Pages

Jumaat, 15 April 2011

bagus gak Giant dekat ngan rumah!

rumah sewa kami dekat dengan Giant Seri Petaling. tak lah jauh. tak sampai 2km. lalu short-cut naik bukit je. mula2 duduk rumah ni dulu ....kami tak tahu pun jalan short-cut naik bukit tu rupanya ada kehidupan kat atas tu...means ada banyak kedai...rumah2... stesen minyak. sampaikan satu kali tu masa pregnant, mama demam, so nak cari klinik panel mama yang mana salah satunya kat seri petaling...boleh pulak lah kami cari2 sampai sesat...last2 kena masuk KL pergi branch kat Chow kit!!padahal naik je atas bukit tu akan nampaklah klinik panel mama tu!!!sabo je la...nampak sangat kami tak ronda2 keliling rumah kami tu! patutlah bila jenguk tingkat dari atas rumah, banyak kenderaan lalu jalan tu walaupun ianya sempit dan berlekok-lekok. jalan walaupun tar tapi dah uzur sangat.
mama tau pun kat atas tu ada kehidupan lepas mama bersalin. minta adik ipar beli breakfast so dia naik lah atas bukit tu. bila dia bagitau ada kedai mapley, 99 speedmart dan mcm2 lagi lah...baru lah mama tau. time tu Giant tak buka lagi. Tahun lepas baru Giant buka.

Giant ni memudahkan mama nak beli barang keperluan dapur. lagipun kalau boring2 kat rumah dan kesian plak tengok mama Rayyan terperuk kat rumah jadinya mama bawak lah dia ke sini. dia suka main kat playground....terlonjak2 kegirangan dia dalam keta tau!!oh ya!kat cn pun ada panggung wayang. mama tak berkesempatan lagi nak nonton di sini.
masuk 2 ketul token!

macam lah pandai main game keta ni!

troli je besar tapi beli air kotak dutch lady tu aja!!hahaha
malas nak beli banyak2 sbb mama pegi berdua aja dgn Rayyan
malas nak hangkut keluar masuk keta&lif
lagipun hari sabtu no plastic bag pleaseee...

Hidup Sangat Happy Bila Tengok Anak Happy :-)))

Candle light dinner di malam jumaat~owwww

dah lama tak ber candle light dinner...
pernah ke....ermmm--pikir sat

sinonim nya malam jumaat dengan.....
ada perkara sunnah yang sunat dilakukan pada malam ini ~18sx
kalau kat opiz kalau nak balik awal mesti ada orang perli..
kalau hari biasa tu takde plak orang nak akata apa...

tapi kan.............sejak setahun yang lepas pada malam ini, papa akan turun gelanggang.....main badminton la...
Jadinya....
 mama tinggallah sama itu Rayyan
tak sukanya bila tv tu asyik putar cerita misteri & antu aja!
mama kenalah tengok cartoon sebab cartoon tak de antu. channel lain tu walaupun bukan cerita antu tapi bila iklan je macam2 promo antu keluar!!sabo je la... mama memang takut ngan cerita antu. cerita Hantu Mak Limah yang orang kata lawak tu pun mama takottttt sgt2!!!!camna tu!!

nak jadi kan crita...mama baru je selesai masak kat dapur tiba2 blackkkkkkkkk out. dengar si rayyan teriak cari mama. dia tengah main kat depan. mama pergilah dapatkan dia. berbekalkan ilmu kejuruteraan elektrik & elektronik yang mama miliki masa belajar kat Sekolah Teknik dulu....chewahhhh...mama pun panjatlah kerusi tengok itu box letrik tu. dapatlah naikkan suis tu...makanya teranglah rumah mama...hebatkan!!!hahaha...padahal orang lain pun semua tau... ;-)

tapikan lega hanya seketika aja...sebabnya ianya tendang untuk kali kedua....mama cool lagi...try buat lagi...lampu boleh menyala.....fuh!!!! lega..... tapi.... dia tendang lagi!!!! dan bila naikkan suis tu, dia dah tak mo naik....maka nya kami bergelap............ waktu tu baru kol 8.30mlm. papa pun baru je setengah jam pergi. sian pulak kena call dia bgtau. gelabah sekejap papa Rayyan sebab kami tinggal berdua aja. then papa kata dia call dulu owner rumah. sementara tunggu rescue sampai...mama pun candle light dinner la dengan pakwe mama ni. sian dia...dah ready dok kat kerusi tiba2 lampu mati la plak!!! huhuuhu

