Pages

Isnin, 25 Oktober 2010

Susu Ibu


Kadangkala motivasi aku down untuk fully-breastfeed si bamm bammm Rayyan. Tapi, Alhamdullilah papa sentiasa mengingatkan mama supaya jangan malas & ingat niat mama untuk fully-breastfeed Rayyan sejak Rayyan dalam perut lagi. Thanks Pa!!

Jika aku terasa malas, akan ku google info tentang kebaikan susu ibu vs susu lain. contohnya seperti di bawah ini!!

Antara kebaikan susu ibu berbanding dengan susu-susu lain di dunia ini;

1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

2) Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3) Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

4) Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

5) Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

6) Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.

7) Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.

8)Dan yang paling penting skali….dapat menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

Banyak lagi yang lain tapi 8 kebaikan ini pun telah cukup memadai untuk menaikkan semangat mama!!!

One more!!Rayyan sudah masuk 11 bulan...yeayyy yeayyy....selama itulah susu mama telah mengalir dalam badan Rayyan. Satu bulan saja lagi untuk Rayyan melangkah ke umur 1 tahun. Hope mama dapat fully-breastfeed Rayyan sehingga ke umur itu. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan mama...Go...Go Mama...

Rabu, 20 Oktober 2010

Main Bowling

semalam kami main bowling.

konon2nya sempena celebrate besday mama...mama janji dengan Ayah Long Rayyan..bebebornya saja nak pancing papa yang bz keja tu!!dah lama kami tak main bowling.

Kami main kat Bangi Superbowl Plaza 63,Taman Sg Besi. Oh ya!kat sini kalu lepas jam 10 malam (weekdays sahaja), harga untuk 3 games + kasut adalah RM11 sahaja.murah kan!!so, ramai2 dtg main kat cn. Lane pun byk ada dlm 32 lanes sbb ada 2 tingkat tau!

ni la gaya anak teruna mama. penjaga bola yang amat setia!!hahaha
banyak kali gak tangan tersepit masa bola tu kuar dari lobang itu!!



Buah hati pengarang jantung mama
Papa & Rayyan



Ayah Long a.k.a Nizar pun turut sama gilir2 jaga Rayyan yang tak reti dok senyap.



Tidak ketinggalan!! Rayyan dgn mama bamm bamm nya




& of course yg paling penting! mama menang di game yg terakhir!!!hahahha


Sampai rumah dah nak jam 1 pagi! Rayyan kita tidur ok!!esok kena bangun awal!!

ok !! uols nest time  kita main lagi ye..... ;)))

Selasa, 19 Oktober 2010

Mengajar Rayyan Mengenal Huruf

Sebaik-baik guru dimuka bumi adalah ibunya sendiri. Tiada siapa yang dapat menandingi keikhlasan hati seorang ibu dalam mendidik anaknya dengan sabar dan sempurna. Oleh itu, ambillah kesempatan ini dengan menjadi guru yang pertama bagi anak-anak kita sebelum mereka dihantar ke pre school/tadika dan seterusnya menempuh alam persekolahan.

Sabda Nabi Muhammad SAW, 'Memberi ilmu ketika masih kecilnya, laksana melukis di atas batu!' (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).


Harini aku ada terjumpa sebuah blog DarwishnDarwisya yang telah memberikan aku ilham untuk mencorak pembelajaran untuk si kenit Rayyan. Pemilik blog ini menceritakan pengalaman peribadinya dalam mendidik kedua-dua orang permata hatinya dari bayi hingga mereka boleh membaca dan menghafaz 30 juzuk al quran  pada seawal usia 3 tahun. Sungguh kagum dengan pencapaian anak-anaknya dan sekalung tahniah di atas usaha ibubapanya dalam mendidik anak-anaknya untuk menjadi insan yang hebat.

Rentetan daripada itu, aku terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk anak sulung ku ini. Dalam usia Rayyan yang kini telah mencapai 10 bulan, amat sesuai lah untuk aku mula mengajarnya menggunakan teknik dan alat bantuan pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankannya. Daripada pemerhatian aku, Rayyan amat suka mendengar orang mengaji, nasyid, azan dan tak ketinggalan orang menyanyi. Begitu khusyuk dan tawadduk tattala dia menonton channel Oasis 106. Tapi televisyen ini hanya akan  menanyangkannya apabila menghampiri waktu azan sahaja. Kesian pula tengok Rayyan yang seolah-olah tidak puas menontonnya. Dari situ aku dapat lihat bahawa televisyen merupakan satu mekanisme/alat yang menarik yang boleh membantu aku dalam mendidik Rayyan.

