Pages

Isnin, 21 Mac 2011

siHat dan Kuat


Salam bersiaran di pagi Isnin...

Last week kan hero mama demam. jadinya mama tersangatlah risau ngan dia. dua hari mama MC onbehalf Rayyan. Hari Jumaat mama datang gak keja sebab Rayyan dah sihat skit. Syukur Alhamdulillah. So, hari sabtu dapatlah mama pergi wedding ex-boss mama. mama & Rayyan je yang pergi dengan kawan mama. Papa tak dapat join sebab kena jadi pengadil jemputan untuk badminton games ex-office dia. Best dapat jumpa kawan-kawan lama. Bila kami sampai dewan kat Bukit Jelutong tu, pasangan pengantin sedang bersanding. jadinya tak dapatlah bising2 havoc ngan kengkawan. kenalah jaga protokol skit!!huhuhu..lagipun mama sorang yang kena handdle mamat sorang ni! makan pun tak dapat nak pulun sangat. kalau ada papa mama bolehlah makan melantak dengan hati yang gumbira...huhuu


 chumelkan pasangan mempelai ni. Congratulation to Mr Sharom & Wife. Finally mereka bersatu jua. dah lama diorang bercintun ni tau!!
Kawan mama yang pakai baju kurung putih tu. Mama tumpang Kak Ana ni la.  Husband & 2 orang anak dia pun ikut sama. Last Saturday mama makan lunch kat umah dia...sedapppp kak Ana masak. pas ni jemput la lagi kami lagi ye..huhuu

Oh ya! lepas baik demam semalam, harini Rayyan batuk+selesama la plak... kat dewan tu pun dia termuntahhhhhhh lepas makan buah tembikai & kerepek. Mama pun dengan muka selamba tukar je terus baju Rayyan. siannnnnnnnnnkan anak mama.

Balik sampai rumah dah nak jam 4 petang. papa pun balik 10 minit kemudian. ngam2 soi la kan..apepun best sangat dapat jumpa kawan-kawan lama yang majoritinya dah beranak-pinak....yeahhhhhahhhh (tak dapat bergambar ngan diaorg sbb masing2 balik sejurus pengantin abis bersanding.diaorang dah sampai awal). yang sama lambat ngan kitaorang cuba beberapa kerat je. sibuk cit-cat sampai lupa nak ambik gambar... ;-))

Selingan pics kanan: muka toya bangun pagi tadi!!!
tengah cari mood kena paksa p skul...
hahahahhaha

pstttttttttttt: semalam papa selesema..jangkitan virus daripada Rayyan. pagi ni mama pun selesema jugak!!!warrrrrrrrrrghhhhh....kepala jadi pening...hidung asyik meleleh aja..... mama jangkit daripada hero-hero mama....mood keja kedaung....mau saja mama balik tidoooo :-((

Khamis, 17 Mac 2011

Anakku Demam


pertamanya aku google info pasal DEMAM. senang kan bila kuasa jari dihujung keyboard. hanya taip & klik saja maka berjuta2 info berkenaan dengan demam akan kita perolehi.

serba sedikit pasal demam.....

DEMAM
Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Adakah keadaan ini serius?
Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.

Apakah tindakan pertama?
Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.

Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.
Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi.
Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye.
Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.


Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?
Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.

Bagaimanakah saya boleh membantu?
Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.
Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.
Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

     ~Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85~

Harini merupakan hari kedua Rayyan demam dan hari kedua lah mama terpaksa EL (best kan jadi fulltime mom). Pagi tadi mama ingat nak gak pegi kerja. mama dah siap mandi pun tapi bila tengok badan Rayyan masih panas mama tak sampai hati nak hantar dia ke rumah Tok Su. biarlah bila anak demam, mama sendiri yang jaga. baru puas hati mama. kalau pergi office pun, fikiran akan nun jauh melayang juga dok ingatkan Rayyan. Baik mama dok rumah je kan!

sian bila tengok anak demam kan....
Selera makan pun dah kurang. tak lalu makan sangat

Bagi main air...mmg feberet dia!!

