar kebahagiaan dan kekayaan buat hidup kami sekeluarga.Amin.

Nota kaki: Pagi tadi Rayyan nangis masa mama pass dia kat Tok SU. Maklumlah dah 3 hari tak pegi skul. Mama pun rasa sayu je tinggalkan dia. Sabar ye nak, mama keluar  cari rezeki nak bayar loan..hehhehee


Miss u Rayyan

Rabu, 18 Ogos 2010

Rayyan 1st time demam

Semalam Papa out-station ke Langkawi. So, mama pergi kerja dengan Rayyan sahaja. Sebenarnya, Rayyan dah menunjukkan symptom selesema sejak hari Selasa lagi. Papa dah beli ubat selesema kat farmasi di Bandar Sri Permaisuri. tapi, ubat tu tak kuat sangatlah. Tak sama dengan ubat yang papa beli kat farmasi di kg Kedah sana. Tok Su pun kata ubat tu tak kuat. Dah dua kali dia bagi kat Rayyan tapi selesemanya tak mahu kebah juga. So, bila balik keja semalam, mama pun bagi lah jugak ubat selesema yang lama tu kat Rayyan. Harap2lah tak expired lg!!! Mama rasa badan Rayyan pun dah mula panas. Memandangkan mama ‘OFF’ puasa bermula semalam…makanya takde lah tergopoh gapah nak berbuka time masuk waktu maghrib nanti.Rayyan dah merengek2 nak golek2 atas katil dengan mama. Mama bagi nenen dan dia pun tertidur tapi tak lena sangat sebab susah nak bernafas hidung tersumbat.


Dalam jam 8 gitu, Rayyan terjaga. Badan makin panas. Bila mama check guna thermometer, suhu Rayyan mencecah 38.8c!!! buat pertama kali nya dalam hidup Rayyan yang dah nak menjangkau 9 bulan, inilah buat julung kalinya Rayyan demam. Mama dah test kat dahi, mulut, telinga…semuanya menghasilkan result yang sama. Mama tampal cool fever plaster (plaster ni beli masa umur Rayyan tak sampai sebulan dulu …tak guna2 lagi) kat dahi Rayyan . Rayyan Nampak selesa sangat sampai tertidur dia kat buaian. Hampir jam 9 malam, papa telefon papa, flight papa baru je landing. Mama inform papa pasal Rayyan & Papa minta mama hantar Rayyan pegi klinik. Tak perlu tunggu dia sebab dia lambat lagi nak sampai rumah. So, Pak Lang Rayyan hantar kami pergi Klinik BTS yang selalu kami pergi tu.

Rayyan ni walaupun demam, aktif dia mengalahkan orang sihat! Tak leh dok senyap!!hehhee.. Masa Uncle Doc check Rayyan, dia pandang je muka Uncle Doc tu!buat muka pelik..Nasib Rayyan senyap je tak buat perangai. Maklumlah first time ni mama masuk jumpa doctor tanpa papa!!!Uncle Doc check bacaan suhu Rayyan kat dahi ialah 38.3c. Rendah skit bacaan tu mungkin sebab mama baru tanggalkan plaster kat dahi Rayyan kot. Uncle Doc pesan, jangan mandikan dia. Just lap badan je. Waktu kena air memanglah best tapi lepas tu badan akan jadi lagi panas. Uncle Doc bagi ubat demam, selesema, antibiotic, ubat drop hidung & ubat sapu (untuk muka Rayyan yang berpanau tu).

Malam tadi dalam jam 3 pagi Rayyan dah terjaga nak main!! Ini mesti power ubat tu dah abis!! Ayo yo…Nasiblah lepas guling2 main sendiri dia tido balik!!! Akibatnya mama lah yang tersenguk2 kat opiz ni tahan ngantuk.nasib boleh minum coffee!!!hahhaa. Ni pun baru lepas balik dari surau…makan nasi goreng tapau dari rumah!!!…padahal sahur tadi dah makan tapi perut lapau gak laa….camne nak kurus ni weiiii…

Pagi ni pun mama dating berdua lagi dengan Rayyan pegi keja. Papa out station ke Kuantan plak. Tapi balik nnti mama jemput dia kat opiz. Then kami jemput Rayyan ye sayang.

Mama doakan agar Hero mama cepat sembuh & kembali aktif (not hyperactive ye!!!) seperti biasa. Saat ini mama plak yang terasa mcm nak demam.jangkit dari Rayyan ker….mama baru je telan sebijik Panadol Actifast.

Mama Sayang Rayyan..Muahhhhhhs

mama jemput Rayyan.Tgk muka mmg tak sihat & badan dah panas

Rayyan @ Klinik


Rayyan tidur dengan lenanya selepas kena paksa makan Obat!

