Pages

Isnin, 24 Januari 2011

Our 2nd years anniversary

1st anniversary


Tanggal 24th January 2009, kami selamat diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sah. Syukur Alhamdullilah Allah menentukan jodoh kami untuk hidup bersama. Dan pada tahun in genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami.


           Syg ingat lagi pada tarikh 5 Julai 2008, abg sms syg tanya khabar…time tu abg kata abg tengah basuh kereta kat rumah abg Di di Dengkil. Abg tak join diorg pergi jalan-jalan. Abg kat umah aja dengan Abah. Tapi kan…lepas tu agak lain macam pulak sms abg…tak seperti biasa….
          Ya Allah!!. Abg propose ajak syg kawin! Ingatkan abg ajak main-main. Mana taknyer bercouple pun tidak. Keluar sama-sama pun jarang sekali. Ini terus nak ajak kawin!!Biar betul!!Tapi kan abg kata hal nak kawin ni mana boleh buat main-main. Abg kata abg dah bersedia untuk berumahtangga. Syg pun terkedu…..tak tau nak jawab apa.Ermmm… adalah dalam dua jam gitu syg tak reply sms abg. Bergetar satu badan nak pikir….abg pun siap sms tanya nape syg senyap..ye lah bang oii!!!hal ni berat tau!nak tentukan hidup masa depan.dari hidup sorang nak jadi hidup berdua lepas tu bertiga dan seterusnya..Akan 100% mengubah kehidupan sekarang….syg mcm terasa diawang-awangan aja..
               Finally….syg dengan seikhlas hati menerima lamaran abg…pewitttttttt…mesti lah terima kan…dah nya memang dari dulu lagi hati ini khas untuk abg sorang aje. Dah lama syg admire abg tau!(alamak terpecah rahsiaku!!huhuhu)…Kita kenal each other since year 1999. Kiranya 10 tahun la usia perkenalan kita. Tapi takat kenal gitu2 aja. But honourly kali pertama syg nampak abg kat kolej masa MHS, syg ada rasa lain macam skit…tiap kali jumpa abg akan bergetarlah hati ini jadi tak keruan.Cuti semester yang pertama skli tu kita kolej ada buat trip ke Kelantan & KL. Syg join..abg pun sama.. Syg masih ingat sbb syg asyik perhatikan abg je…tak taulah abg ingat lagi tak!!huhuhu =) Sebab tu la sejak dari trip tu syg banyak mengelak dari abg tapi nak buat camna kan makin nak mengelak makin banyak la pulak aktiviti kolej kita sama-sama join!. Dah jodoh kan…hehehhehe
             Back tu day abg propose syg…malam tu cousin sebelah rumah ajak syg join diaorang pergi Genting Highland pagi esoknya. Syg pun join mereka sebab kat sana dpt menghilangkan keperanjatan diri ini selepas menerima lamaran abg itu!!...Semua games syg main. Sebab masih tak percaya akan kejadian yang telah berlaku ini…..Akhirnya syg bersedia untuk menerima segala-galanya dan percaya bahawa jodoh syg adalah bersama abg. Bahawasanya Allah telah menetapkan takdir ke atas setiap makhluknya.
            Sebulan kemudian, abg bawa family masuk meminang dan setuju akan langsungkan majlis sebelum Abg Di & family bertolak ke New Zealand bulan Febuari tahun depan. Kiranya tak sampai pun lima bulan kita perlu buat segala preparation untuk kahwin. Semuanya berjalan dengan lancar sebab seperti yang semua orang pun sedia maklum, abang merupakan event manager yang paling cekap dan pantas. Segala-galanya tersusun dan on-time. Walaupun masing-masing sibuk bekerja tetapi kita tetap sama-sama bahagikan masa untuk memastikan Majlis tersebut berlangsung seperti yang diharapkan. Alhamdullilah pada petang 24 Januari 2009 kita selamat menajdi sepasang suami isteri. Keesokan harinya pula, Majlis persandingan di rumah syg dan Majlis bertandang di kampung abg pula menyusul seminggu selepas itu. Momen ini amat terindah dan tidak akan dilupakan oleh syg sampai bila2.