Sebagai pemulaan aku akan membeli beberapa alat bantuan pengajaran untuk Rayyan seperti di bawah ini:

1) Flash Card huruf Hijaiyah yang bertanda atas, bawah dan depan

2) Set buku dan dvd Al-Furqan yang boleh digunakan dari dia mengenal huruf sehingga boleh membaca

3)VCD Iqra'/Nashid/Doa dan lain-lain


4) VCD English/Brain development


Moga-moga Tuhan mempermudahkan perjuanganku untuk memberikan pendidikan awal yang terbaik bagi Rayyan. Semoga Rayyan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa di dunia iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arabic.

pstttt: Mama pun kena gigih mengingat kembali apa yg mama dah pelajari dulu terutamanya Arabic! dan  mama perlu masuk kelas vokal untuk berkaraoke Nasyid & Mengaji bersama-sama Rayyan.
oh ya!!!Papa.... Home Theater Satu!!! ; )))


Syukrun.till then ;))


Rayyan dengn buku abc nyer





Puzzle ABC 123 dia



Syok sepah main !!!

Khamis, 14 Oktober 2010

Thanks Papa

Harini papa balik dari out-station. flight dia tiba kat KLIA jam 4 ptg. Tepat jam 6 aku punch out dari ofiz dan  pecut pegi jemput Rayyan. Mana taknye teruja berul nak jumpa dgn papa. Rindu wei walaupun baru 3 hari je tak jumpa!!hehehhee.

Sampai rumah je papa buat muka terkezut!dia ambil Rayyan dari dukungan mama & terus masuk dalam bilik. Oh!rupa2nya papa tgh balut hadiah untuk mama!mama dah nampak lah...hehhehee. tapi mama masuk toilet dulu. perut memulas dari dlm keta lagi!! papa tak jadi balut so, letak je hadiah atas kabinet.

Cantiknya present yang papa bagi kat mama. Tak sia-sia papa out-station ke Sabah. Dapatlah mama set mutiara yaang cantik banget. dapat 4 set oooo...tq papa.I Luv U So Much

Papa gak beli makanan laut seperti Ketam,Sotong,Udang & Ikan Kerapu. Bau peti ais dah agak busuk sebab tak siang lagi!Papa kata kat sana harga murah. Ketam tu adalah dalam 15 ekor cuma RM10 je tau!Ikan Kerapu plak sekilo RM10.Wah memang berbaloi2 lah!. So, Lepas mandi& solat mama terus sinsing lengan pegi dapur! Best betul ! tak sabar aku nak mAkan.. Sambil siang sambil aku masak. So menu yang paling senang & cincai je adalah udang masak merah dan Ketam goreng.plus kailan ikan masin. Papa kata cukuplah. Lagipun dia letih sangat. bestnyerr dapat ratah ketam. tapi agak kureng la sebab Rayyan ganggu mama makan!!!hahahha. sian kat Rayyan.

Nyways Thanks Papa, Atas hadiah dan ucapan yang papa berikan pada mama.


Tak sabar mama nak menggayakan hadiah yang papa bagi ni ;))))

Selasa, 12 Oktober 2010

Happy Tua Ku

Harini 12 Oktober 2010...maka genaplah umurku 29 tahun. Tahun terakhir ku berumur 20-an. Tahun depan aku dah pegang title 30-an.oh tidak!!!!macam ku tak percaya makin lama umurku semakin meningkat. terlalu banyak lagi benda yang ingin aku capai dalam hidup ini. Oh Tuhan, berilah kesempatan untukku menggapai segala impian dan cita-cita yang ku idamkan. Berilah aku kesihatan yang baik dan akal yang cerdik supaya aku dapat merencana segala impianku untuk ku buktikan bahawa aku jua boleh berjaya seperti orang lain. Ya Allah!kau berilah aku kekuatan besempena dengan hari ulangtahun kelahiranku ini..Amin Ya Rabbul Alamin.

Kepada Arwah Mak, semoga Roh Mak ditempatkan dikalangan orang-oran yang beriman. Terima Kasih kerana telah melahirkanku. Walaupun mak telah pergi 18 tahun yang lalu, tetapi Norly sentiasa mengingati mak di mana jua Norly berada. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat mak di hati ni.

Kepada Abang, Thanks atas ucapan advanced dari abang malam tadi. Terima Kasih kerana mengingati Ulangtahun kelahiran Sayang. Sayang sedih abang tiada di sisi pada hari yang amat bersejarah ini. Tapi sayang tahu  abang out-station ke Sabah adalah atas tuntutan keja. Esok abang balik.Moga selamat perjalanan abang. Syukurlah Sayang ada Rayyan. Peneman setia mama. Tahun ini adalah tahun pertama mama menyambut hari jadi bersama Rayyan.

Kepada Teman2 dan Sanak Saudara yang telah menghantar sms dan ucapan melalui facebook, Sekalung Perhargaan atas ucapan dan doa kalian.Moga segala doa yang dititipkan kepadaku akan dimakbulkan olehNYA.

Tahun ni aku dah tiup lilin in advanced iaitu pada 10.10.10. seperti yang telah aku ceritakan semalam.  happening sungguh majlis santai makan-makan itu walaupun kami sambut dengan ala kadar sahaja. thanks again to all of you.muaahhhhhhhhhhhh



card from Ayah Long Rayyan. Thanks for the cute card! sebabnya muka insan2 kat dlm card ni yg cute.

pssst; bawak Rayyan bersiar2 exercise makan angin dulu kat rumah Tok Su. Papa g out-station, so ,mama boleh lah gerak lewat skit dari rumah Tok Su. Seronoknya tengok Rayyan ni yg bucuk tak mandi lagi ni....