tak pakai baju!!dok sibuk nak pegang lilin

makan beehun dlm kegelapan

nasib rumah kecik ja.so, takdelah scary sangat

 adalah kami bergelap dalam satu jam lebih. bila cucu Pak Aji (owner rumah) tu tukar fius barulah rumah kami bersinar kembali. oh ya!secara tak langsung kami menyokong kempen earth hour kan...kan..... iyolah tu....


mErAjuk....

kalau merajuk mesti ada sebab kan?
tapi....walau apa sebab sekali pun pasti kita nak orang pujuk kan?
mama ingat waktu kecik2 dulu bila ada orang kacau or main gaduh2 ngan mama mesti mama menangis dan apa lagi merajuk arrr dengan orang itu. kalau gaduh waktu pagi alamat nya merajuk muncung yang panjang macam bangau tu berlarutan sehingga la menjelang malam
sebab nya......
mama nak tunggu abah mama balik kerja. padahal nangis tu dah stop lama tapi bila abah balik bolehlah pulak tu sambung nangis....berlakon sungguh kan!!!huhuhu
bila abah tanya...mama pun report la segala kejadian....abah kata nanti abah pukul orang yang buat tu ye....hah!sambil mulut abah bising2 cari rotan dan konon2 nak rotan orang yang menyebabkan mama menangis.bila dah abis ngadu baru mama puas hati!!!
ala cerita tu lebih 20 tahun yang lampau. poyo je kn.... mama rasa semua orang camtu. nak minta perhatian dan simpati orang!!

tapi.....sekarang ni....berjangkit kat itu budak la plak!!!!
dah pandai merajuk!!!!!!!!!! nak kena ada orang pujuk!!!!!!. kalau merajuk tu dia akan menyorok kat dapur lah!dalam bilik lah!!! nangis beria-ria sampai kena ada orang datang pujuk dia!!!sabo je laaaaa
sebelum ni sampai la sekarang sibuk je kita nak menyapu dia pun sibuk nak buat sama gak! sekarang ni tambah peel baru plak!bila mama nak men laundry dia pun sibuk dan tolong. dah lah space sempit, cukup2 je untuk mama yang gedebab ni!!!dia pulak nak mencelah. bila dah marah tu...merajuk la kerjanya!!!!


Rayyan merajuk ngan mama
 
beria-ria menangis sampai tertonggeng-tonggeng!!
 
baring pal...dah 10 min....mama buat dono je..hahahhaa

last dah letiH nanges.
puting & bantal bucuk jadi penawar duka..susu takmo!

see...merajuk sampai tertido itu budak!!!

epy...ala pas bangun tido...lupe dah yg dia merajuk sama mama

mama buli saya
saya nak tolong mama basuh baju pun mama marah
bila besar nanti jangan pulak marah saya kalau saya takmo tolong mama tau!!
iye la tu.........


***pssstt: time ni, papa tak de kat rumah. kalau ada tak de chance la mama buli Rayyan...huhuhu
nnti upload plak video time dia mengamuk tu. bila tunjuk balik kat dia, pandai plak dia gelakkan diri sendiri... aiseymennn

Baru nak testing?ketinggalan zaman betul lah!

baru nak testing guna hp bb
dari tahun lepas lagi dah guna bb
company bagi
tapi tak pernah update blog guna bb
just review walk blog je
rupanya senang je kannnnn
after ni, boleh lah slalu update blog
tiap hari asyik ziarah blog orang je
blog sendiri berabuk!!! huhuhuu

nyways,
nnti nak story pasal putera kesayangan mama
yang dah nak masuk setahun 5 bulan.
sat je masa berlalu
setiap detik amat berharga dan tak boleh dikembalikan semula
oleh itu, mama akan hargai masa semaksimum yang mungkin bersama dengan insan-insan yang mama cintai ;-))

Isnin, 11 April 2011

Testing

Kayuh!!kayuh laju-lajuuuu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 6 April 2011

anakku Demam lagi....