Hidup bersama abg memang perkara yang amat membahagiakan syg. Abg seorang suami yang tabah dan sabar melayan karenah syg…..Syg amat gembira dan bertambah gembira lagi dengan lahirnya permata hati kita Muhammad Rayyan Ukasyah tepat jam 5.37 petang pada 21 November 2009. Alhamdulillah Allah memberikan zuriat sebagai pengikat kasih sayang kita bersama . Bukti cinta Syg kepada Abg. Moga anak kita menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Abang, bukan wang ringgit dan kekayaan harta benda yang Sayang inginkan
Cukuplah sekadar kasih sayang dan perhatian daripada mu
Mungkin diri ni bukan seorang isteri yang sempurna buat mu
Tapi berilah masa untuk diri ni berusaha menjadi isteri terhebat buat mu
Hanya satu permintaan ku…
Semoga perkahwinan kita kekal buat selamanya
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 2 TAHUN
Perjalanan kita masih jauh
Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga….
I Love You So Much
Thanks to being my Husband and Papa to Rayyan


Ku ingin genggam tanganmu selamanya....


~ The End~








Kuning itu Kepunyaanmu...

Kuning warna di Raja
Kuning lambang Kekayaan...iyeke!!
Sebab itulah kami pilih warna kuning
untuk kereta baru kami Rayyan

Taraaaaaaaaa.....

Ini ker?mula-mula memang mama nak belikan yg ini. yang penting keta ada stereng.
Rayyan kan giler stereng!!!tapi papa kata Rayyan dah besar. mana sesuayyy..

Yang ini ker? erm....bukan jugak! ini kuda la mama!!
Rayyan pandang pun idak!! ooo pandai memilih nampak!


Yang ini Ka? ophhh...bukan lagi..ini color merah.
Papa kata kecik!alang-alang dah nak beli biaq terus besaq!
sesuai ngan Rayyan yang bamm bamm itu!




*
*
*




Ini la Rayyan punya.......model ini tinggal sebijik aja..
color lain udah abis! approved by Papa yang tukang cop duit!

Start enjin dulu...pandai pulak tu cucuk kunci.
tak payah  nak di ajor!

                                        amboi!!jeling orang yang lalu lalang  usha kereta dia..


Balik rumah je...pas bermandi-manda...dia pun main keta daaaa. mama yang jadi tukang control asyik langgar sofa & dinding aja!!huhuuu.dah nya rumah kami kan chumel macam tuannya!kekekekkeehhh



oh ya! kami gak beli kan sebuah scooter untuk dihadiahkan pada sepupu Rayyan yang menyambut besday nya yang ke-2 pada 21 Januari, dia tua 10 bulan dari Rayyan. Muhammad Qkhal Farhat ni lahir 3 hari sebelum Papa&Mama Rayyan nikah. Jadi nya mama dia tak dapat join wedding Papa& Mama Rayyan... Abg Qkhal lahir pra-matang.dlm sebulan gak lah duduk dlm inkubator. Alhamdulillah sekarang dia membesar dengan sihat. oh ya!Insyallah Abg Qkhal akan jadi big bro bulan Jun ini... ;-))


Amboi!!si Rayyan ni yang lebih-lebih plak! scooter ni tak de remote control.
jadi nya, kena bawak sendiri.budak bamm bamm tu tak padan dengan keciknya.
ada pulak dia suruh abag Qkhal tolong tolak!sabor je laa..


Ok Rayyan... kena ucap thanks pada papa tau. Moga Rayyan jadi anak yang bijak dan soleh..Amin.

** keta Rayyan tak muat masuk bonet keta papa. macamana nak bawak balik Kg Tok Wan ni!huhhu...

Jumaat, 14 Januari 2011

Nak beli kereta baru


Sekarang ni kami tengah usha nak beli kereta baru
last week adalah dua tempat kami pergi servey kat KL ni
tapi kami tak nak lah 'close deal" dulu
kena lah cari sampai puas hati dan RM$ nya berbaloi!
sebagai pembeli yang berhemah lagi bijak sbb kedekut duit
maka pencarian masih diteruskan....

Sebelum beli kami kena pikir jugak
sekarang dah ada dua biji transport waja,kembara
bila tambah satu lagi ....ermmm
2+1=3
dah de 3, jadinya masalah utama kami adalah parking!!
di mana mau parking keta itu!
spacing very2 limited!
tapi memandangkan kamu sudah minat...
maka kami akan memenuhi whist list pertama untuk tahun ini....


*
*
*
*
*
*
taraaaaaaaaaa.....