Rabu, 11 Ogos 2010

Bermulanya 1 Ramadhan 1431hijrah

Alhamdullillah harini bermulanya puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan2 yang seangkatannya. Semalam tengok anak bulan.harini terus puasa...so, rasanya raya pun pas tgk anak bulan mesti esoknya raya (emmm betul ke teori aku ni!!) Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga merangkumi keseluruhan aspek fizikal, rohani dan jasmani. Puasa melatih kita menjadi seorang muslim yang lebih berdisiplin dan sabar dalam melaksanakan rutin harian.

Yang Indahnya di bulan Ramadhan ini adalah kita boleh sembahyang terawih yang mana tidak terdapat pada bulan2 lain. Alhamdullilah malam tadi aku sempat menunaikan solat tersebut walaupun secara bersendirian. Tak sempat nak pergi ke Masjid tahun ini memandangkan aku dah ada little Hero. Lagipun lepas balik kerja semalam sibuk pula berkejar pegi ke Giant untuk membeli barangan basah untuk masak sahur. juadah berbuka beli jeee..hehhehe. Waktu sahur aku memang kena makan nasi untuk jaga stamina seharian di pejabat. Tambahan pula, aku perlu kekalkan production susu ku ini. Yang bestnyer bulan puasa kami boleh balik awal dari biasa. Waktu bekerja kami bertukar dari 9am to 6pm kepada 8.30am to 4.30pm. Memandangkan kami berkongsi kereta ke pejabat, maka big boss pun turut menukar jadual waktu kerjanya kepada 8am to 5pm. Aku boleh la tido @ layan fb sementara tunggu untuk dijemput!! tak de paedahnya nak buat kejo pejabat yang bertimbun itu!!!hahahha

oklah...Semoga Kedatangan Ramadhan Tahun ini memberikan seribu keberkatan buat hidup kami sekeluarga...Amin.

Selasa, 10 Ogos 2010

Esok Puasa

"RAMADHAN"
Semua khalifah Allah di muka bumi ini amat menantikan mu
Bulan yang penuh barakhah
Bulan yang menghimpunkan seribu satu pahala
Bulan yang dapat menyucikan diri setiap Insan
Bulan yang dapat  mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan
Bulan untuk beribadah
Mengabdikan diri kepada yang Maha Esa.

Tahun ini amat bermakna bagi ku kerana merupakan tahun kedua dapat menyambut puasa sebagai seorang isteri dan julung kalinya sebagai seorang mama. Walaupun Rayyan masih tidak mengerti apa itu puasa tapi kehadirannya pamat menghiburkan hidup kami sekeluarga. Apatalagi apa sahaja yang kami makan dia pun nak jugak.Mama ada assistant terhormat yang akan temani kacau!! mama kala penyediaaan juadah berbuka beli je... mahupun sahur.

Disebabkan Rayyan masih fully breastfeeding (+ makan bubur & etc) aku kena pastikan susu Rayyan mencukupi. oleh itu, sepanjang puasa ni aku kena pastikan makanan yang dimakan sewaktu berbuka danbersahur adalah berkhasiat. Waktu malam pula aku kena banyak minum air...Semoga journey menyusukan Rayyan sehingga setahun akan berjaya. Seterusnya target sehingga 2 tahun pula. Amiiinnn.

1st Appointment Rayyan dengan Dentist

Semalam 9 Ogos, Rayyan ada appointment dengan dentist. Tapi gigi Rayyan tak tumbuh lagi pun... hehhehee..Date appointment dah dibuat masa Rayyan cucuk 6 bulan. Sebelum jumpa dentist, staff nurse timbang berat Rayyan. Cuba teka berapa berat Rayyan bammm bammm ??? 9.74kG ye kengkawan... Rayyan ingat, dengan aktiviti lasaknye yang tak reti duduk diam, berat rayyan dah susut. Tapi Rupa-rupanya, Rayyan semakin membesar bagai JOHANNN. Thanks to mama yang sentiasa memastikan bekalan susu Rayyan mencukupi masakkan bubur Rayyan tanpa jemu. Tapi Rayyan tahu mama curi2 makan bubur Rayyan kannnn. 