 Petang bawak turun main kat playground...bagi mama exercise skit

Time demam ni apa je yg dia nak main kita layan kan je laaa

Pagi tadi check suhu 38.3c.setengah jam pastu check lagi jadi 39.3c. mama dah risau ni!nak p klinik tak de transport...kena tunggu papa balik keja. jadinya mama masuk ubat kat punggung dia. Alhamdulillah petang ni dah surut skit demam nya.
Moga anak mama akan sembuh dan kembali aktif seperti sediakala
be strong ye sayang....

kesudahan cite kami dating di Carpark

Ini lanjutan kisah dating kami. selepas usaha pomen itu gagal akibat kekangan masa yang dah dilimpahi kegelapan dan juga kekurangan barang mekanik maka kami secara jemaahnya dan sebolat suara menunda untuk selesaikan itu masalah kepada keesokan harinya... Oleh itu, kami berdua nak balik naik apa?macamana pulak ngan Rayyan!! masa itu jam telah menunjukkan angka 8 malam!!!

Papa kata kita balik naik train.mama ok ja...Rayyan????papa kata biar Apit (adik dia yang stay ngan kami) jemput Rayyan. Apit dah sampai rumah. Keta mama Apit pinjam buat masa ni sebab keta dia bagi pinjam kat tunaangnya sebab keta tunangnya kat bengkel sebab x-cident...berapa banyak kali sebab daaa..... asal  faham ini ayat sudaaaaa..full stop!!

ok...ok...jadinya kami naik lrt dari Titiwangsa terus ke stesen Sg Besi & Apit pick up kami. Dalam 15 min gitu dia sampai. Apit bgtau Rayyan demam. Toksu Rayyan kata baru je ptg td badan dia panas. aduhai anak mama...siannya kamu.Singgah ke farmasi beli koolfever. ubat demam ada lagi stok kat rumah.

ok back to kisah keta papa...kat entry lepas mama kata extension untuk buka rim kan. nampak sangat lah mama mmg buta hal-hal keta ni kan...huhuh. extension tu bebenornya allan key wheel nut lock tu la utk sport rim keta. konon2 allan key tu sbg protect utk avoid rim keta dari di curi orang tapinya kadangkala boleh menyusahkan orang la plak kan!papa kata pomen tu tadi pergi beli allan key baru beserta dengan wheel nut yg baru skali. sbb allan key tu dah rosak!!!sabo je la....pasal tayar gitu yang asalnya hanya bocor...papa dah kena spent rm100++.. sabo je laaaaa kan!


Alahai tayar....

Selasa, 15 Mac 2011

Dating di Carpark

di saat in mama sedang dating sama papa
tapi venue di Carpark tempat keja papa
sbb apa.....tayar keta papa mengalami kebocoran!
ala takat tayar bocor kan small matter je...mama pun bleh tukar apa!
tapi................
tapi kan papa guna sport rim
ketat pulak nak buka secara manual
nak tak nak papa kenalah panggil orang bengkel mai datang
mama pun datang gak opiz papa naik monorail
sambil nak tunggu pomen datang sempatlah kami lepak makan kat mamak bawah opiz
hari dah makin gelap
pomen datang tapi kan tak leh buat gak
dia kata extension utk buka rim tu salah
abis tu selama ni kami guna apa?guna extension tu lah gak!!!tensen kami!
pomen ni pun cari lah bengkel2 kat bawah opiz ni...sbb pomen ni dtg naik motor je
kelengkapan tak mencukupi
di saat ini dah nak jam 8 malam...
pomen dah naik turun 2 kali cari itu barang kat bengkel lain....
kami setia menanti
hope masalah ini akan selesai.
lupa naik inform...carpark ini berada di tingkat 6
memang mustahil nak turun ke bawah dengan tayar yang bocor ini...huhuhuuhu...

will be continue later....