*
*
*
*
*
*
*
Kid's Electric Ride On Car


comey kan......
yang ni pun comey....bila Rayyan drive mesti ramai awekss nak tackle!!!
kuikuikuiiiii

alamak!!!ni keta kawan Rayyan...Rayyan nye blom ada la...
tak jumpa kedai lagi!!! huhuhu


nasib malang 2 biji transport ini
Tuan empunya bakal memiliki aweks no. 3

penuh la rumah kalu tambah lagi satu ni!!
dah lah rumah kami comei loteee


Tapi demi Muhammad Rayyan Ukasyah
Mama & Papa akan belikan
Hadiah dari kami sempena 2nd years Anniversary
Papa & Mama pada 24 Januari 2011  dah dekat ni...
~ ermmm Rayyan plak yg dpt hadiah ye ~

pstt: Rayyan memang suka sgt dengan stereng. Kalau pergi Mall mesti bagi dia main keta yang masukkan duit tu. dapat main sat aje. dia tak puas. kalau naik keta kami pun, dia nangis2 tak mau lepaskan stereng keta. camna papa  @ mama nak drive syg oiiii...ok pas ni bila dah dapat keta jangan nak nauty2 tau! ;-))

last week dah usha kat chow kit. esok nak p servey tempat lain plak






Khamis, 13 Januari 2011

080111-080181 ~ 30 tahun sudaaaaa......



Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran
Semoga PAPA dipanjangkan umur,
Dilimpahkan rezeki
Dipermudahkan segala urusan
Berjaya dalam kerjaya dan kehidupan
serta di berkati oleh NYA di dunia dan di akhirat.


Tanggal 08 Januari 2011, genaplah umur papa 30 tahun. Telah masuk 3 exclusive series. Pada malam besday papa tiba-tiba tak sihat badan. lepas dinner, papa dah masuk bilik nak tidur tapi mama terkezut tegok papa muntah.perut papa pun sakit memulas. itulah kata orang nak beralih angka dari umur 20-an ke umur 30-an. Alhamdulillah keesokan harinya papa dah sihat sikit cuma tiada selera makan. Rayyan pula still lemah lagi. Asyik lena aja.

Walaupun kedua-dua Hero mama tak sihat, tapi kami tetap memenuhi undangan majlis pada hari tersebut. Jam 11.30 pagi kami ke majlis kenduri kesyukuran anak Tuan rumah yang kami menyewa sekarang. Rumah Pak Aji ni dekat je satu kampung dengan kami. Selepas selesai MaKAn....kami berdezoom pula pegi ke Slim River.Staf papa kawen. Papa gagahkan juga diri drive tapi dah suruh mama stanby kalau dia tak larat mama pulak kena takeover bawak keta. mama wokey aja!

Bila sampai KL kami singgak rumah Tok Su Rayyyan. Depa dah balik dari Sarawak. Dah dua minggu Rayyan tak jumpa Tok Su. Entah2 Rayyan demam windu kot!!!Seronok dia bila dapat jumpa Tok Su.... hehhehee..dalam sejam lepak sana kami pulang ke ganggang!

Nak bersiap untuk Dinner malam ni pulak.nak celebrate besday papa! Mama dah planning dengan Ayah Long Rayyan semalam. Mula-mula papa suruh je cancell sebab dia takde selera makan. tapi lastly dia setuju sebab kalau postpone tak tau pula nak buat bila lagi!tau pun...papa busy sangat!.

malam tu kami pegi jemput Ayah Long dan menuju ke destinasi kami di Bukit Ampang...Taraaaa.....
Kami ke Haven Restaurant~ look out point KL city view. Cantik sungguh pemandangan di sini.

Tengah tunggu makanan sampai tiba-tiba lampu terpadam.....lagu besday berkumandang. semua waitress datang menuju ke meja kami sambil membawa kek!suprise utk papa!!!!!!!malu2 kucing papa waktu tu..terkezut dengan kejutan yang di rancang oleh Ayah Long.... customer lain pun turut bangun & nyanyi lagu besday sama-sama..thanks uollsssss. papa happy sangat2.


muka papa yang tengah terkezut!! :-))


 Besday BOY...

 Big & Small Hero...

 ~three of us~
mama tolong tiupkan lilin sebab bayak sangat!huhuuh


~Best Friend Forever~
Papa with Ayah Long

 Rayyan tido. baru lepas muntah....


 mama apa lagi kerjanya...makan......
mix combo mcm2 ada..