Happy dapat berlari bebas kejar birds... dah letih, duduk rehat sat!

Abg Kimi, peneman setia Rayyan Geng buli Tok Su

Nakal nyer nak terkam kucing la plak!!



ok...dah puas main, sebelum kena paksa balik, mari lah kita sama-sama mendendangkan lagu Negaraku!


Hai Kawan-kawan

ni la mama Rayyan...Epy Besday mama !!!
(sory,pic tak rotate..hehhehe)

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10

Angka ini amat special bagi sebilangan orang yang mana menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan, pernikahan, kelahiran dan lain-lain lagi. lagi-lagi ianya jatuh pada hari Ahad. Bagi aku pula, pada tarikh tersebut, kami sekeluarga buat majlis sambutan hari jadi bagi semua famili aku yang lahir pada bulan Oktober. So, kami jadikan majlis ini sebagai 'Famili Oktober'. Antara warga Oktober selain aku yg of kos akan menyambut Hari Tua Day ku pada 12 Oktober (sama tarikh dgn anak buahku Adib), adalah Am (abg ku ke-6) pada 8 Oktober, Kak Farah (kak ipar ku) pada 10 Oktober, Siti (Adik Iparku) pada 25 Oktober, Ghani (Adikku) pada 30 Oktober, Anak2 buahku seperti Saiful, Izzati, .......Sory kalu ada yg tertinggal.ramai sgt!!huhuhu.

Sebenarnya, aku plan nak buat Majlis makan-makn kat rumah sewa ku. Tapi memandangkan rumah ku yang amat chumel itu dan Papa sedikit bz dengan keja & out-stationnya maka kami ubah  ke tempat yang paling strategik & sesuai iaitu tidak lain dan tidak bukan RUMAH PAK MANAP a.k.a rumah abahku tercinta yang terletak di Sijangkang Selangor. haaa barulah luas mata memandang!aku tak dapat bayangkanlah kalu buat kat rumah aku yg sekecik itu. aku rasa muat untuk Family Oktober tiup lilin je laaa...hahahhaha. tak pa nanti kalu aku dah ada rumah yang besar, akan ku panggil ke semua makhluk familiku yang besar itu datang ke rumah ku tu nanti..Amin..doa2kan lah..

ok.berbalik kepada majlis td. kami planning diadakan lepas Asar. semua adik beradikku ada kecuali Family Uda. Yayang oun xde sbb keja kat Thailad. Menu pada ptg tu simple aje Bihun goreng, Pecal (makcik teringin nak makan), BBQ seperti ayam & ikan & pelbagai dessert.

Aku just sponsor RM & Cake je. Tak tolong masak pun!!huhuhu. aku beli Ice-Cream cake & Ben 10 cake. maklumlah ahli jemaah ramai budak2. sure suka pada ice-cream itu. Majlis berterusan sampai lepas Maghrib. dalam jam 8 lebih kami minta beransur pulang sebab esok keja & papa nak pegi outstation ke Sabah selama 3 hari..huhuhu..sedih ar.....besday mama nanti papa takde!!

oklah itu saja coretan untuk 10.10.10. walaupun majlis ini simple tapi amat bermakna bagi ku sebab kami dapat adik beradik dapat berkumpul dan berborak bersama-sama. anak-anak pula dapat bermain dengan sepupu-sepunya. aku suka pada family ku yang besar ini. dengan adik beradikku yang berjumla 9 orang dan masing2 telah berkeluarga...aku mempunyai sejumlah 26 orang anak buah + Rayyan menjadi 27 orang cucu Pak Manap & akan bertambah dari tahun ke tahu. hehheee. SUngguh produktif kami semua..hahahhaa lalallaa. Semoga ikatan ukhuwah kekeluargaan kami ini akan berkekalan untuk selama-lamanya.Amin


Happy Birthday to me......


with beloved Papa & Rayyan



Para mommies tiup lilin. Aku diapit oleh Siti & Kak Farah
Kongsi besday di bulan yang sama


Tidak dilupakan Muhammad Adib yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku.
Tahun je lain2..hahahhaa

Rabu, 6 Oktober 2010

Rayyan Dah Pandai Berjalan

Semalam bersamaan dengan 5/10/2010, anak mama Muhammad Rayyan Ukasyah dengan rasminya telah pandai berjalan. Pengalaman baru ini amat mengujakan mama. Sebelum ni Rayyan dah melangkah setapak dua dan imbangkan badan tapi lepastu terus duduk. Berat bontot la orang tua2 kata. Tapi semalam dia jalan terkedek2…jauh gak tanpa jatuh!!Wah!!i am so impressed! Good Job la anak mama. Dalam usianya yang baru mencecah 10 bulan Rayyan dah pandai jalan. Lepas ni tunggu Rayyan berlari plak!Waduh!!!tak sabar2 la plak mama ni. Tunggu lah Rayyan expert  berjalan dulu.

Rayyan dah Graduated. Congratulations Rayyan!!!


happy sakan dia dapat jalan