Rasanya baru ja Rayyan baik demam . masa kat kedah lagi tengok dia asyik batuk2 ja. hari isnin dia dah start muntah. apa yang dia makan akan dimuntahkan balik. mama noticed that dia nak batuk & nak buang kahak tapi tak pandai nak kawal lagi. jadinya dia akan termuntah lah!

dalam bus masa nak balik ke KL pun dia dah tak sedap badan. tido pun tak lena. mama risau gak nak bagi susu takut dia termuntah. bila berenti kat RnR, dia termuntah. time tukar baju tengok ruam timbul kat badan dia. mama risau kalau itu demam campak!! suhu badan pun teramat panas.

sampai rumah mama terus check suhu dia. 39.4c. tinggi sgt tu!!so,mama bagi ubat punggung. then dia lena. terjaga ja mama sumbat susu yang telah dicampur ngan ubat. mungkin lali dengan ubat2 tu dia lena sampai ke pukul 3 petang. walaupun time tu badan dah tak berapa panas, mama tetap bawa p klinik juga.

Doktor said, Rayyan banyak kahak & ruam kat badan dia tu bukan campak (risau la kalau kena campak kan!) tapi adalah sebab alergic. maybe ada makanan yang Rayyan makan sebelum ni yang menyebabkan alergic. so, Rayyan kena avoid dari makan buar anggur, telur air ribena (Doktor ni macam tau2 ja sbb smlm memamg Rayyan makan semua yang telah disebutkan nya itu!). Rayyan agak badmood spjg dlm klinik. meronta2 nak keluar. nasib baik patients tak ramai. Seperti biasa Doktor akan bagi ubat sebagai hadiah untuk Rayyan :-)) Susah banget budak ini mau makan obat! mama dengan hati keringnya akan biarkan dia melalak sepanjang sesi bagi ubat. bukan apa untuk keaikan dia gak kan! Hope Rayyan akan kembali sihat. Go go Chaiyok Hero mama cayang....

Jakunnya aku!!! naik dOuBle DecKeR Bus :))

Sapa2 yang tak pernah naik bus double decker...Sila angkat kaki???huhuhu
Aku boleh lah nak berlagak ngan sapa2 yang tak pernah naik bus DD ni.

nak jadikan cerita, kami plan nak balik kg. tapi short trip ja. ambil cuti hanya hari Isnin. makanya ada 3 hari dan 3 orang ja yang mahu pulang itu kampung di Kepala Batas, Kedah Darul Amna. jadinya mama mencadangkan naik bus dapat save duit...padahal mama teringin nak naik bus!!hahhaaa. ye lah mama tak pernah naik bus DD tau! bukan takat bus DD, bus express pun mama tak pernah naik selepas kawin ngan papa. apatah lagi bila dah dapat Rayyan Ukasyah. Bila cadangan mama ini diterima pakai alangkah seronoknya hati ini.

Dalam bus...
& of coz ngan Tok Wan yang berwajah ceria...cucu ku pulang!!
Oh ya!!camna plak ngan Rayyan. perjalanan agak panjang dalam 6 jam. adakah Rayyan boleh dok senyap dalam bus??agak merisaukan juga pada mulanya. Maklumlah Rayyan tak pernah naik bus. Kapal terbang dia dah naik seawal usianya 2 minggu! so that, ni kira experimen untuk nya juga.kalau success maka, mama ada chance nak naik bus lagi!! tak payahlah mama nak bersengkang mata jadi co-pilot kalau balik naik keta!naik bus.... bukan takat mama...papa pun dapat tidur dengan lenanya. lagipun bus skrg banyak pilihan. nak p Kedah ja ada bus Jelita, Pancaran Matahai, Cosmic dan macam-macam lagi la dan yang terbaru Intercity. semua cantik2 & selesa mengalahkan dalam flight. aduhai nak cerita pasal Rayyan terbabas la pulak cerita pasal lain!! masa nak balik malam tu kami naik bus Cosmic. bus jam 10.30 malam tapi jam 11 malam baru nampak batang idung! rayyan dah merengek kepenatan! tapi kan bila masuk bus je tak sampai 10 minit Rayyan dah tertidur.wah gud boboy sungguh!!dia hanya terjaga bila dah sampai Shahab Perdana nak turunkan penumpang. time bus berenti makan & kencing pun dia tak terjaga. kami pun malas nak turun bus sbb duduk tingkat atas. kami minta bus berenti kat Kepala Batas. so , jalan kaki ja ke rumah Tok Wan. Time tu jam dah 5.30 pagi. tengok2 Restoran Tok an dah menyala lampu. rupanya Tok Wan dah ada kat kedai. kemas apa2 yang patut sebelum pergi Masjid. (waktu pagi Toks Rayyan meniaga Roti Canai). Alangkah terkezut Tok Wan bila tengok Rayyan balik!!! Yahoooooo...
Then bila balik rumah, Tok Mah pulak terkejut Rayyan balik!!yabedabedoooooo....
Tiga hari di sana, kami just banyak lepak kat rumah & Restoran Tok aja. nak makan apa Order aja...sedappppppp....
kat Restoran Tok Wan!masuk ja Rayyan akan buka chiller minta air kotak!
then pandai plak ambik hati Tok Wan...asyik ke kedai sblh je la beli cekelat!