 Boys


welcome!!

Pemandangan Indah di waktu malam

pstttttttttt: Hadiah besday papa still pending lagi ye. Kumpul banyak2 nanti mama nak bagi present yang paling special pada papa. :-))

Dua Hari Selepas Kejadian itu....


Dua hari lepas Rayyan jatuh, iaitu pada hari Rabu malam Rayyan tak sihat....asyik muntah + cirit  ! risau tak???tentulah aku risau sangat-sangat. aku risau ianya kesan dari rasa terJatuh tempohari. Malam tu dia tidur tak lena. tengah tido pun boleh termuntah & cirit. Pagi esoknya aku dah teragak-agak nak pergi kerja or tak...kesian dengan keadaan Rayyan. Aku telefon boss tak dapat masuk ofiz harini. Stanby kat rumah aja. kalau ada urgent task let me know. Aku bawa Rayyan pegi klinik. Doktor said takde apa lah mungkin tersalah makan or susu tak serasi dengan dia. Ianya bukan kesan daripada jatuh. Doktor kata biasalah anak pertama, bila dah dua tiga nanti mesti biasa punya. boleh plak dia kata macam itu! aku ada google kat internet, ada sorang doktor tu kata kalau kanak-kanak di bawah 2 tahun terjatuh daripada tempat tinggi perlu ambil serius dengannya. sebab kepala baby tak kuat dan lembut. kena buat CT Scan. tapi bila doktor klinik ni kata usah risau aku pun dengan keterpaksaan relanya menerima apa yang diperkatakannya itu. Dia bagi ubat angin,muntah,sakit perut dan ubat cirit.

Hari tu aja setiap jam Rayyan akan muntah dan cirit. Dia tak mau makan apa-apa pun. bagi susu pun dia muntah!!Bagi ubat pun munta!!Badan dia terlalu lemah. Asyik baring & tidur ajaaa.. bagi direct breastfeed. Aku mesti kena ada sebelah  dia kalau tidak dia akan merengek....

Keadaan berlanjutan sehingga seminggu.. oh ya! pada besday papa (8 January 2011- entry lain akan dibuat) Rayyan still tak sihat. Added by papa pun tak sihat!Malam besday tu papa pun turut muntah2 & cirit-birit.  papa kata kalau umur nak bertukar angka memang akan demam.iye ker???tengoklah aku bulan Oktober nanti!!!huhuuu. So, pada malam itu, kiri kanan aku adalah pesakit yang memerlukan perhatian...chewah!!!! I'm be a Iron Lady!! bagi makan ubat pun muntah!!!bilik kami dah bau masam. Asyik bertukar ganti cadar saja!last2 papa kata tak payah pasang cadar dulu!tidur alas kain batik aja!!huhuhuu

Bila Rayyan tak sihat ini aku cari lah orang-orang lama yang dah berpengalaman dalam mengendalikan anak-anak tak sihat ini. Mula-mula aku call kakak aku. Petua dia bagi Rayyan minum banyak-banyak air masak+gula skit (sugar as energy) or bagi air glukose.Tanya kakak ipar aku pulak dia kata pun benda yang sama. Dia kata budak2 time umur setahun ni dia nak buang lemak (means nak ringankan badan). Mungkin dia nak pandai bercakap ke ...so, pendek kata dia kata janganlah risau sangat. Bila dah cakap dengan diaorang ringan skit otak aku ni...

Harini Alhamdullilah, Rayyan dah tak cirit time tidur. Muntah pun dah tak. Malam tadi dia makan banyak. Dia dah rindu kot nak duduk makan sendiri kat baby chair dia tu. mula2 join aku makan. dia makan bubur. bila aku dah siap makan dia join plak Pak Lang dia makan mee sup. makan comot teramat sangat tapi kami gembira dengan perkembangan positif dia tu. Go...go...Rayyan...Kembalikan ke bamm bamm mu seperi dulu. Baru comey & puas mama nak cubit pipi Rayyan nanti :-)) kiranya Rayyan tak sihat selama 6 hari.


Time ni agak panas gak badan dia


Kat umah Kakak (maid dia tolong jagakan Rayyan coz Tok Su Rayyan balik Kg Sarawak).
baru mandikan dia sbb dia berak daaa. Still nampak tak larat lagi kan...