miss my Rayyan. sory mama & papa jemput sayang lewat skit yaaaa

TBS

Baru-baru ni kami berkesempatan jalan-jalan cari makan di sini.
sebelum ni pandang dari rumah aja
lepas balik kerja hari tu, papa kata mama tak yah masak makan kat luar je
jadinya kami terus singgah ke sini

view dari rumah kami...Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Sekarang terminal ni dah fully operated untuk perjalanan ke Selatan
mcm nak ke Melaka, Johor,N9 n Singapore
Very sistematik dan mama sangat sukakan transformasi ini
tak payahlah bersesak2 mcm kat Hentian Puduraya tu!
TBS ni cantik mengalahkan LCCT tau!
Disebabkan tempat dah cantik,
orang yang datang sini pun nampaklah berprotokol skit.
xder ar selebet je. beg pun dah trend yang beroda tarik2 tu ja.
Keselamatan pun rasa terjamin
Staf nya pun berhemah & helpful

Suka tengok Information Board yang tunjukkan masa ketibaan &
berlepas tu
sebijik cam kat Airport
kalau nak turun ke platform tu pun, hanya penumpang aja dibenarkan.
Ada guard check tiket
Kedai2 pun banyak...KFC, kedai roti, kedai baju, kasut dan macam2 lagi lah
kalau Food Court dia pulak kena guna card. so, kita kena top-up la. card kena beli kat kaunter. tak boleh bayar cash. mudah bagi kita yang selalu ke sana tapi agar melecehkan bagi orang yang datang sekali sekala aja.. Mama try makan Sup Tulang...mmang sedap...highly recommended!! konon beli nasi nak bagi Rayyan makan tapi akhirnya mama yang balun sorang2...Rayyan excited nak main aja!!huhuhuu

kat food court pun ada tv yang display jadual perjalanan.
Announcement pun very clear minta penumpang turun ke platform.
Paling penting...mesin ATM pun ada tau!

Bila lah mama nak dapat naik bus ni!!flight byk kali laah.dah lama tak naik sejak kawen.
Mama teringin naik bus double decker tu!!hehehhehe

pendek kata Rayyan amat suka datang sini.
Kawasan luas untuk dia berlari ke sana-sini.
Parking belum berbayar lagi tapi rasanya dah nak kena bayar kot.
mesti mahal kan....

itu saja...Welcome tu TBS= dekat je ngan rumah sewa mama

Isnin, 14 Mac 2011

Virus Kayap (Herpes Zoster)

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.   ~more detail~
 
Pelbagai Jenis kayap...ada kayap melukut, kayap jagung & kayap ular. ada yg advice tak yah jumpa doctor seperti  Doc Malaya ni.
 
Aduhai napa mama cerita pasal kayap ni!  Al-kisahnya last two weeks, mama terkena virus kayap ni!!ala mama nak sebut herpes la ye. geli ar nak sebut kayap...hehhehe.
Masa kat office mama dah rasa lain macam. bila check ada bintik2 kat tepi perut mama & belakang pinggang. sakit menyucuk2 & terasa ada sesuatu berjalan kat dalam badan. time tu mama dah pening semacam macam nak pengsan pun ada! bila papa jemput balik keja, mama pun bagi tau lah kat papa. mama kata kena kurap tapi dia kata kayap. mama mcm ta percaya lagi. pa ajak pergi klinik tapi mama takmo. ala sakit biasa je malaslah nak jumpa doktor. Tapi papa tetap bawa mama pegi klinik. kuasa atas dia. dia yang drive keta kan...mama terpaksa lah follow gak. Kasih papa taknak virus terus merayap dalam badan mama. Thanks pa..
 
 
Doktor bagi ubat herpes. ubat makan tu kena makan 6 jam sekali selama seminggu. harga mahal gak sebiji dlm rm3. so kalu seminggu kena rm84, then ubat antibiotik rm15 dan ubat sapu rm 10. doktor kata virus ni akan merebak melalui urat saraf. maknanya kena makan ubat supaya tak merebak dan matikan virus tu!
Doktor bagi MC untuk keesokan harinya. kebetulan pula Tok Su Rayyan tak dpt jaga Rayyan hari tu sbb ada apoinment ngan doktor. so, mama dating berdua ja dengan Rayyan kat rumah.
Oh ya, Tok Su Rayan juga bawa mama berubat dengan seorang Pakcik ni. Mama kena bawa 3 batang jagung rebus dan perlu berubat selama 3 hari berturut2. Pakcik ni memang terkenal dengan kepakarannya menyembuhkan penyakit ini. mama pun try la. usaha gak cara tradisional kan. at least kita mencuba kaedah alternatif dan tak melupakan kaedah moden (doktor).
cara perubatan pakcik ni dengan membaca sesuatu pada jagung tersebut. selepas itu dia kunyah2 & sembur pada tempat yang terkena herpes tu. dia minta mama relax dalam 5 minit supaya air jagung tu meresap ke kulit. 3 hari mama datang ke rumah Pakcik tu.
 