Dalam keta nak duk sendiri kat belakag tapi berdiri ja sepanjang masa!!
layan kan je laaaa

Jalan2 gak ke kedai Tok Lang Rayayn ket Pekan Rabu. Tok Lang belanja Ais kacang & Moi!
abis satu mangkuk moi Rayyan kerjakan. sedappp sgt!!
Isnin malam kami dah balik KL. naik bus Pancaran Matahai plak. kali ni ambil seat bawah. orang tak ramai sebab weekday. Rayyan tak berapa lena sangat sebab badan tak sihat. Cuaca kat Kedah tgh panas. Time berenti kat RnR pun rayyan termuntah. perut tak sedap..jadinya dalam bus mama kena banyak berjaga2 takut termuntah. Syukur sampai gak KL. Sampai rumah jam 6 lebih. papa terus siap2 nak pergi kerja. mama pulak decided ambil EL sbb Rayyan tak sihat. sambung tido.....bleh gitu...hehehehe


Babai Tok Wan....babai Tok Mah....

Sekian


Count down...Pak Lang's Wedding

Pejam celik dah tinggal almost sebulan ja lagi Pak Lang Rayyan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Leen. Pak Lang duduk dengan kami. secara tak langsung, kami turut sibuk dengan persediaan perkahwinannya. Tambahan pula papa Rayyan seperti biasa la akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai event manager for this wedding. Sebelum ni pun time Pak Long Rayyan dan juga dirinya sendiri kawin dia lah yang jadi event manager. Pak Lang akan bernikah pada 7th May 2011, pada belah malam pula Majlis berinai dan keesokan harinya pula majlis persandingan. ketiga-tiga majlis akan dia dakan di rumah pengantin perempuan di Seremban.

Majlis untuk belah kami pula akan diadakan minggu berikutnya iaitu pada 14th May 2011. Boleh dikatakan semua persiapan almost selesai. sekarang ni kat rumah kami sedang sibuk paking kerepek & kacang untuk doorgift tetamu kampung. Rumah Tok Wan Rayyan pun nak berubah imej. Rumah tengah cat. Kain langsir pun dah siap beli. Kami beli kain langsir & tempah sekali kat Nilai. mudah cerita kan! Tema majlis di kedah adalah hijau watermelon. Baju mama & papa dah dapat. tinggal baju Rayyan aja. Baju untuk majlis kat Seremban pun dah beli( untuk mama je!). baju hero2 mama tengah servey lagi...tak dapat cari yang berkenan dikalbu.

Pak Lang Rayyan dah dapat cari rumah sewa di Kerinci. dekat la skit mereka berdua mahu ke kantor! nampak gayanya pas ni Rayyan dah tak de geng nak ngadu dan bermanja kalau mama marah nanti!!huhuhuhu

Mama yang terlebih excited nak tunggu this wedding. Maklumlah kesemua sembilan adik beradik mama dah berkahwin jadinya tumpang gembira sebelah ipar duai la plak!!kan..kan..
waktu bertunang 26th June 2010.
Most welcome!!  Rose Hyzleen to our family...
be a Mak Ngah to naugty boy's Rayyan Ukasyah
& Kak Farah & Kak Sarah too :))