Dalam kete...suruh buat senyum....tayang gigi dia la!!!
nampak macam sihat kan...


kat klinik sempat lagi laaa nak nenen mama. Syukur aku masih ada susu lagi.
sepanjang Rayyan tak sihat ni memang dia kuat minum nenen sebab tak mo mamam yang lain! 


weekend, bagi chance dia main air. tapi air hangatla.
dah lama berendam tu aku check tengok air dah bertukar color kuning!
maknanya....Rayyan sudah ter be**k dalam air itu!!!huhuhuu
so, time up Rayyan!
pststtttt: dia rajin gosok gigi tau!! gigi 6 batang aja!!


mama nak pergi work ye sayang..... Rayyan makan ubat tau!
sedey tiap kali dengar dia menangis tatkala mama nak pegi kerja..
petang nanti mama jemput sayang ye...

Isnin, 10 Januari 2011

jAtuH

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun lebih cenderung untuk sedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka. Jatuh boleh berlaku di mana sahaja.

i.Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :

a.Perabot
b.Tangga
c.Beranda
d.'Walker' baby

ii.Di kawasan luar rumah. Contohnya :

a.Di padang permainan.
b.Semasa menggunakan alat-alat permainan.


Kecederaan akibat jatuh

Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti kecederaan :

■Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
■Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
■Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
■Organ dalaman.

Kesan Serius Akibat Jatuh

Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan pertumbuhan terbantut. Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan

Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.

■Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat air penahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan kawasan cedera.
■Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari untuk beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan. Balut dengan kain bersih.
■Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk menggantung tulang yang patah pada anggota badan yang atas.
■Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
■Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.

Pencegahan

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :

Tangga
■Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
■Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
■Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.

Lantai
■Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang tidak berselerak di lantai.
■Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin.

Susunan perabot
■Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
■Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.


Kenapa mama Rayyan nak cerita pasal JATUH ni!
Sebenarnya......sedih ooo nak cerita...last week Rayyan jatuh dari kereta KEMBARA mama! dah la time tu dia tgh berdiri kat sit driver main stereng tp entah macamana pulak dia buka kereta dan terjatuh!! masa tu mama tgh kat luar side sblh sana sebab nak  child lock kan pintu kete tp tersilaplah plak menyebabkan pintu langsung tak boleh tutup!!! mama tgh sibuk la gedebak gedebuk cari solution camna nak buat ngan pintu tu!! alih-alih mama tgk Rayyan dah xde kat sit tu & tengok-tengok dia dah jatuh ke bawah!! bayang kan betapa tingginya dia jatuh!!!! bila mama tengok dia tengah telentang sambil menangis. dengan pantasnya mama angkat dia, pujuk2 dia, usap2 kepala dia tengok ada luka tak & tiup ubun2 kepala dia sambil tak lekang berzikir & selawat. Bersyukur sangat Rayyan tak luka & menangis pun skjp aja. Tapi mana kita tau kan...dia baru berumur setahun sebulan. kepala masih lembut lagi....

First step,mama call papa. oh ya! kejadian berlaku pada hari Isnin. papa kerja. mama saja ambil cuti tapi tiba2 boss mama call  minta tolong prepare urgent document nak submit esok. So that, mama terpaksa  pegi ofiz dengan membawa Rayyan skali. Biasanya mama naik keta papa. Memang dah lama mama tak drive keta Kembara ni lebih2 lagi kalau bawa Rayyan. Tapi hari tu ingatkan mama tak nak kuar mana-mana & papa pun drive keta dia..... back to d strory, bila call papa, papa terkezut la inform pasal hal Rayyan jatuh ni ...... & mama minta papa balik sebab nak bawa Rayyan p klinik. Call Dato pulak cakap tak dapat datang office sbb Rayyan jatuh!!!!

Dalam sejam lebih papa sampai rumah. sepanjang tunggu papa tu, hati mama memang tak keruan. Risau sangat2 tapi Rayyan steady je plak!! Main mcm biasa. Bila doktor check, dia kata Rayyan ok, kepala tak de luka & dia advice suruh monitor Rayyan within 24 hours jika dia termuntah, pengsan, pasif or yg seangkatan dengannya kena cepat2 bawa hospital. itu menunjukkan tanda-tanda jatuh itu ada masalah dengan otak.
Mama memang tak tau nak cakap apa lah.....kami baru je seronok2 balik Kedah (pada cuti mengejut tu la...pagi2 buta tadi baru smpai KL) ... alih-alih hari ini terjadi plak benda yg tak diingini berlaku. Kami tak beritahu family pun pasal Rayyan jatuk. tak moh diaorg risau...