Alhamdulillah dalam hari ke-7, herpes mama dah kering. ini merupakan pengalaman pertama mama terkena jangkitan ini. & mudah-mudahan ianya takkan berulang lagi. ~Amin
 
 
selingan~ sbb dapat MC kan... petang tu mama bawak Rayyan jalan-jalan pegi Taman Tasik Permaisuri.
Dia nak berdiri kat seat belakang. Akibatnya mama kena drive dengan ayu sekali dan kadang-kala terbabas juga mengakibatkan Rayyan tergolek dok!hahahhahha
 
banyak2 mainan kat situ dia amat tertarik dengan stereng ini ja! so layan kan je laaaaa
 
Kesimpulannya ~ Mama dah bebas daripada virus herpes tu...Alhamdulillah

memang tak dapat pisahkan dia dengan.......

Anak mama dah besar
Pejam celik 21 Mac ni dah masuk setahun 4 bulan
Dah faham bila mama & papa cakap dengan dia
Jawab pun dah pandai cuma guna bahasa dia je la
Kita pun buat faham2 je......huhuuhu
Sekarang ni pun dia dah pandai merajuk!
siap meniarap2 lagi tu
Nangisnya akan berterusan selagi takde orang yang datang pujuk
Camno ni Rayyan nak oiiiii...awak ni anak lelaki !
Orang lelaki harus kuat tau!jiwa harus kebal!
Lagi satu! benda ni pun memang sukar nak dipisahkan dengan dia
bak bait lagu...Jangan pisahkan....aku dan dia.....

taraaaaaaaaaaaaaa.................



Ayoyo Rayyan masih isap puting!!! Puting Mickey ni dapat masa Rayyan lahir. Uncle Murugesh bagi hamper. Masih kekal lagi puting ni walaupun bayak puting yang dah silih berganti sebab tercicir & hilang!!!
cerita pasal puting ni, ingatkan dulu just nak bagi time naik keta dengan dia ja. so kalau dia meragam tengah mama drive, bolehlah sumbatkan puting dalam mulut dia untuk meredakan keadaan. Tapinya ianya berlarutan hingga sekarang. Tambahan pula kat rumah babysitter, Tok Su pun bagi  puting gak kat Rayyan. Skul-Mate Rayyan Si Abg Kimi tu pun hisap puting gak. Jadinya...habit tu di bawa sehingga kini! Entah apalah syok nya hisap puting tu pun mama tak tau. Bila kita tarik ja dari mulut dia....dia akan merengek!!bila kita bagi lagi bukan main happy nye dia siap gelak2 pulak tu!puting Rayyan jenis yng leper tu (Japlo), kalu kita bagi terbalik pun dia pandai nak swing guna lidah dia.dah expert la orang kata!


Puting ni la yang acamkali hilang. nasib murah. 4 rengget ++ je.
color pink plak tu!!hehhehe
(kalau nak dia dok senyap time dlm keta sumbat je puting.
Automatik dia akan cool down & behave ja~ itulah benefit nya...)



Sekarang ni tengah usaha untuk dia bercerai dengan puting dia ni. Harap2lah berjaya!! papa pun dah perli2 mama.dulu kata tak mo anak hisap puting tapi skrg........ ermmmm sabo ek pa!mama tgh usaha la ni!

ABg Kimi & Rayyan
puting sama..color je lain2
(Abg Kimi dah dapat adik last week. Planning balik keja nnti nak pegi melawat bb.
Smlm baru sempat beli hadiah untuk bb boy)