Dentist Rayyan teramatlah comei....Dentist memberikan penerangan berkaitan dengan penjagaan gigi bayi. Tak semua bayi akan tumbuh gigi awal.So, bukan menjadi satu masalah gigi Rayyan tak tumbuh2 lagi. Tapi gusi nye kuat woooo.. Dentist ada tanya "pernah bersihkan mulut baby?" mama pun jawab dengan tipu sunatnya "selalu doktor!". "OK Bagus!Macamana Puan cuci?" aduhai dentist ni banyak pulak soalannya...Mama pun dengan confidentnya replied " I gosok gusi dia dengan kain doc". Ok Bagus!!!. Fuh lega!!!dentist ni menguji minda mama la...banyak gak soalan2 lain yang dia tanya tapi papa yang jawab coz mama kena cocentrate jawab questionnare yang mencabar gak soalan2 dia. Jawapan bagi setiap soalan bukan sahaja "Ya" atau "Tidak" tapi juga ada soalan rentetannya...seperti Anda tahu apa itu plak gigi?adakah plak gigi boleh merosakkan gigi?adakah plak gigi boleh dibersihkan? bagaimana untuk mengawal plak gigi?? dan macam2 lagi lah soalannya...poning skojap pala mama ni...hehhee...

Next appointment Rayyan pada 22 November time Rayyan berumur setahun. kena cucuk!!!. after settle dengan urusan klinik, mama antar Rayyan balik rumah sebab Tok Wan & Tok Mah ada untuk jaga Rayyan. Malam hari baru depa balik Kedah.

Pak Lang Convocation's Day

Berakhirnya Majlis konvokesyen maka dengan rasminya dan buat kesekian kalinya Pak Lang Rayyan telah berjaya menamatkan statusnya sebagai seorang mahasiswa. Pak Lang amat cemerlang dalam pelajarannya sehinggakan mendapat Dean List uni aku punya bahasa xtau ar ape istilah uniten  bagi setiap semester dan akhirnya menjadi salah seorang daripada 40 graduan yang mendapat Anugerah Industri Cemerlang. Majlis penyampaian sijil + Wang saKU bestnyer!!!! telah diadakan dua hari sebelum MAjlis Konvokesyen sebenarnya pada 8 Ogos 2010. Tok WAn & Tok Mah Rayyan amat berbangga dengan pencapaian anak Terunanya itu. Dengan pencapaian akademik yang cemerlang itu, maka dengan mudahnya Pak Lang mendapat tawaran bekerja di TNB tapi dia lalui la gak interbiu dan Pinjaman Pelajarannya bertukar menjadi biasiswa. Murah rezeki betullah Pak Lang. Tak payah terkial2 macam mama Rayyan yang kena spent duit bayar hutang kat PTPTN.. Tapi mama Rayyan cakap tak lah banyak manapun hutang tu berbanding dengan ilmu yang mama perolehi masa kat universiti dulu. Tanpa pinjaman tu agak mustahil mama dapat belajar sehingga ke Menara Gading plus dapat berkenalan ngan papa...hehehhe

Oh Ya!!berbalik dengan Majlis KOnvokesyen tu. Rayyan datang lewat skit sbb Rayyan + Papa bangun lambat. Macam biasalah aktiviti hujung minggu. Dalam jam 11.30am Rayyan sampai ke UNITEN. Majlis pun dah nak berakhir. Rayyan sempat gak pilih bunga yang special untuk Pak Lang & Cik Leen (to be Mak Lang by next year...hehehe). Around 12.15, Toks & others kuar dari Dewan. Disebabkan parking yang jauh kami naik shuttle bus. 1st Time Rayyan naik BUs & tersangatlah happYY!!! kenderaan yang Rayyan naik selepas kereta, kapal terbang, motosikal,basikal, stroller & walker!!!

Then, kami p ambil gambar studio kat Bangunan Pentadbiran. Pak Lang dah booking siap2. Ada satu gambar tu Mama & Papa pakai jubah Pak Lang n Cik Leen..kunun2 nya konvo gak la tu!!!jangan berangan lah mama...hehehhe..

After bergambar & berposing bagai, kami pun meneruskan destinasi ke Bandar Baru Bangi...apa lagi Makan Time!!!Kami pilih makan di Restoran Limau Nipis (recommended by Pak Lang). Sedap lah makan kat situ lagi2 Air Limau Nipis Special nya..sedap sehingga ke sedutan terakhir!!!!Rayyan pun suka sluprppp...slurpppp... Selepas kekenyangan kedit to Papa yang telah blanja kami, kami pun beransur pulang ke teratak kami dan tituuuuunnn..ahaksss

nyways...Congratulations Pak Lang for your Graduation's Day!!!. Semoga Pak Lang terus sukses dalam meniti Alam Pekerjaan yang penuh dengan Pancawarna- warni bagai pelangi yang timbul selepas hujan & Cepat2 kumpul duit sebab nak kawin dengan Cik Leen... ;)))

Silalah layan gambar2 gediks kami di bawah...