Lepas seminggu kejadian baru aku ada kekuatan nak tulis dalam blog ni. Kat facebook pun aku tak bgtau!!Aku tulis harini pun adalah utk remind myself supaya perkara ni tak kan berulang lagi kepada Rayyan dan adik-adiknya nnti. Alhamdulillah Rayyan pun sudah pulih dan aku harap tiada effect in future. Mama Rayyan ni siap request kat papa minta belikan helmet untuk Rayyan. biar Rayyan pakai helmet spjg masa!!kalau jatuh pun tak la risau sgt.... ;-)) kejadian ini berlaku pada 3 January 2011. hadiah New Year Rayyan..uhukkkkkk

Be Strong Rayyan...Mama minta maaf banyak-banyak kat Rayyan. kalaulah menjadi "mama" ini sebagai satu pekerjaan pasti mama ni dah dibuang kerja!!!


Di Hari Kejadian

~SEBELUM~
breakfast!

Main!

Panjat! Usha tempat simpanan mainannya !

Lepas mandi - main  basikal !


Sambung main mainan gak!

Letih main! kacau mama mengemas!
Saja landing kat beg mama tengah kemas baju!


~SELEPAS~

macam ok aja kan! tapi time ni mama risau sangat2.
tunggu papa balik nak pegi klinik.

Bukak baju dia sebab nak check ada tak luka kat anggota badan.
minyak gamat tu sapu kat kepala belakang. ada luka skit aja.
bagi dia layan lagu favourite dia tu!!




Isnin, 3 Januari 2011

Kezutan pada Cuti Mengejut

Hari kejadian (jam 7.30pm)
mama - "Pa, dah sampai KL ka? " ~dia out station ke Pahang harini~
papa - " Dah, baru je sampai opiz.kenapa?"
mama - " tak de la...saja je tanya...ermmm cuti 3 hari tak nak balik Kedah ke?"
papa - "balik kedah? boleh ker...xpa nnti kita jumpa kat rmh"

al-kisahnya, negara kan dapat cuti sehari sempena menang bola piala AFF Suzuki pada jumaat lepas 31 Disember 2010.dahnya alang-alang cuti 3 hari maka mama pun offer la papa balik kedah...

balik rumah kemas apa2 yang patut dan dalam 11.30 malam gitu kami pun berdezooom balik ke Utara! kezutan tentulah pada Tok Wan & Tok Mah Rayyan. sampai sana dalam jam 4 pagi. Ucu Faizal bagi salam. bila buka pintu alahai girangnya hati Tok Wan bila tgk si Rayyan Ukasyah ada tengah sengih2 bangun tido...hehehhe. happy tak terkira depa berdua. oh ya!seperti biasa kami balik berlima. Pak Lang dan Ucu Faizal Rayyan pun ikut balik sekali.

pagi tu TOks buka kedai jual roti canai je. tengah hari tutup kedai tak meniaga. sebab nya....sebab ada si budak kecik Rayyan Ukasyah ni lah...pandai pulak dia ambik hati Toks. Tok Wan plak suka bawak dia jalan-jalan naik motor la, pegi kedai beli jajan la & main sokmo dengan dia!

Yang bestnya mama boleh lah kuar dating sama papa...Rayyan tinggal di rumah sahaja ya!!!hahahhhaa

Malam New Year kami pergi pusing town Alor Star. singgah jalan2 kat down town. kat cn tak meriah sangat. kat menara pun tak de apa2 event. just ramai orang berkumpul nak tunggu detik 12 tgh malam. kami dok dalam keta aja. Rayyan pulak masuk ja kat keta dah lena!!!sabo jelaaaaa. sampai ke rumah mmg tak sedaq da. tido sampai pagi.....

Ini merupakan tahun kedua aku celebrate New year kat Kedah. Tahun lepas tgh berpantang lepas bersalinkan Rayyan. after cuti new year je papa bawak kami balik KL. So, kiranya ni dua tahun berturut2. tahun depan tak tahu lagi...huhuhu ;-))


btw....Selamat Tahun Baru semua. Semoga Tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melihat dunia ini lagi :-))



pic nnti dulu...kekurangan mood sedikit